Assalamualaikum. Selamat Sejahtera.
Hampir 2 bulan jugak tak update post baru kan. Kalau dulu ada alasan takde internet nak update susah, sekarang nak buat alasan sebab hamil, mual muntah tak boleh update rasa macam sangat tak logik pulak kan.
Sekarang aku di Stase Obstetric & Gynecology. Tempat di mana ibu-ibu mengandung dirujuk dan dipujuk rayu untuk di vaginal touche (VT). Like apa? Yaa seperti itu lah nampak gayanya. "Ibu maaf bu, saya periksa va-jay-jay nya yaa. Ga pa pa yaa. Ga sakit koq, cuma rasa kurang nyaman aja. Kalau ibu malu, saya panggil perawat perempuannya masuk aja. Atau ada keluarganya?". Haa lebih kurang macam tu laa gaya pujuk rayunya. Dan itu dalam skrip jer. Sebab aku belum pernah VT. APA???
Eh ga ding. Pernah lah sekali. Masa tu ada pasien di ICU. Hamil aterm dengan Oedema Pulmo, PEB (Pre-Eclamsia Berat). Aku yang sok sok rajin nak kena follow up ni, terpaksa laa follow up kan. Dan sebab masa tu takde orang, either perawat ataupun keluarga yang tunggu. Haa apa lagi, aku pun memulakan aksi memecahkan dara tanganku sendiri untuk VT. Dan dan, lepas tu aku pun tak sure aku periksa apa sebab dekat 5 minit jugak aku periksa, tapi tak jumpa pun serviks dia. "OMG apa yang aku dah buat dan harus aku lakukan lepas ini?" Bentak hati kecilku sambil meminta izin ibu tadi untuk mengundurkan diri.
Sejak dari hari pertama menjejakkan kaki ki Stase O&G ni, aku dah rasa yang dunia ini bukan dunia aku sebenarnya. Wah gittu. Sejak bile aku mampu beli dunia kan? *abaikan*.
Rasa macam tak sanggup nak tengok ibu-ibu ni menanggung kesakitan nak melahirkan. Cuba bayangkan lah kan, dah laa mengandung 9 bulan lebih, bawa baby seberat 3 kampit gula 1kg kehulu kehilir, lepas tu nak tanggung sakit yang yaa ampun sehari suntuk kot perut mules-mules. Macam bayangkan kau sakit perut sebab konstipasi/sembelit then tak boleh e'ek sehari apa rasa?
Lepas tu nak kena meneran sepenuh tenaga dan usaha untuk keluarkan bayi dari dalam uterus. Oh tak sanggup den kalau kena jadi perempuan kan. Kesian sangat tengok. Sebab tu lah Allah janjikan kalau meninggal sewaktu melahirkan di kira sebagai mati syahid. Wallahualam. Kalau salah tolong betulkan.
Ada beberapa kasus yang menarik jugak laa tapi sekarang ni aku just nak kongsi 2 kes jer.
Pertama: masa ni kat poli. Ada pasien 15 tahun datang di bawa makciknya untuk kontrol pregnancy. Pasien ini ada tertutup, dan belum menikah. Dia tak cerita secara detail tentang kisah dia. Mak dia bekerja di Malaysia, dia tinggal dengan bapak dan makcik dia. Tapi sepanjang yang makcik tu tau, dia sekarang hamil 5 bulan. Tak kenal siapa lelaki yang menghamilkan pun. Sebab pasien ni cakap, dia tak kenal langsung lelaki tu, kenal pun masa di GOR (gelanggang olahraga) sebab ada acara something masa tu.
Dan kesah kedua: di kamar bersalin tadi. Pasien, 13 tahun, datang ke IGD (emergency room) atas rujukan daripada bidan sebab hamil. Berdasarkan anamnesis, tak sure umur kehamilan dia berapa sebab pasien tu tak tau last mense dia bila. Pasien ni pun belum menikah, tapi dia hamil atas perbuatan bapak dia. Dia 3 beradik, dan paling sulung. Berdasarkan cerita, kalau dia tak ikut kata bapak dia, nanti dia kena ugut. Ugutan apa aku tak berapa nak sure, dan sekarang bapak dia lari somewhere bila tau anak dia hamil.
Bila renung balik cerita ni, teringat kat rumah. Adik-beradik sendiri ramai perempuan. Rasa sedih sangat kalau perkara macam ni berlaku dekat keluarga sendiri. Rasa macam nak balik rumah then protect adik-adik sendiri supaya perkara macam ni takkan berlaku. Dan rasanya sikit sangat yang aku buat untuk jaga adik-adik sendiri. Rasa macam belum pernah lagi aku jadi abang yang betul-betul jaga keluarga dan adik sendiri. Rasa macam useless sangat. Rasa macam arghhh. Dan hanya dapat berdoa dan berharapa semoga mereka semua dilindungi-Nya. Itu jer yang aku mampu sekarang.
Dan bila call mak dan cerita kat dia pasal kesian dekat ibu-ibu nak bersalin ni, mak pun cakap memang sakit pun. Mak pun ngeri dan sakit sangat masa nak lahirkan kitorang but still wonder macam mana mak yang penakut dan cepat menangis tu masih boleh lahirkan 5 orang anak dia yang chomel but nakal tu?. Mak kita hebat sangat kan? Mak awak pun hebat jugak! Tapi mak kita paling hebat lah!
Baiklah disini sahaja ngomel ga jelas aku buat masa ni. Seriously capek dekat O&G ni sebab kena tunggu ibu nak melahirkan tapi tak jelas bila, dan padahal dah seminggu tapi aku belum dapat partus sama sekali. Ayam sangat. Ibu-ibu ni sajer jer kontrol rahim sendiri biar takkan lahirkan kan? Ke sebab bila dia tengok aku, terus tenang dan lega rasa di hati sampai baby pun tak jadi keluar. Apekah?
Catat Ulasan