Tahun baru azam baru

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam...

Adakah sekarang musim sakit? oh mungkin. Bila tengok Fazrul terpaksa tukar2 tempat tidur bila badan die lenguh2 tidur kat katil sendiri. Bila pintu bilik aku terkunci (sorry.. tak sengaja) dia lari pergi katil Imran yang dia cakap lagi best nak tidur. Dan sekarang, Imran pulak yang sakit tak boleh bangun untuk.., urm.. hampir sehari tak jumpa dia.

Dan hari ni pun lepas skillab Abdominal Exam (yang semua budak group aku kecut perut dan bertungkus lumus memikirkan alasan yang kukuh untuk tukar kelas pada tarikh yang lain disebabkan terpaksa campur dengan Group 3 walaupun menyedari yang memang takde masa yang sesuai lagi dah nak ganti waktu bila, kecuali minggu 7. sebab? Dr. Bambang Djarwoto) terus tertonggeng terbalik kat atas katil sebab pening kepala yang amat sangat. Nasib tak terkeluar air mata jer :(

Ada orang cakap, sakit tu sebagai ujian.
Dan hadis ada cakap yang sakit, kesusahan, segala ujian itu adalah sebagai hikmah untuk kita cuci balik dosa2 kecil kita yang lampau.

...............................

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau ampunilah dosa-dosaku, kedua Ibubapaku, adikberadikku, keluargaku, sahabat-sahabatku, serta seluruh muslimin muslimat seantero dunia. Kau berkatilah perjalanan hidupku, Kau rahmatilah setiap pekerjaanku, Kau berikanlah hidayah dan taufiq-Mu disetiap kegelapan likuliku hidupku Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku,
 Kau jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang bersyukur, di atas setiap zarah rezeki-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku di atas muka bumi-Mu ini. Kau jadikanlah aku sebagai anak yang soleh, dan taat, dan patuh kepada kedua Ibubapaku, Kau jadikanlah aku sebagai pelajar yang berjaya, sekarang dan di masa depanku, serta Kau jadikanlah aku sebagai manusia (khalifah) di muka bumi in yang berguna kepada keluarga, bangsa, negara, terutamanya agama Islam-Mu ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku adalah hamba-Mu yang sangat lemah, sentiasa kecundang di setiap perjalanan dunia ini. Sentiasa mengikut hawa nafsu dan membelakangkan akal fikiran sebagai panduan, insan yang sentiasa kalah dalam pujuk rayu syaitan nirrajim, insan yang layu dan lemah imannya. Oleh itu, Kau bantulah aku Ya Allah. Berikanlah sedikit kekuatan-Mu untuk aku menentang, berikanlah sedikit kekayaan-Mu untuk aku membantu, berikanlah sedikit belas kasihan-Mu untuk aku terus tunduk patuh, dan berikanlah sedikit nikmat-Mu untuk aku terus bersyukur kepada-Mu.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kurniakanlah kepada aku kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia dan di akhirat kelak. dan peliharalah aku dari azab api neraka.dan janganlah Engkau putuskan harapanku, kerana sesungguhnya  aku adalah hamb-Mu yang hanya mampu berusaha dan berdoa kepada-Mu, dan Engkaulah yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Amin ya rabbal al-amin

~1 muharram 1429H~

...............................

Urm, korang. Sila jaga diri yer..
Semoga kita dilindungi-Nya. Dunia dan akhirat. Amin..
Selamat Tahun Baru 1431H :)

Janganlah Menangis



Psycho giler post ni. -_-

Aku nak duduk di dunia nyata

   $.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Tak tahu la kenapa sejak kebelakangan ni rasa macam berdebar2. Pelik dan sangat pelik. Owh bukan, mungkin sejak beberapa bulan ni.

....................................

Owh, nak tau cerita pasal 'temujanji' yang ke-2?



 Haha' yang ni poyo. (mesti ada orang yang tengah cakap 'perasan la sudien tu')
 :P
.....................................

Pernah tak korang rasa, ada masa bila kita sangat2 memerlukan orang yang kita percaya untuk menyokong, setidak2nya duduk sama2 memberikan telinga untuk kita bercerita, tetapi mereka yang asing datang memberikan kata2 semangat tanpa kata hina!

1. Aku menyukai dia seperti kawan yang lain. Suka atas dasar malas nak pikir dia jahat atau baik. Kami tak begitu rapat, kami bukan kawan yang selalu keluar makan sama2, kongsi rahsia sama2, belajar sama2, apatah lagi untuk bercerita tentang hidup sama2 (oh ya, tapi mungkin tidak untuk kisah cinta dia, urm.. buat masa ni). Tapi suatu masa dia datang, dengan hati yang terbuka, bercerita tentang penyakit yang dia hadapi. Percayalah.. Aku orang kedua yang dia cerita, sedangkan keluarga dia langsung tak tau apa2.

2. Aku tak kenal dia. Dia tak kenal aku. Tapi tanpa sengaja, rupa2nya dia datang memberi semangat dan cita2. Ingat tak lagu "Fight For this Love"?. Betapa dengan sebaris ayat mampu memberikan kesan yang sangat mendalam.

3. Suatu saat, aku rasa sangat2 tertekan. Kehidupan yang memaksa siapa saja, sekuat mana sekalipun, pasti akan terkesan. Dan bila mana kau sangat2 memerlukan teman, alih2 dia datang memberikan kata semangat dan perangsang. Sedangkan mana hilangnya yang dulu konon2nya waktu bila2 pun akan datang!
...................................

Urm, adakah hanya aku yang berpura2 atau inilah namanya cinta kecewa?

Tapi betul, tak tahu la kenapa sejak kebelakangan ni rasa macam berdebar2. Pelik dan sangat pelik. Owh bukan, mungkin sejak beberapa bulan ni.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Bijak kan budak ni?


 
:D