$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$
Salam...
Adakah sekarang musim sakit? oh mungkin. Bila tengok Fazrul terpaksa tukar2 tempat tidur bila badan die lenguh2 tidur kat katil sendiri. Bila pintu bilik aku terkunci (sorry.. tak sengaja) dia lari pergi katil Imran yang dia cakap lagi best nak tidur. Dan sekarang, Imran pulak yang sakit tak boleh bangun untuk.., urm.. hampir sehari tak jumpa dia.
Dan hari ni pun lepas skillab Abdominal Exam (yang semua budak group aku kecut perut dan bertungkus lumus memikirkan alasan yang kukuh untuk tukar kelas pada tarikh yang lain disebabkan terpaksa campur dengan Group 3 walaupun menyedari yang memang takde masa yang sesuai lagi dah nak ganti waktu bila, kecuali minggu 7. sebab? Dr. Bambang Djarwoto) terus tertonggeng terbalik kat atas katil sebab pening kepala yang amat sangat. Nasib tak terkeluar air mata jer :(
Ada orang cakap, sakit tu sebagai ujian.
Dan hadis ada cakap yang sakit, kesusahan, segala ujian itu adalah sebagai hikmah untuk kita cuci balik dosa2 kecil kita yang lampau.
...............................
Kau ampunilah dosa-dosaku, kedua Ibubapaku, adikberadikku, keluargaku, sahabat-sahabatku, serta seluruh muslimin muslimat seantero dunia. Kau berkatilah perjalanan hidupku, Kau rahmatilah setiap pekerjaanku, Kau berikanlah hidayah dan taufiq-Mu disetiap kegelapan likuliku hidupku Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang bersyukur, di atas setiap zarah rezeki-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku di atas muka bumi-Mu ini. Kau jadikanlah aku sebagai anak yang soleh, dan taat, dan patuh kepada kedua Ibubapaku, Kau jadikanlah aku sebagai pelajar yang berjaya, sekarang dan di masa depanku, serta Kau jadikanlah aku sebagai manusia (khalifah) di muka bumi in yang berguna kepada keluarga, bangsa, negara, terutamanya agama Islam-Mu ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku adalah hamba-Mu yang sangat lemah, sentiasa kecundang di setiap perjalanan dunia ini. Sentiasa mengikut hawa nafsu dan membelakangkan akal fikiran sebagai panduan, insan yang sentiasa kalah dalam pujuk rayu syaitan nirrajim, insan yang layu dan lemah imannya. Oleh itu, Kau bantulah aku Ya Allah. Berikanlah sedikit kekuatan-Mu untuk aku menentang, berikanlah sedikit kekayaan-Mu untuk aku membantu, berikanlah sedikit belas kasihan-Mu untuk aku terus tunduk patuh, dan berikanlah sedikit nikmat-Mu untuk aku terus bersyukur kepada-Mu.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Kurniakanlah kepada aku kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia dan di akhirat kelak. dan peliharalah aku dari azab api neraka.dan janganlah Engkau putuskan harapanku, kerana sesungguhnya aku adalah hamb-Mu yang hanya mampu berusaha dan berdoa kepada-Mu, dan Engkaulah yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.
Amin ya rabbal al-amin
~1 muharram 1429H~
...............................
Urm, korang. Sila jaga diri yer..
Semoga kita dilindungi-Nya. Dunia dan akhirat. Amin..
Selamat Tahun Baru 1431H :)
besday aq yo!!!
ok anum. seriously aku tak paham!
ameen...