Datin Seri Dato' Hajjah Siti Nurhaliza

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$
 
Salam..

Aku tau. Mesti ramai ada antara mereka yang bila jer nampak tajuk aku macam ni, dah malas dan takda semangat nak baca, alaa.. macam aku malas nak membaca bila nampak je tajuk -Anatomy ataupun Pathlogy. Dan ada juga yang saja2 tekan dan buat2 nak baca, padahal dalam hati rasa macam 'eh, sengal giler la budak ni. dah takde benda lain ke nak tulis', alaa.. macam aku bila ada orang asyik bercerita tentang pakwe makwe diorang macam dia je yang bercinta kat dunia ni.

Tapi mungkin ada jugak antara meraka yang nampak je tajuk ni, rasa sangat excited dan berdebar2 nak baca apa yang berlaku, alaa.. macam tiap kali aku baca online apa2 jer tajuk yang ada nama 'Siti'. dan ada jugak antara mereka yang dah boleh baca aku nak tulis apa, alaa.. apa lagi, kan siti nak buat Konsert Bagaikan Sakti kat Esplanade, Singapura berkolaborasi dengan M.Nasir, dan jugak ada lagi 2 konsert untuk tahun depan termasuk yang nak buat kat Indonesia, sempana album duet dia dengan Kris Dayanti.

Maaf kepada peminat siti, sebab post kali ni memang takda kaitan dengan dia, walaupun dah 2 perenggan pendahuluan tersebut nama dia jer. Urm.. ada orang kata, "Eh, kau ni dah takde benda lain ke nak tulis selain Siti?". Ada jugak yang cakap "takut aku baca post kau semenjak dua ni". Tak kurang jugak cakap "Menyampah dengan post aku yang satu ni". Maaf la siapa yang terasa. Saje je nak tulis kat sini biar post ni nampak panjang sikit. So, siapa2 yang tergolong dalam mereka yang kat perenggan pertama tadi, rasa2nya korang dah boleh tekan tanda pangkah kat atas kanan tu kot!

Ada kala, orang akan mula berbuat baik dengan orang lain bila dia nakkan sesuatu. Sebagai contoh:

1.
x: hey sudien. kau kat jogja kan? brape lama lagi kat sana?
aku: hye.. a'ah aku kat jogja. 3 tahun lagi la. lama lagi. kau brapa lama lagi?
x: urm, aku lagi 2 tahun setengah la lebih kurang. urm, sebenarnya aku nak tanya. kau pernah pergi Bali tak? sebab aku ingat nak pergi sana.

Bagi salam pun tak, tanya khabar pun tak. ni aleh2 terus tanya benda2 camni. Apa? Dulu kau gelak2 aku datang Indon, sekarang kau gelak2 jugak sebab nak ambil kesempatan kat aku?

2.
y: sudien, jom pergi makan
aku: (tengah tidur) malas la. aku ngantuk.
y: alaa jom la makan. kau taknak makan ke?
aku: malas la. aku takleh tidur semalam. ngantuk giler ni.
seminit kemudian.
y: sudien, jom la pergi makan. kau tak lapar ke?
aku: (masih tidur) alaa.. malas la. aku ngantuk la.
y: aku ngantuk jugak. tapi jom la pergi makan
(dalam hati: dia dah pujuk banyak kali, adalah jugak rasa kesian. Yela, orang dah ajak banyak kali camtu kan, mesti dia ingat aku ni sangat lapar tak makan ker apa ker, kira dia macam ambil berat la -positif thinking la sangat aku ni kan- so, aku pun pergi lah dengan muka yang sangat mamai)

tup tup tup, rupa2nya (ini fikiran jahat aku yang cakap), sebab tak cukup motor dan dia tumpang motor aku!

Masa kat sekolah dulu, ada orang cakap, tak kisah lah PMR kita dapat teruk macam mana pun, ujian selaras kita dpt nombor satu dari belakang pun, kita selalu kena marah dengan cikgu sebab markah selalu dapat 25 jer, tak kisah. Sebab semua tu tak penting. Yang penting sekali korang score baik punya dalam SPM, dapat biasiswa pergi luar negara, sambung belajar apa yang korang minat. Senang jer! kalau nak bandingkan bila korang dapat 9A dalam PMR, jadi pelajar terbaik, tapi SPM korang teruk giler sampai tak boleh nak apply mana2.

Ada jugak yang cakap, kau jangan takut kalau result masa kat sekolah kau teruk. Sebab selalunya, tak semua orang yang gagal masa sekolah dia, akan gagal masa kat Universiti nanti. Dan tak semua jugak orang yang berjaya giler, SPM top tip top, tapi akan berjaya jugak masa kat luar nanti. Sebab apa? sebab ada kalanya kat sekolah dia manja sikit, dan mungkin jugak sebab naluri dia kat sekolah ni memberontak sikit, tapi nanti last2 dia akan jadi orang yang berjaya jugak. Mungkinkah sebenarnya aku termasuk dalam golongan yang ke-2? Sebab sekarang baru aku rasa bila jadi dalam kelompok orang yang kat bawah (maksud aku, bila pointer CGPA korang bawah 3.0). urm.. mungkin jugak! Tapi, aku tak pernah (kot!) gelakkan kawan2 aku yang markah diorang teruk.

Ada orang cakap, aku dah banyak berubah. Dah jadi sangat sensitif mengalahkan perempuan yang tengah pms, dah semakin jahat mulut-suka kutuk orang dan cakap yang bukan2 tanpa memikirkan perasaan orang lain. Aku rasa macam tu jugak. Semakin suka berdengki dan rasa sangat tak puas hati dengan benda yang kita tak suka. Tapi tu lumrahkan? cuma ada masa kita kena lah bertolak ansur dan jaga jangan sampai orang lain terasa. Best sangat ke bila pekana orang lain? Tapi, sampai bila asyik kita je yang kena?

Ada masa kita perlu ubah diri kita sikit. Maksud aku, tentulah ke arah yang lebih baik. Bila masa nak berubah kalau bukan sekarang? Urm, tapi aku tak rasa la kita perlukan sangat perubahan yang macam ni - belajar main bola sepak. Ok, dulu pun aku pernah main la, cuma aku sangat tak suka sukan ni. Tapi aku suka sokong kawan2 aku main kalau ada match. Pakai baju sama, beratur panjang dan form 5 akan naik Grang Stand. Kalau menang kita buat 'Bung Wak' ramai2. Fuh~ best giler cheering. Tapi kalau sekali sekala sakit kaki badan segala untuk mencuba, apa salahnya :P



Atau mungkin bila korang selalu nyanyi sorang2 dalam bilik air masa mandi, cuba la upgrade sikit nyanyi kat Happy Puppy (karaoke). Kalau nak lagi up, korang boleh cuba nyanyi depan orang ramai masa tengah dinner. Tapi make sure kau takde lah macam mempoyokan diri mintak nak nyanyi. Kena la tunggu dulu, macam.. bila ada orang offer dan paksa, baru korang nyanyi. Haha' Dan pastikan korang nyanyi lagu artis yang paling korang minat. Sebagi contoh, lagu Cindai-Siti Nurhaliza! (omg..seriously???!) Bila lagi korang nak buktikan yang korang adalah kipas-susah-mati artis tu kan? :D

Ramai yang berbangga dengan sekolah diorang. Ingat sekolah diorang tu best sangat lah. Ada aku kisah? sebab sekolah aku best jugak lah! Tapi sejak hari ini (20hb) terasa macam dah segan pulak nak pakai tie koleq.

p/s: sampai bila nak tengok 'kekasih hati' dengan orang lain? pergilah beranikan diri! -_-
p/s: Bali mode. dah malas nak pikir pasal exam.
p/s: Ainan, sila datang bawak salji ok? Jogja sangaaaaaaaat panas.

5 Responses so far.

  1. woot woot!
    cindaiiii~ahaha :p
    *CGPA aku pon terok*
    huwaaa :'(

  2. terlalu random, post ni?
    haha.

    Selalu bila aku paksa orang makan dengan aku, sebab aku x suka makan sorang-sorang. Sunyi! (drama)

  3. udienjai says:

    ana: :(

    aijud mmg suka berdramad :D

    ainan: seriously bukan awak.. ish3.. lupa pulak yg awak pon nak dtg sini and bali! tp mmg bukan ainan, orang lain.. sorry.. :(

  4. udien... result org lagi teruk.. sama2 kita naikkan kk... huhu... bila tgk tajuk rase excited nk bace.. sb saya ni anak menantu siti nurhaliza... haha.. tp tiada mase nk membaca.. ari ni baru berkesempatan.. btw ainan.. X tu mmg 'awk'.. haha... dtg cni dah tak yah bwa salji sb jogja dah sejuk.. hujan selalu =_="