*Pergh tajuk tak menahan*
Salam.
Bila pikir2 balik, perlu ke nak jawab soalan ni? Tapi kesian kat Anum sebab dah janji dengan dia nak buat jugak. Urm, mesti dia ternanti2 jawapan soalan 13 kan? haha'
Takpe lah. Kan hari ni cuti. Lepas tidur tak ingat dunia siang tadi, apa lagi yang boleh aku buat selain update blog kan? ok. bersedia untuk gelak sakan dan muntah darah.
1. Adakah anda merasakan anda hot?
Urm, selalunya YA. Tapi hari ni tak kot. sebab hujan sepanjang hari sampai la ni. HAHA' okay, tak kelakar. Siapa pikir yang lelaki tinggi 177cm tapi kurus melidi aka papan dan rambut yang macam kerinting tapi perasan ikal mayang, pandai boleh main bola tampar jer tapi tak pandai main bola sepak, suka duduk dalam bilik tak suka bersosial, game yang dia pandai dan hebat hanyalah Plants vs zombie dan bukannya Dota mahupun Counter Strike, dan lelaki yang pandai joget tarian melayu jer berbanding tarian lain yang lebih cool macam hip hop breakdance dan sebagainya adalah 'hot', maka anda boleh tampar diri sendiri sekarang jugak! Tanpa belas kasihan. HAHAHAHAHA'
2. Upload wallpaper pc/laptop anda gunakan sekarang
Seriously?
3. Cerita pasal gambar ini.
Okay. Ini bukti yang dia adalah lelaki melayu terakhir. Bukti yang tak berapa nak kukuh sebab muka dia tak nampak sebab dia nyorok belakang Amir sebab choreographer rasa muka dia tak komersial untuk duduk depan. Cis.
Gambar ni masa International Cultural Night 2007. Masa kitorang masih lagi junior tahun pertama, muka masih suci dalam debu. Kitorang menari lagu kurik kundi. Perasaan masa menari ni memang sangat best dan rasa macam nak menari lagi. Semua orang macam sangat bersemangat waja dan bangga giler bila penonton semua jerit macam nak mati. Walaupun kitorang tahu yang jerit tu semua Malaysian jer -_-
4. Kali terakhir makan pizza?
Urm, tak ingat bila. Tapi masa tu sebelum duit alaun masuk, dalam akhir bulan April kot dan masih berlagak macam orang kaya pergi makan kat Pizza Hut dengan Fikri de'diva dan Imran de'Bunc. Lepas tu macam biasalah, kalau boleh semua orang kat Pizza Hut tu nak kena caci umpatan ngan kitorang.
5. Lagu terakhir anda dengar?
Seindah Biasa - Siti Nurhaliza. Ni semua sebab bukak blog sendiri jer terus terkeluar lagu tu. haha' tetiba je salahkan diri sendiri pulak kan.
6. Apa anda buat sambil menyelesaikan tag ini?
Lari ulang alik ke ruang tamu (ceit, ruang tamu tak menahan) tengok result show American Idol. Gosh, harap2 Crystal masuk final. Sambil berchatting gosip dengan Fatin kat ym :P
7. Selain name sendiri, anda dipanggil dengan name ape?
Okay, ni part paling poyo. Ada banyak jer versi nickname yang aku ada. Hafizuddin, Izuddin (ayah angkat masa kat MCKK dulu panggil), Iz (ada sorang perempuan sms tapi tak kenal siapa), Ujai /Sujai (selalunya budak koleq dan Ahlilguild yang selalu panggil nama ni), Udienjai (nama poyo konon2 glamour), Udien (panggilan manja kat rumah - ya, sila loya tekak), Hafiz dan yang paling tak menahan bila ada Doktor yang panggil Nur. -_- Itu tak termasuk yang panggil papan, R, Fathi dan sebagainya (yang ni jangan tanya kenapa)
8. Tag 5 orang yang anda nak tag
Fatin, Fitri, Ain, Aijud, Yon
9. siapa no 1 anda? no 2?
No 1: Kawan gosip. Kami suka berkongsi perkara yang kadang2 tak boleh dikongsi dengan orang lain. Seorang yang mengaku banyak sangat masalah dan sampai bila2 pun takkan selesai dan mempunyai hidup yang sangat complicated. Fatin, just be yourself. I akan sentiasa sokong u dari belakang. Owh, dan dia juga dah dilantik sebagai Mbak Supir! peace :P
No 2: Salah seorang kawan baik, suka berkongsi cerita yang bila dia bagitau, kita WAJIB jaga betul2. Seorang yang suka fashion, brand dan dress-up even nak keluar pergi keluar beli Mister burger sekalipun. Seorang yang dedikasi dan kerja keras, serta peminat setia Lady Gaga dan Beyonce. Pergh..
10. Katakan sesuatu pade no 5
Yon, jom tengok movie air terjun pengantin. Aku tau kau suka cerita ni. :P
11. No 3 ade hubungan dengan siapa?
Ain? Dia ada suka seseorang tapi taknak bagitau siapa. Orang yang banyak digosipkan antaranya Hanafiah dan Imran (bukan nama sebenar). Tapi pokok pangkal ceritanya sekarang, hanya dia saje yang tau dia ada hubungan dengan siapa. Teeettt!
12. Kata kata cinta pada no 4
Oh Aijud, cepat2 lah kerja supaya kau boleh belanja aku makan :D *romantik tak?*
13. Berikan 5 perkara yang anda tahu orang yang tag anda
Anum suka bersukan, badminton la, bola jaring la, lumba lari la.. eh, kau ada main ragbi tak? Haha' Dia jugak suka dengan benda-benda seni, macam menyanyi dan menari. Urm, ada jodoh jom kita join So u think u can dance. LMAO! Seorang yang periang dan sebenarnya dalam hati hanya dia saje yang tahu. Anum, aku tau kau kuat. kau boleh! *comel jer. macam slogan Malaysia Boleh!* Aku tau dia ada crush (atau memang dah jatuh cinta?), tapi boleh tak kau share dengan aku siapa? HAHAHAHA' dan seorang yang kuat gosip, suka warna pink, peminat setia cerita/drama Melayu kat TV3, budak Soksek aka rival MCKK wind orchestra dan bila dia bercakap, dia suka buat kepala. lol :P Tengok!, kan dah lebih lima.
So, siapa rajin nak buat, sila la buat. Dan siapa yang tak puas hati, jom kita lawan rendang siapa lagi sedap! *tetiba*