Beli 1 Percuma gosip(s)

Salam.


Ya betul. Semua orang suka benda murah. Nak yang mahal dan sedap tapi nak bayar dengan harga yang murah. Apatah lagi kalau benda mahal, sedap dan jarang dibeli. 

Macam yang kita selalu beli baju kalau ada promosi sale 50% <-- adakah ini sedap? Ya, sedap di pakai. Terima kasih sebab bertanya -_-, atau makan kat McD tapi beli yang set jer. Lagi best kalau beli yang Happy meal, sebab murah dan sedap, dapat air milo instead of coke bersama hadiah percuma berupa mainan Ben10.

Atau pinjam kad diskaun kawan baik untuk mendapatkan diskaun 20% kat Dunkin Donut setiap hari rabu dan 10% setiap hari selain hari rabu, atau pinjam telefon bimbit (cewahh telefon bimbit konon) kawan baik jugak sebab nak dapatkan diskaun 10% bila makan kat Parsley bila tunjukkan kita sebagai pengguna XL.

Apatah lagi bila pinjam kad diskaun kawan yang terbaik kat Jogja (bodek) untuk mendapatkan harga menarik Bengawan Solo hanya pada 18hb setiap bulan. Beli 1 percuma 1, dan mengajak 10 orang kawan baik yang lain join venture untuk mendapatkan 10 air percuma.


Ya. Kami masih muda dan takde duit sendiri, sebab tu suka benda yang best tapi murah jer. Bukan macam Hanafiah yang beli bila takde diskaun, dan jual mahal taknak join kitorang yang beli bila ada diskaun. :'( eh, terkutuk pulak.

Dan minum The Ultimate sambil layan lagu ni.



Soalan untuk pesakit gangguan perasaan.

Adakah anda rasa tertekan?

Adakah anda rasa bersalah?
Adakah anda rasa nak bunuh diri?

Normal untuk seseorang mempunyai perasaan. Normal untuk manusia biasa berasa tertekan dan bersalah. 


Sampai Jogja dari Bandung semalam jam 4.30 pagi. Overall, Bandung Games tak lah sehebat yang dijangka. Tapi, cukup hebat untuk membuktikan yang Team Jogja mampu memberikan saingan yang mantap. Kan? Emas untuk futsal lelaki dan congkak, perak untuk basketball, badminton dan Futsal perempuan. Volleyball? Jangan tanya.

Semua orang mengharapkan yang terbaik. Berusaha yang terbaik dan memberikan yang terbaik. Tapi kadang2 orang lain tak nak tengok macam mana proses ke arah yang terbaik tu. Macam mana kami berlatih tanpa court, berapa lama nak buat pemilihan, konflik dalaman antara teammate sendiri, berhujan panas still nak main jugak. Bukan sebab kami poyo, tapi sebab alasan main suka2 dah menjadi beban yang teramat sangat.

Bohonglah kalau cakap tak nak menang. Bohong giler kalau cakap just nak masuk untuk suka2 jer. 

Kredibiliti aku tercabar dan sering dipersoalkan. Bukan tak pernah, selalu. Tapi bila ianya berlaku daripada orang yang kau percaya, perasaan hormat dan percaya itu hilang. Hilang sekelip mata jer. 

Ya. Aku rasa bersalah dan tertekan bila Team volley Jogja kalah mudah dengan Bandung. Lebih tertekan bila menang tipis dengan Indramayu. Tapi kami dah memberikan 120% yang terbaik untuk lawan Malang. Semua orang dah jadi saksi yang kami main bukan semata2 nak final, tapi nak emas!

Kalau nak mempertikaikan pemilihan pemain, kenapa tak dari dulu kau cakap nak main?
Kalau nak mempertikaikan kenapa aku suruh dia main, kenapa dari dulu kau tak cakap nak jadi captain?

Aku rasa useless. Bila tak dapat nak back-up team sendiri, bila tak dapat nak cari court untuk training, bila tak dapat nak latih diorang betul2, bila tak dapat nak memenuhi semua kehendak kau!

Dan lebih terasa bila kaki cramp di saat2 akhir games. Perasaan sangat kecewa dan malu nak cakap yang memang aku menangis masa tu. Bukan sebab aku tak percaya team sendiri, bukan sebab aku tak percaya Arif ganti tempat aku, tapi sebab satu2nya peluang untuk membuktikan yang keputusan aku sebenarnya tepat adalah sia2.

Rasa malu bila main tak seberapa tapi sakit2 badan lebih daripada orang yang masuk final. Lagi malu bila ingat nak keluar town, tapi team lain masih berjuang untuk emas.

Jadi, tekad nak jerit dan sokong semua team. Takpe, aku tak kesah kalau hilang suara sebab cheer, tak kesah kalau tangan luka sebab ketuk botol sambil terketuk tangan sendiri kat tembok -_- yang penting, team Jogja buat yang terbaik.

Tapi kadang2 orang lain tak nak tengok macam mana proses ke arah yang terbaik tu.

Kita dah buat yang terbaik. Semua team dah buat yang terbaik. Bohong giler kalau nak cakap team basket saje jer nak bazirkan free shot, bohong giler kalau nak cakap team badminton main ala kadar, bohong giler kalau nak cakap team futsal saje bagi chance kat Medan walaupun diorang dah lead 2-1.

Takpe, korang dah buat yang terbaik. Kita dah buat yang terbaik. Abaikan jer siapa tanya kenapa kita tak dapat emas.

Tapi korang  jangan risau. Aku takde terpikir pun nak bunuh diri. -_-

Suka!

Minggu lepas ada presentation macam mana nak beritahu berita buruk kepada pesakit (Breaking Bad News). Tapi hanya benda ni je yang mampu menjadikan aku semangat giler nak buat slide untuk presentation. Tidur pukul 2.30 pagi untuk benda ni SAHAJA okay!



Comey dan suka. Siapa lagi yang nak puji kalau bukan diri sendiri. Ye dok?! :)

Hari yang malang

Salam.


Seminggu dua ni adalah minggu yang sibuk. Bukan. Bukan buat2 sibuk nak tengok drama korea personal preferance, belajar joget lagu Gee ke apa, tapi memang sibuk. Eh tetiba rasa pelik pulak dengan ejaan sibuk ni. macam nak eja sebuk jer. 

Tapi memang sangat nak curi masa tengok personal preference tu. Best giler dan comel.

Semalam bukan hari malang, tapi hari yang kurang bernasib baik. Kira macam malang jugak laa, tapi tak baik pulak nak kata hari yang malang. -_- apa2 je la labu.

Pagi2 lagi dah kena bangun awal. Macam biasa la solat subuh gajah. Ya Allah, tidur sampai tak ingat akhirat kan? Kena campak dalam neraka baru tau. 

Kelas macam biasa. Kebetulan Isnin ada lecture yang asyik lagi menyasikkan jer nak postponed kan? Masuk ni dah 3 kali. Lepas ni agak2 berapa orang je yang akan datang kelas tu? Haha' Jadi dengan hati yang pasrah dan dilema, dah plan dengan Fazrul nak cari jersey Volley. Kebetulan pulak kitorang takda tutorial masa tu.

Selepas 3 jam terbazir cari baju dengan Arif Serul dan model kitorang, Tupah hari tu, dengan semangat yang kuat dan membara nekad jugaklah kena cari baju. Tinggal berapa hari lagi je kan nak Bandung Games. 

Jalan punya jalan punya jalan, memang takde rezeki kitorang. Baju semua sesuai untuk team perempuan jer, yang lelaki semua tak cukup size. Dasar. Kau jual baju 1 size je kenapa kan. Macam duuuhhh! Sempatlah jugak berhenti kat kedai tepi jalan minum jus semangka (tembikai) -jangan bayangkan.

Lokasi seterusnya ialah Amplaz. Walaupun memang dah agak takkan ada baju yang dalam range budget. Sampai 2 kali kitorang masuk dalam sport station sebab macam konfius  nak beli ke tak. Dapat laa baju Rp 179k. Sangat semangat suruh abang tu call cawangan diorang yang lain kat malioboro etc. Sebab kat situ stock dia tinggal sikit. Cuba bayangkan, berapa lama kitorang kat kedai tu pujuk abang tu suruh carikan stock jugak, lepas tu terpaksa fitting balik sebab size dia agak besar, lepas tu kena tukar2 size budak2 ni. nasib la terbesar terkecik sikit, pastu Ok. Confirm amik yang ni sebab abang tu memang dah call kat tempat lain dan diorang ada stock pulak.

Ok. Masa untuk bayar. Kebetulan baju kat situ yang ada cuma 7. Jadi kena la bayar dulu pastu pergi malioboro amik baju yang baki dia. Harga Rp1,250k dan nak bayar dengan debit kad. Tak menahan. Malas nak pikir dan redha jer.

Sreekk. *bunyi kad atm kena tarik* 

Tetiba fazrul terpikir, kenapa rp1,250k? Mahal giler. Bukan Rp79k x 7 berapa jer kan.

Oh mas, harganya rp179k satu helai. Eh bukan Rp79k je ke? Cuba check betul2 harga kat atas tu. Rp179k kan? dengan silent '1'. Zzzz. beristighfar je la kan. Jangan bayangkan macam mana aku nak hafal skrip suruh budak2 volley bayar rp179k sorang untuk jersey.

Tapi nasib baik aku pandai buat muka mak kematian anak kucing. Abang tu dapat cancelkan balik transaction tu. 

Mas, Maaf ya. Nanti kami traktir (belanja). Dia cakap takpe tak payah. Kitorang pun keluar dari kedai tu dan lari balik rumah dengan niat taknak datang lagi kedai tu. :'( 4 jam yang sia2. T_T

Jam 1 ada pulak Lab Pharmaco. Dah baca malam tadi, tapi tak berapa sempat nak baca balik. Tapi takpe, sekali lulus dah cukup baik. Masalahnya, lulus ke?

Ni la tikus yang malang tu :S

Yang tu ok lagi. Yang tak ok nye bila guinea pig kitorang tak memberikan kesan dan hasil yang seperti diharapkan. Kesian dia kena suntik KCN 4 kali. Dan dose yang ntah berapa puluh ribu dose pun aku tak tau sebab dia gedik taknak cyanosis dan pura2 berlakon sakit perut sebab keracunan. 

Dan beribu2 dose thiosulfat pun tak dapat nak selamatkan dia. Sempat laa nampak dia tercungap2 nak bernafas masa nyawa dia kena tarik. Satu2nya tikus yang mati masa tu. Sedih giler :'(

Balik dari lab, gedik nak tengok baju kat Jakal. Yela, selagi belum dapat, selagi tu kena berusaha. Terus stuck kat kedai tu setengah jam sebab hujan lebat dan terpaksa redah balik sebab lebih rela basah daripada aku kena tidur kat kedai tu. sigh.

Dan malam tu jugak, dah tekad dengan Fazrul nak beli jugak baju untuk team perempuan. Biarlah diorang dapat baju lawa, kitorang punya tak lawa sangat daripada main nanti tak pakai baju. Boleh?