Salam.
Seminggu dua ni adalah minggu yang sibuk. Bukan. Bukan buat2 sibuk nak tengok drama korea personal preferance, belajar joget lagu Gee ke apa, tapi memang sibuk. Eh tetiba rasa pelik pulak dengan ejaan sibuk ni. macam nak eja sebuk jer.
Tapi memang sangat nak curi masa tengok personal preference tu. Best giler dan comel.
Semalam bukan hari malang, tapi hari yang kurang bernasib baik. Kira macam malang jugak laa, tapi tak baik pulak nak kata hari yang malang. -_- apa2 je la labu.
Pagi2 lagi dah kena bangun awal. Macam biasa la solat subuh gajah. Ya Allah, tidur sampai tak ingat akhirat kan? Kena campak dalam neraka baru tau.
Kelas macam biasa. Kebetulan Isnin ada lecture yang asyik lagi menyasikkan jer nak postponed kan? Masuk ni dah 3 kali. Lepas ni agak2 berapa orang je yang akan datang kelas tu? Haha' Jadi dengan hati yang pasrah dan dilema, dah plan dengan Fazrul nak cari jersey Volley. Kebetulan pulak kitorang takda tutorial masa tu.
Selepas 3 jam terbazir cari baju dengan Arif Serul dan model kitorang, Tupah hari tu, dengan semangat yang kuat dan membara nekad jugaklah kena cari baju. Tinggal berapa hari lagi je kan nak Bandung Games.
Jalan punya jalan punya jalan, memang takde rezeki kitorang. Baju semua sesuai untuk team perempuan jer, yang lelaki semua tak cukup size. Dasar. Kau jual baju 1 size je kenapa kan. Macam duuuhhh! Sempatlah jugak berhenti kat kedai tepi jalan minum jus semangka (tembikai) -jangan bayangkan.
Lokasi seterusnya ialah Amplaz. Walaupun memang dah agak takkan ada baju yang dalam range budget. Sampai 2 kali kitorang masuk dalam sport station sebab macam konfius nak beli ke tak. Dapat laa baju Rp 179k. Sangat semangat suruh abang tu call cawangan diorang yang lain kat malioboro etc. Sebab kat situ stock dia tinggal sikit. Cuba bayangkan, berapa lama kitorang kat kedai tu pujuk abang tu suruh carikan stock jugak, lepas tu terpaksa fitting balik sebab size dia agak besar, lepas tu kena tukar2 size budak2 ni. nasib la terbesar terkecik sikit, pastu Ok. Confirm amik yang ni sebab abang tu memang dah call kat tempat lain dan diorang ada stock pulak.
Ok. Masa untuk bayar. Kebetulan baju kat situ yang ada cuma 7. Jadi kena la bayar dulu pastu pergi malioboro amik baju yang baki dia. Harga Rp1,250k dan nak bayar dengan debit kad. Tak menahan. Malas nak pikir dan redha jer.
Sreekk. *bunyi kad atm kena tarik*
Tetiba fazrul terpikir, kenapa rp1,250k? Mahal giler. Bukan Rp79k x 7 berapa jer kan.
Oh mas, harganya rp179k satu helai. Eh bukan Rp79k je ke? Cuba check betul2 harga kat atas tu. Rp179k kan? dengan silent '1'. Zzzz. beristighfar je la kan. Jangan bayangkan macam mana aku nak hafal skrip suruh budak2 volley bayar rp179k sorang untuk jersey.
Tapi nasib baik aku pandai buat muka mak kematian anak kucing. Abang tu dapat cancelkan balik transaction tu.
Mas, Maaf ya. Nanti kami traktir (belanja). Dia cakap takpe tak payah. Kitorang pun keluar dari kedai tu dan lari balik rumah dengan niat taknak datang lagi kedai tu. :'( 4 jam yang sia2. T_T
Jam 1 ada pulak Lab Pharmaco. Dah baca malam tadi, tapi tak berapa sempat nak baca balik. Tapi takpe, sekali lulus dah cukup baik. Masalahnya, lulus ke?
Ni la tikus yang malang tu :S
Yang tu ok lagi. Yang tak ok nye bila guinea pig kitorang tak memberikan kesan dan hasil yang seperti diharapkan. Kesian dia kena suntik KCN 4 kali. Dan dose yang ntah berapa puluh ribu dose pun aku tak tau sebab dia gedik taknak cyanosis dan pura2 berlakon sakit perut sebab keracunan.
Dan beribu2 dose thiosulfat pun tak dapat nak selamatkan dia. Sempat laa nampak dia tercungap2 nak bernafas masa nyawa dia kena tarik. Satu2nya tikus yang mati masa tu. Sedih giler :'(
Balik dari lab, gedik nak tengok baju kat Jakal. Yela, selagi belum dapat, selagi tu kena berusaha. Terus stuck kat kedai tu setengah jam sebab hujan lebat dan terpaksa redah balik sebab lebih rela basah daripada aku kena tidur kat kedai tu. sigh.
Dan malam tu jugak, dah tekad dengan Fazrul nak beli jugak baju untuk team perempuan. Biarlah diorang dapat baju lawa, kitorang punya tak lawa sangat daripada main nanti tak pakai baju. Boleh?
hahahahaaaa....
bagus2.. semangat gila team volley nk bli jersey 179k :))
aaaah!guinea pig kitaa!
tu laaa,aku dah cakap suh kasi sodiem thiosulfate tu awal2..
seb bek aku dah resign sebagai ketua tak rasmi time inject dose ke 3+4 huuu, so xla rasa besalah sgt kan.
tapi still...kita semua cam senyap je after pharmaco session.berkabung eh?
iz: nak menag punya pasal kannnn? :)
ana: kan? kau mmg ada naluri je yang tikus tu nak mati jugak. Aku pun sebab doktor tu macam ' takpe2 inject je lagi. Hah, bagiskan je semua tu' zzzz. seriously, aku macam sedih giler kot. Tak dapat bayangkan nak pergi UGD n ICU esok!
bagiskan? Bahasa apakah? Habiskan lah.