Hujan Abu dan Awan Panas

Salam.



Keadaan di Jogja sekarang masih terkawal. Terkawal dalam maksud masih boleh gelak ketawa, pergi kelas seperti biasa dan sibuk seperti biasa. Walaupun beberapa hari ni, suasana yang agak berbeza. Kalau nak keluar, kena pakai topeng muka dan helmet (yang mana rasa sangat perlu pakai kalau taknak bawak motor sambil tutup mata).

Sampai hari ini, dah ada 4-5 kali letusan susulan merapi sejak last post pasal amaran merapi? tu. Status awas masih dikeluarkan, yang mana semua orang harus sentiasa berjaga2 kalau ada susulan letusan/gempa yang lebih buruk. Maka dengan itu, beg kecemasan masih penuh dengan barang2 penting dan keluar ke mana2 pun masih bawak passport dalam beg. Sangat gelabah waa cakap lu.

Bila dah dalam keadaan macam ni, semua orang dah jadi aktif. Oh, ini bukan aktif yang macam cerita Pak Pakdir tu ya. Harap maklum. Aktif ni macam aktif fb update dan usha status member pasal merapi, aktif pergi check kat internet pasal cerita terbaru merapi, aktif tengok berita kat tv pasal merapi, dan aktif pergi baca paper online pelbagai bahasa (termasuk english, B.melayu dan B. Indonesia) pun pasal merapi. Dasyat kan?



Pelbagai tanggapan dan gelojak perasaan penduduk di sekitar merapi ni. Tak kurang hebatnya ketakutan dan persepsi pelajar Malaysia di sini.

Ingat lagi bila blok 4.1 emergency lepas. Bila ada kawan cakap observasi dan lawatan ke ICU/UGD bosan sebab takde kes yang menarik dan doktor yang macam nak layan tak layan, aku dan beberapa kawan sempat cakap 'Harap2 kita dapat kes menarik hari ini', 'Takpe, I dah doa semalam yang hari ni banyak orang eksiden'. Betapa erti pembelajaran hasil lawatan tu penting untuk kepuasan dalam kehausan mendapatkan kes menarik. Tapi, apakah hak seorang doktor/manusia mendoakan kecelakaaan dan penderitaan orang lain untuk kepentingan sendiri?

Aku bukan seorang yang berani untuk menghadapi situasi cemas, dan trauma. Pernah terfikir alangkah bagusnya kalau dalam keadaan sekarang kita dah ko-as dan dalam department forensic!

Tapi bila keadaan itu berlaku pada diri sendiri, betapa kita terduduk takut di hujung katil dan sentiasa berdoa semoga kita selamat daripada segala bencana.

Pernah terfikir, apa yang menjadikan penduduk2 di kawasan bencana merapi tu, walau dalam keadaan genting dan bahaya sekalipun, mereka masih degil untuk dievakuasi dan turun ke kawasan yang dijangka selamat?




Kebanyakkan mereka terdiri daripada warga tua yang bila kita tengok, mereka jenis yang akan duduk terbaring atas katil atau duduk mengeteh bersama rakan2 sebaya.

Tapi pada hakikatnya, mereka tidak! Sepanjang hayat mereka dibesarkan, dan hidup bergantung kepada usaha mereka sendiri. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mereka hidup serba kekurangan dan atas kekurangan itulah mereka berkorban untuk terus berjuang melangsungkan hidup. Adakala mereka berdegil bukan kerana mereka saja mahu mencabar kerajaan/pemerintah, mereka bukan berdegil untuk membuktikan siapa yang lebih berkuasa dan mereka bukan berdegil untuk membuatkan orang lain marah atau kesian dengan hidup mereka.

Tapi kadang2 atas hakikat, mereka berdegil sebab rumah itu adalah satu2nya harta yang mereka ada, tanam-tanaman dan lembu-lembu, dan ayam-ayam, dan bebek-bebek itu lah aset penting bagi kehidupan mereka. Tiap kali selepas merapi meletus, mereka naik lagi ke atas walaupun sudah dinasihatkan untuk turun. Kerana semua ini adalah dan hanya dunia kecil yang mereka ada.

Kedaifan hidup adakala memaksa kita untuk terus kuat dan tabah. Mereka sedar, kematian itu bukanlah satu2nya jalan penyelesaian. Tidak, mereka bukan berdegil untuk mati, tetapi mereka tau walau mereka hidup sekalipun, tanpa harta, tanaman dan binatang itu, bagaimana mereka akan menjalani kehidupan yang sememangnya sukar ini?



Benar kata orang, kita akan lebih menghargai sesuatu bila kita kehilangannya. Dan kita akan lebih menghargai sesuatu bila kita sedar yang walau sekecil kuman pun sesuatu nikmat dan anugerah itu, merupakan segunung harapan bagi orang lain.

Lumrah manusia untuk mendapatkan yang lebih baik, dan mengharapkan yang lebih baik. Semoga kita tabah dalam mengharungi ujian dan dugaan ini. InsyAllah, selagi ada sisa kekuatan dan keinsafan dalam diri ini, selagi itu aku akan terus bersyukur dan bersyukur.


Terus tabah Indonesia!

5 Responses so far.

  1. ~yon~ says:

    cup! mengeteh 2 ape??bahasa johor ke??

  2. aku pun tak paham mengeteh tu apa -_-"

    aku suka post ni,and aku sependapat dgn ko psl orang2 yang duk kat merapi. Sebab diorang takde pape,takde tempat lain nak pergi,nak bergantung harap.

    kita pakat2 doakan keselamatn semua orang :)

  3. ain says:

    Kerana semua ini adalah dan hanya dunia kecil yang mereka ada.

    dannn

    Dan kita akan lebih menghargai sesuatu bila kita sedar yang walau sekecil kuman pun sesuatu nikmat dan anugerah itu, merupakan segunung harapan bagi orang lain.

    sudinn, aku rasa ko boleh tulis novel la. ayat sangat sedap dibaca (notez: tak boleh makan) dan mudah difaham.

    bersyukur atas nikmat, bersabar atas musibah. semoga Allah beri kami kekuatan. ;)

  4. Syukur syukur ko selamat!

    *like* jugak post ni.