Amaran Merapi?

Salam.

Dah lebih seminggu kecoh kat akhbar tv internet segala yang cakap gunung merapi dah tahap yang aktif. Aktif kat sini bukan macam 'Adi sangat aktif di kelas. Dia sangat suka menjawab soalan yang di beri oleh cikgu'. Bukan. Bukan macam tu. Dia macam kronologi 'Perut Pak pakdir sangat aktif. Oleh itu dia bergegas ke tandas'. Faham ke? Maksud dia gunung merapi dah tahap yang tak dapat nak tampung lava dan tengah tunggu masa je nak meletus. Macam tu laa.

Sekarang gunung merapi ada di stage siaga. Lebih kurang stage ke-3 sebelum stage akhir, tahap awas di mana semua orang dah kena turun dari area gunung dan harus berpindah ke tempat yang lebih selamat. Siapa yang tak berapa nak tahu pasal cerita gunung merapi ni, boleh la menggoogle ek. Kalau nak tengok kat youtube pun ada, kot. Tapi ni ada sedikit info terbaru pasal gunung merapi ni. 

Oh, tak faham ke? Takde masa la I nak explain panjang2, pergi guna google translator la. Boleh? teehee. Atau baca post ini, hahh dah ada dalam english lagi. Lucky u. Ni pun nasib baik Malina ada send link kat ym. So korang kena bersyukur tak perlu nak taip panjang-panjang 'kisah gunung merapi yang hampir meletus seperti kronologi Perut Pak pakdir sangat aktif. Oleh itu dia bergegas ke tandas' tu. Tak, tak perlu -_-

Okay, ini ada beberapa petua untuk anda2 yang berada dalam kawasan jangkaan gempa merapi. Yang kat Malaysia tu boleh je kalau nak prepare jugak. kalau nak laa, aku tak paksa.

1. Siap sedia dokumen2 penting seperti passport, ic, kitass, atm card, atau apa2 je dokumen yang anda rasa sangat penting dan macam kalau takde anda susah nak hidup. Tak, bil internet dan api tu tak penting. Tolong letak balik dalam laci. Dokumen2 ni letak la dalam tas/beg dan letakkan di tempat yang senang anda nak capai sambil lari nanti. jangan letak dalam almari/gerobok sebab nanti tak sempat nak bukak apatah lagi bila anda siap kunci segala kan.

2. Selain dokumen2 penting tu, sediakan jugak beberapa keping duit. Tak kesah la rupiah ke rm, sebab nanti sudah tentu atm tak boleh guna, so sekurangnya ada la jugak cash kalau apa2 berlaku. Simpan sekali dalam tas/beg tadi.

3. Jangan, diulangi, JANGAN lupa tidur pakai baju dan seluar/kain pelikat/boxer atau apa2 je yang anda rasa tak malu dan boleh memalukan diri bila tetiba malam buta ada gempa anda lari terus keluar rumah dan tak sempat pakai seluar. ish ish. free show jadinya nanti.

4. Jangan sesekali kunci pintu bilik anda. Ini yang untuk tinggal di rumah la. Kalau kat kost tu bahaya jugak. Jadi, kalau kunci tu, tentukan bahawa kunci memang dah tersedia kat pintu tu, sebab nanti dah kelam kabut takde lah baru terhegeh2 nak cari kunci. 

5. Aku mula2 tak tahu kenapa aku letak helmet ni dalam bilik, mungkin sebab kat luar tu banyak tikus. T_T tapi aku ada terbaca satu nasihat, kalau ada gempa, cepat2 lah pakai helmet untuk proteksi kepala bagi kurangkan risiko kecelakaan la kan. Jadi, siapa2 nak buat boleh jugak laa. 

Oh, yang ini je aku terpikir dan rasa penting buat masa sekarang. Lagipun nak taip blog ni pun macam, eh eh jangan lah gempa sekarang plsss. Ini ada beberapa tips dalam menangani gempa. Dah jangan nak mengada2 cakap tak cukup ke apa, sekarang ada masa kan? pergi search sendiri.

Okay, nak pergi kemas barang2 yang penting sekarang.

Eh kejap, rasa2 kalau pack barang dalam beg balik kampung 20kg macam naik flight MAS tu sempat tak nak bawak lari?

4 Responses so far.

  1. ~yon~ says:

    ko ni memg suka buat org ketawa kan??

    eh yg helmet 2 ak xpnah dgr pun, ni ko la ni buat crita ni kan sbb dlm bilik ko ad helmet...

    eh act ak nak naek rooftop tgk gunung merapi 2 kot2 nampak merah2, tp takutla plak naek sorang2...xjadi..

    korang nant sure lari dgn tikus2 kan...hehe

  2. hanim soh letak helmet dlm bilik jugak. sudin, u r not alone:) anyway, pqa baaaaru je bace post sudin psal bandung games. *sori to comment here.gugugu* sudin played well. no guilt. but be proud, k:)

  3. haha.. orang len dok baca pasal clinical audit, dia dok baca blog udien even rasa cm dah lmbt gila kot bru mengomen...

    anyway, head protection tu cm bernas je nk buat!! hehee... nk simpan lah helm dalam bilik gak.. dapat prevent cerebral hemorrage :D

    take care udien, take care friends!!
    Allah always with us.. :)