$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$
Salam pembaca blog..
Secara jujurnya, memang saya seorang yang cepat melenting. Tak kira lah daripada sekecil2 perkara tentang cuti sem sekali pun. Tapi, saya bukan seorang yang serkap jarang. Mengulas, mengutuk dan memberi komen tanpa usul periksa dan sebab musabab yang kukuh. Saya melihat sesuatu daripada pengalaman saya sendiri (mungkin tak semua)
Ingat tak tulisan saya tentang Doc, Dok atau Dog?. Dengan itu, tanpa sengaja dan terlupa, samaada awak atau saya, rupa2nya ada ulasan yang secara terperinci dek kesilapan reporter itu sendiri di akhbar yang sama, 2 mei yang lalu. Ini pun, saya dapat daripada nota seseorang di FB.
[Doktor cuma 'berdiam' bila rakyat kritik khidmat mereka]
Maaf kepada mereka yang saya salahkan tanpa mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Saya tak pernah mempertikaikan profesionalism seorang doktor, tapi yang saya agak terkilan adalah sikap mereka yang terlibat sama dalam profesion ini.
Daripada penulisan di akbar, ditambah dengan cerita masyarakat dan ditokok dengan apa yang saya lalui, saya memang agak bersimpati dengan mereka; doktor dan pesakit. Kenapa? bukan semua doktor itu tak bertanggungjawab dan bukan semua pesakit itu bongok!
Cuma saya hanya melihat dalam konteks ini adalah dimana saya adalah seorang pesakit dan saya juga bakal seorang doktor (cewahh!)
Seorang doktor yang ditugaskan dan diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab yang sangat besar, memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dengan ikhlas dan beusaha membantu dari apa yang mereka tahu. Penat wei belajar 5/6 tahun.. Bukan senang nak dok mengadap buku jer, hafal nama2 ubat, anatomy lagi, pathology lagi.. Mereka yang mengalaminya tentu faham.
Tapi sekarang paradigma masyarakat dah berubah. Mereka anggap sekarang kalau demam dah tak perlu jumpa doktor, kalau sakit perut dah tak perlu jumpa, kalau rasa sakit sikit2 tu dah tak payah la jumpa doktor. Sebab apa? biasalah, sentuh pun tak, anamnesis pun tak, senyum pun tak, last2 bagi paracetamol jer! Saya pun kadang2 malas nak jumpa doktor kalau sakit, nak2 kalau pergi GMC. Tak payah la. Baik berharap dengan kompetensi immune system jer.
Dan ada juga sebenarnya masyarakat sekarang yang dah 'berpelajaran'. Mereka sentiasa berjaga2 dan nak menyibuk tepi kain orang. Setiap kesalahan doktor akan di ambil kira. Tak kira awak tu Pakar ker, Residen ke, apatah lagi HO. Yang paling menakutkan sekarang ni, dah ada juga Medical Lawyer. Salah sikit, saman. Cucuk sikit, saman. Aku cucuk betul2 karang..
Jadi, dah tau cerita dia?
An orgasm a day keeps the doctor away
~Mae West~
bef..bef..blog yg menarik dgn ayat2 yg bleh tahan bgus..ngehehe..xde chatbox ke sudin??nk tulis kat c2...btw,part last skali bef wpun xde kna mengena ngn cita...hohoho
ape bef tu yon? tak paham la aku.. haha' btw, thanx. jumpe jugk ko kat blog ni yer..