Tanggung dan Jawab

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam semua..

Adakah kita mengejar tanggungjawab atau tanggungjawab mengejar kita?!
~Fazrul Basir, Setiausaha PKPMI Jogja 09~

Setiap daripada kita ada tanggunjawab. Tak kiralah sebagai hamba, anak, pelajar, pengajar,pemerintah, pemulung dan sebagainya. Namun, persoalan yang sering ditujukan adalah sama ada kita yang yang mengejar tanggungjawab itu ataupun tanggungjawab itu sebenarnya yang mengejar kita. Dalam erti kata yang lain, kenapa perlu kita bertanggungjawab ke atas tiap2 perkara yang semestinya itu bukan kemahuan kita, dan kenapa ada segelintir yang sengaja mencari perkara untuk dipertanggungjawabkan sedangkan itu bukan tanggungjawab dia. Ada faham?

Manusia ialah hamba. Hamba ialah orang suruhan. Dalam kata erti yang lain, manusia ialah hamba kepada Maha Pencipta. Tiap2 hari seorang hamba akan bangun pagi2 untuk menyembah-Nya; dan beribadah kepada-Nya; dan bertawakal kepada-Nya; dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada-Nya. Semuanya dilakukan berulang2 kali, setiap hari.

Emak ialah seorang isteri. Emak juga ialah seorang emak kepada anak2nya. Tiap2 hari emak akan bangun awal2 pagi untuk sediakan sarapan pagi; dan gosok baju abah; dan gosok baju adik; dan basuh baju; dan mengemas rumah; dan masak; dan sapu sampah. Semuanya dilakukan berulang2 kali, setiap hari.

Pelajar ialah seorang yang menuntut ilmu. Tiap2 hari pelajar akan bangun awal2 pagi untuk ke sekolah; dan belajar; dan mengulangkaji; dan menghormati guru; dan menghormati kawan2; dan berusaha gigih untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Semuanya dilakukan berulang2 kali, setiap hari.

Pemimpin ialah seorang yang dilantik untuk memimpin. Tiap2 hari pemimpin akan bangun awal2 pagi untuk bekerja; dan menghadiri mesyuarat; dan menjaga disiplin orang bawahan; dan mengkaji perkembangan dan isu semasa; dan berusaha untuk memantapkan strategi persatuan. Semuanya dilakukan berulang2 kali, setiap hari.

Dan tanggungjawab itu sebenarnya yang menjadikan arah tujuan kehidupan kita dan landasan untuk suatu matlamat. Dan matlamat itulah yang menjadikan setiap daripada kita berusaha semaksimal yang mungkin bagi menghasilkan yang terbaik.

Seorang hamba beriman dan mengakui keTUHANan Maha Agung dan mengimpikan Al-jannah sebagai balasan yang paling tinggi nilainya.

Seorang emak melakukan segala2nya bagi membina sebuah keluarga yang yang harmoni dan bahagia, anak2 yang berjaya dan kesenangan hidup di masa hadapan. Dan semuanya berlandaskan hukum dan ajaran Maha Pencipta.

Seorang pelajar berusaha gigih bagi mencapai keputusan yang gemilang bagi mengecapi kejayaan dan beroleh kehidupan yang lebih bermakna. Dan semuanya berlandaskan hukum dan ajaran Maha Pencipta.

Seorang pemimpin melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan saksama bagi memperoleh kepercayaan orang lain dan berusaha untuk meletakkan semuanya di tingkat yang terbaik. Dan semuanya berlandaskan hukum dan ajaran Maha Pencipta.

Semoga tanggungjawab ini menjadikan aku lebih berani untuk menempuh hari2 mendatang. Sebab apa? sebab ini semua adalah amanah. Dan semoga amanah ini menjadikan aku untuk tidak lalai dan leka bahawa perjalanan hidup ini semuanya adalah berlandaskan hukum dan ajaran Maha Pencipta.


* masih kecewa dengan kehadiran June*

One Response so far.

  1. adiputra says:

    menarik...tabik spring!!