Hidup

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..


Kehidupan adalah hidup. Kita hidup untuk hidup kerana hidup itu hidup. Setiap yang hidup perlu hidup dan menjalani kehidupan dengan hidup, kerana yang hidup itu saling melengkapi dengan hidup yang lain demi sebuah kehidupan, agar yang hidup itu hidup, bukan mati!


Sebuah perjalanan kehidupan saling mengalami ketidakberlangsungan hidup, dengan harapan setiap yang hidup itu akan sentiasa di atas (gembira, bahagia, cinta, segala2nya). Tapi kadang2 ada masa kita akan merasakan perasaan di bawah (sedih, marah, bengang, kecewa). Dan ingatlah, kehidupan itu perlukan perencah hidup!

.........................................................

Minggu ni tersangat sibuk dengan macam2 hal. Report, assignment, komitmen etc. Terasa la betapa sibuk tu kadang2 bagus untuk refreshing diri yang sangat suka bermalas2an. Giler apa suka sibuk?! haha'

Dan minggu lepas, memang penat tapi tersangat-sangat-sangat best!

Dah lama tak rasa perasaan best main volley! *bahagia*

Muka bahagia selepas melalui masa yang sangat2 tension (sudah tentu bukan pasal study) lol :)

Nampak tak muka aku yang bahagia? Tak nampak? tgk pic bawah ni plak..

so, dah percaya? :P

.........................................................

Pendirian manusia sering berubah2. Ada mereka yang masih mencari jalan ke arah kesempurnaan, tapi tak kurang daripada mereka yang secara teorinya sempurna, tetapi praktikalnya... urm, kureng sikit.

Aku secara jujurnya memang sangat mudah percaya dengan first impression. Tapi kerana keterbukaan, aku mudah jugak nak menerima perubahan yang secara ikhlasnya menjurus kepada kebaikan. Dan semoga perubahan itu semakin mendekatkan kita dengan-Nya dan secara batinnya, kita tahu apa yang sebenarnya berlaku, walaupun secara zahirnya, orang akan sentiasa nampak sekumit tanda hitam disebalik kanvas putih yang terbentang luas!



InsyaAllah, semoga Allah memberikan mereka2 yang berniat ke arah kebaikan hidayah dan petunjuk. jangan cepat menghukum seseorang hanya kerana dia bukan se'fesyen' dengan kita, sebab Islam itu luas. Adakah mudah untuk mengukur tahap ketinggian darjat kita dengan orang lain hanya berdasarkan pandangan sinis?

Dan semoga Allah memberikan hidayah dan petunjuk juga kepada mereka yang kononnya berkata2 'sempurna', bertindak 'sempurna' dan menggelikan ketidaksempurnaan, tapi akhirnya melakukan 'ketidaksempurnaan' itu sendiri.

tepuk dada, tanya iman. :)

5 Responses so far.

  1. huaa.. dh ngntok ni sbnrnye.. tp nk gak komen walaupun tak abih bace :P erm.. ape yg penting, kita kne hargai setiap detik dan saat yang kita ada agar kehidupan itu lebih bererti.. Allah bless u.. :)

  2. Ko sangat kureng ajar...ko cut gambar aku kat buaian tu sampai nampak seluar hitam aku jer...ko jahat...ko keji...sampai hati ko~

    =p

  3. udienjai says:

    izyan: may Allah bless us!

    aijud: silalah LOIKE ok?! :)

    imran: ni blog aku, sukati aku lah! Hahahahaha' tp seriously, aku lbh suka kalau gmabar tu xde kau. xnampk over! :D

  4. aish..semakinserius blog ko nih.tp bagus,ajak aq berfikir =)