Ada lori ada bas

Salam.

Korang mungkin tak pernah jumpa perempuan ni kan? Kalau pernah pun, mungkin jarang.


Dia ni lah adik perempuan aku yang paling gemuk. Eh eh, tak lah. sekarang dia dah kurus sikit. Sikit jer.

Kalau perempuan melayu terakhir yang sorang ni, dah tentulah korang kenal kan?


 Macam mana pulak kalau gambar mereka berdua ni digabungkan. Contohnya macam ni.


Ceit. Ingat dengan gambar blur macam tu aku akan jeles la? Haha'

* Tadi telefon rumah. Masa tengah cakap dengan mak, tetiba adik kimie nak menyibuk pulak. Dia cakap, 'Abg Udien, aritu Kak Ikah cakap dia naik pentas dengan Siti Nurhaliza. Dia kata kat Siti, dia saja jer nak jeleskan abg dia'. Aku tanyalah dia, adik suka siapa? Putri ek? Dia cakap ' Taklah, nanti dah tingkatan 1 baru adik bagitau adik suka siapa' zzZZzz.. *_*

* Anum, next post aku jawab soalan tag tu yer. Tapi perlu ke jawab jugak? ZzzZZz..

Menyesal tak sudah

Korang pernah tak buat suatu perkara, kemudian korang menyesal?

Aku selalu. Menyesal yang teramat, tapi lepas tu buat balik.

Bongok!

Alpha Quest

Bersengkang mata untuk format compiled segala. Macam dah taubat taknak buat lagi. Tapi bila sampai part masukkan jokes, rasa macam eh eh lain kali aku nak jadi tukang cari lawak2 je boleh tak? :P
Untuk situasi sekarang, sepatutnya dia kena letak buku Harrison Tortora Kumar sambil kat tepi laptop tengah bukak facebook. Sigh.

April

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam.

Dah lama jugak tak update blog. Ya, aku bukan selebriti yang nak jaja cerita setiap hari kan? Haha' Banyak jugak cerita yang berlaku bulan April ni. Itu tak termasuk kena ikat perut  sehari semalam dan berpuasa selama 2 hari berturut-turut nak tunggu duit scholar masuk. Okay la tipu. Cuma berjimat dan cermat jer, dan jugak menghitung setiap duit yang ada kat dalam dompet setaip hari. Okay dah cukup. Jangan nak menipu je kerja dia.

1. Semalam dan hari ni ada futsal tournament anjuran PKPMI Jogja. Seronok jadi orang gila menjerit kat luar court. Ya, aku penjerit sepenuh masa kalau ada game futsal sebab sudah tentu aku tak boleh main bola. Ada ke patut Shah suruh aku ganti player 09' tadi sebab aku pakai baju merah. Cis! Merah untuk Tiger Lily okay. Dan memang nasib (bukan nasib baik) diorang menang. Mereka yang hebat dan berkaliber serta semangat sepasukan yang tinggi memang patut menang. 

Tak sia-sia aku jerit disertakan speaker aku tadi (baca: Imran). Dia datang semata2 nak jerit tau walaupun korang nampak dia agak tak semangat sikit hari ni. Faham2 je la. Petani macam dia memang macam tu. Tidur pukul 3 pagi sebab nak tuai hasil tanaman dan bangun awal untuk bagi sokongan. Balik pun awal sebab nak jaga jelapang padi :') Terharu kan?! Congratulations Tiger Lily dan team Amir 07'-Baracula, atau yang semaksud dengannya. Tak tau la nama group dia apa. hehe' Rahsia kemenangan? MOTIF DAN PELUANG.

2. Khamis lepas ada sorang senior, Wai Kit yang kemalangan. Dan sekarang keadaan dia dah tabil walaupun masih di ICU. Tak berapa tau macam mana kemalangan tu boleh berlaku. Tapi cukup lah bila dapat tau dia terjatuh dari motor baru balik dari hospital (pratikal). Orang cakap masa kejadian, cuma nampak sikit ke luka dia, tapi bila dah bawak pergi hospital, memang agak teruk. Dia mengalami pendarahan dalaman, hati dia hancur (bukan hati hancur berkecai bak pecah kaca pecah gelas selepas putus hubungan dengan awek ya) dan perlu dioperasi. Dan lepas tu dapat tau yang paru dia ada jugak komplikasi. 

Tadi sempat lawat dia dengan Fazrul kat ICU. Muka dia nampak tembam dan terbaring tak selesa atas katil. Sedih dan agak cuak bila dia terjaga dan macam nak terbatuk. Bila dia cakap nak tulis sesuatu, Fazrul pun amik marker dan kertas yang ada atas meja tu. Dia tulis' I am batuk. Cepat2 panggil doktor yang ada kat situ dan dia pun buat suction. Mungkin ada air liur atau kahak yang buatkan dia tak selesa. So, sekarang yang boleh kita buat adalah mendoakan semoga dia cepat sembuh dan dia wajib sembuh!

3. Urm, 1 april yang lepas genap Dato' Siti Nurhaliza 15 tahun dalam industri. Dan lebih kurang 14 tahun aku jadi pengikut stalker pengefan pembawa cerita pasal dia sampai semua orang rasa nak luku je kepala. Tak kisah lah. yang penting Siti dah 13 tahun berturut2 menang Artis Wanita Paling Popular dan kali ke-7 Bintang paling Popular. Tapi tahun depan dia dah taknak bertanding lagi dah. Okay, inilah masanya nak bagi can artis2 hebat yang lain menang pulak. Baiklah Syafiq Marzuki, kau dah boleh vote Jac untuk menang! HAHA' 


Umur dah 31 tapi maintain cun Apa rahsianya? 
Tentulah SimplySiti-Rahsiaku Kini Milikmu. *iklan kejap*

4. Tahun ni 25 tahun anniversary mak dan abah. Yeay~ sekarang kami (baca: kak ain) tengah plan nak belanja mak abah melancong ke mana. Harap2 masa tu aku tengah cuti, boleh join sekali. Ecece~ menyibuk jer. Dan hari ni jugak hari jadi si kimie busuk. urm, kecik2 lagi dah pandai nak mintak suruh mak belikan kek. Bila tanya dia nak hadiah apa, buat2 baik la pulak kan cakap apa2 je la. Haha' baik ada maksud tu! 


 HAPPY BIRTHDAY
MUHAMMAD NUR HAKIMI
18 April 2010


Kami Prihatin

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam.

Panjatkan kesyukuran yang tak terhingga di atas kenikmatan dan anugerah yang bukan sedikit ke atas kita, semuanya adalah pinjaman Yang Maha Esa.

Alhamdullilah. Kita diberikan peluang sekali lagi untuk bernafas di atas muka bumi ini, berpijak dan berjalan berpaksikan Iman dan Islam.

12. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada saripati yang berasal dari tanah.
13. Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benih (air mani) pada tempat penetapan yang kukuh.
14. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku; lalu Kami jadikan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat kejadiannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

Al-Mu'minun, ayat 12-14.

Kes pembuangan bayi sejak kebelakangan ni begitu dasyat. Semakin hari semakin ramai bayi2 yang tidak berdosa dibuang dan dicampak ke tempat yang  tidak sepatutnya; longkang; tandas; dan sebagainya. Kemana hilangnya sifat kemanusiaan dan belas kasihan? Andai kesilapan dan kesalahan yang telah kau lakukan, jangan jadikan ia sebagai alasan untuk kau melakukan kesalahan yang keduanya. 

Aku bukan manusia sempurna. Aku juga pernah melakukan kesilapan. Tapi setidak2nya, aku belajar untuk menjadi manusia. Sedang binatang pun sayangkan anak mereka, apatah lagi kita yang diberikan akal untuk berfikir. Jangan nak salahkan Haruan (ini bukan nama orang) sebab haruan memang makan anak *tiba-tiba*

Erk, okay rasa pelik bila nak kena buat ayat skema. Sebenarnya nak kongsi video ni jer.




Apa-apa pun, jangan buang anak anda. Kalau rasa nak buang anak korang yang comel tu, boleh bagi kat aku. Aku suka budak kecik yang comel. Tapi kalau rasa tak comel, jangan jadikan alasan nak buang pulak. Jangan jugak bagi kat aku, bagilah kat rumah anak2 yatim ke. Terjaga jugak makan minum dia. 

Ingat. JANGAN BUNUH DAN BUANG BAYI YANG TIDAK BERDOSA. Hantu dia datang cekup kau nanti padan muka!

Nur Hafizuddin Jailani sokong Kempen Kami Prihatin. Anda bagaimana? *ala-ala siti*

Tapi tolong la, talian Nur 15999 tu takde kaitan dengan aku.

Gunting Rambut

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam.

Aku ni memang sangat pemalas. Dalam segala hal nak bermalas-malasan.Nak keluar pergi makan pun kadang2 boleh jadi malas, sampaikan makan mee sedap jer. Itu pun kalau boleh nak suruh orang buatkan jugak. Apatah lagi kalau nak kena pergi gunting rambut kan..

Urm, jadi dengan terpaksanya sebab rambut dah panjang, kena la juga pergi kedai gunting rambut. Tempat yang aku selalu pergi ialah KOMP@K-tempat cukur cowok cerdas. Sebab dah la murah Rp5,000 (lebih kurang Rm2) jer, pastu cepat dan tangkas. Dalam masa 15 minit jer dah boleh siap. *amik kau siap promotion murahan lagi*

Alkisahnya, selepas mendapat giliran aku, dia tanya la aku nak gunting macam mana. Aku memang paling tak suka kalau nak explain mengexplain ni kan. Jadi, sekarang ayat yang paling mudah ialah aku cakap jer aku nak cukur rapi (bukan aku nak cukur a.k.a mengikis rapi duit abang tu yer) Apekahh?!

Lepas tu, nak menjadikan sessi menggunting rambut lebih nyaman dan selesa, dia tanya la aku 'Aslinya mana mas?' Lepas tu aku cakap la 'Malaysia' dengan sedikit cuak. Ye la. cuak kalau2 dia dengar Malaysia jer terus dia toreh leher aku pakai pisau cukur tu kan. Siapa nak jawab? Haha'. Dia cakap 'Oh, tak nampak macam orang Malaysia'. Aku pun menggatal la lagi tanya dia kan 'habis tu nampak seperti dari mana?'. Dalam hati, urm dengan berwajahkan pan-asian yang celup olok2 ni kan, sure la mas ni nak cakap, Oh ni mesti dari France kan? <--perasan lebih. Dia pun menjawab, dengan jujur dan saksama, 'Oh, pas omong aja, sudah tau bukan asli sini' Apekah?! T_T

Okay, aku tau kau nak cakap muka aku berciri2kan Jawa kan? Fine.

Nak bersiap pergi birthday Piqa. Adakah dia sempat baca blog aku ni sebelum pergi McD jam 7 nanti? Urm, rasanya tak kot. Haha' Mati aku kalau tak jadi suprise.

HAPPY BELATED BIRTHDAY NUR TAUFIQAH IDRIS

Lagenda Budak Setan

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam.

Sesiapa yang suka baca novel, mungkin ada kenal  Ahadiat Akashah. Dulu suka jugak baca novel dia. Cinderella 98, Pilot Cafe, Malam Ini Kita Semua Menangis. Alaa.. zaman dulu2 masa budak kecik kan, takda benda nak buat, tengok TV bukan lagi menjadi hobi masa tu. Apatah lagi melayari internet dan bercucuk tanam T_T sudah pasti bila buat biodata yang macam korang selalu buat kat buku2 tu, pastu pass around satu kelas suruh isikan biodata masing2. Eleh, buat2 lupa konon. haha' sudah tentu hobi yang selalu korang buat ialah membaca buku ataupun mendengar radio. Ceit. stereotype betul.

Ahadiat Akashah jugak yang penulis yang mula2 sekali aku kenal (sebagai penulis novel la, kalau tanya kenal dia suka makan apa lahir bulan berapa yang tu aku tak tau). Penulisan dia ringkas, tapi menarik dan padat. Setiap baris ayat yang dia karang, senang je nak faham, dan kadang2 kita sendiri boleh feeling lebih. Dan novel yang aku suka Pilot Cafe. Sebab masa tu sangat bercita2 tinggi nak jadi pilot la konon kan..

Yang lebih menarik sekali, salah satu novel dia akan diadaptasikan di layar perak (adakah begitu skema ayat ni?) Lagenda budak setan. Movie trailer dia pun macam menarik. Grafic dia sangat cun macam cerita My Name Is Khan. Dan yang paling penting sekali, Lisa Suryani berlakon dalam cerita ni. Best kan? kan? kan? tapi boleh tak orang lain selain Farid Kamil? -_-




Urm, tapi aku tak sempat/kesampaian nak baca novel ni. Ada siapa2 yang ada dan baik hati nak bagi pinjam tak?