Gunting Rambut

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam.

Aku ni memang sangat pemalas. Dalam segala hal nak bermalas-malasan.Nak keluar pergi makan pun kadang2 boleh jadi malas, sampaikan makan mee sedap jer. Itu pun kalau boleh nak suruh orang buatkan jugak. Apatah lagi kalau nak kena pergi gunting rambut kan..

Urm, jadi dengan terpaksanya sebab rambut dah panjang, kena la juga pergi kedai gunting rambut. Tempat yang aku selalu pergi ialah KOMP@K-tempat cukur cowok cerdas. Sebab dah la murah Rp5,000 (lebih kurang Rm2) jer, pastu cepat dan tangkas. Dalam masa 15 minit jer dah boleh siap. *amik kau siap promotion murahan lagi*

Alkisahnya, selepas mendapat giliran aku, dia tanya la aku nak gunting macam mana. Aku memang paling tak suka kalau nak explain mengexplain ni kan. Jadi, sekarang ayat yang paling mudah ialah aku cakap jer aku nak cukur rapi (bukan aku nak cukur a.k.a mengikis rapi duit abang tu yer) Apekahh?!

Lepas tu, nak menjadikan sessi menggunting rambut lebih nyaman dan selesa, dia tanya la aku 'Aslinya mana mas?' Lepas tu aku cakap la 'Malaysia' dengan sedikit cuak. Ye la. cuak kalau2 dia dengar Malaysia jer terus dia toreh leher aku pakai pisau cukur tu kan. Siapa nak jawab? Haha'. Dia cakap 'Oh, tak nampak macam orang Malaysia'. Aku pun menggatal la lagi tanya dia kan 'habis tu nampak seperti dari mana?'. Dalam hati, urm dengan berwajahkan pan-asian yang celup olok2 ni kan, sure la mas ni nak cakap, Oh ni mesti dari France kan? <--perasan lebih. Dia pun menjawab, dengan jujur dan saksama, 'Oh, pas omong aja, sudah tau bukan asli sini' Apekah?! T_T

Okay, aku tau kau nak cakap muka aku berciri2kan Jawa kan? Fine.

Nak bersiap pergi birthday Piqa. Adakah dia sempat baca blog aku ni sebelum pergi McD jam 7 nanti? Urm, rasanya tak kot. Haha' Mati aku kalau tak jadi suprise.

HAPPY BELATED BIRTHDAY NUR TAUFIQAH IDRIS

4 Responses so far.

  1. hahaaaa... nk tgk rambut udien yg pendek tu.. b4 jumaat td tgk tak de lar panjang mana.. udien ni berdisiplin betol lar.. mase skolah mesti tak pnah cecah colar :P

  2. udienjai says:

    eh eh.. cepat pulak ada org dah komen kan. haha' cecah colar selalu je la. tp malas tang kena tarik sideburn tu.. haha'

  3. Rasanya dari France kot. haha! ;)