Shoot for the moon

Aku seharusnya dah tidur sekarang. Ya, walaupun  masih awal memandangkan esok hari ahad. Tapi bila Fitri sms dan cakap dia still belum dinner, aku memang dah rasa mengantuk dan terbaring nak tidur. Dan sekarang, tak rasa nak tidur dah.

Banyak benda yang berlaku minggu ni. Semua orang dalam keadaan yang tertekan, atau mungkin kebanyakan orang dalam keadaan yang tak stabil. Atau tertekan. Apa2 lah yang korang rasa macam sesuai. Atau yang semaksud dengannya. Shoot. macam orang gila tak tau nak bagi ayat apa.

Bila chatting dengan kawan sekolah kat ym hari tu, baru dapat tau yang salah sorang daripada kebanyakkan kawan yang amik medic, dah quit. Semacam tarik diri sebab jiwa tak serasi dengan apa yang dia dah belajar sepanjang 3 tahun ni (2 tahun foundations + baru 1 tahun daripada 5-6 tahun). Shoot. macam sangat tak membina semangat bila dalam keadaan yang genting macam ni. 

Tak kesah lah bapak dia banyak duit ke, dia mampu nak bayar balik duit scholar tu ke. Tu hak dia. Dan mungkin dia dah buat keputusan yang paling besar dalam hidup dia, dan mungkin keputusan tu yang memungkinkan dia kejar balik cita-cita dia dan berjaya dalam hidup dia. Dia ambil risiko dan risiko itu dibayar dengan keyakinan dan impian yang dia dah bina. 

Dan hampir mustahil la kau nak tarik diri bila dah 4 tahun kau belajar. Dan beribu2 duit kerajaan kau dah bazirkan tetiba kau nak kata yang kau give-up? Kalau kau pernah cakap masa A-level dulu yang kau dah menyerah, aku boleh percaya. Dan kau tak sanggup nak menyerah awal2 lagi sebab kau tau yang mak abah kau bukan orang kaya. Kau fikir mana diorang nak korek duit bayar balik duit scholar tu, kau fikir mana diorang nak cari duit buat makan semua. Sebab tu aku tau kau cuba nak ikhlaskan sampai sekarang ni.

Kau pernah cakap yang ini bukan jalan yang kau nak. Kau ambil jalan ni sebab kau kata mungkin ini yang terbaik untuk kau. Untuk keluarga kau. Tapi kenapa mesti sekarang? kenapa mesti sekarang baru kau kata kau pun perlukan mereka untuk tau apa jalan yang kau nak pilih sebenarnya?

Diorang tak pernah paksa kau pilih jalan kau sendiri. Diorang tak pernah bagi tekanan mana satu yang terbaik untuk kau. Kau sendiri pilih, sendiri mau ingatlah. Tapi boleh pulak kau cakap, sebab diorang tak bagi kau pilihan lah menyebabkan kau tak boleh nak memilih. 

Dan bila kau dah pilih, dia terima dengan hati terbuka. Tapi alih2, selepas 4 tahun baru diorang cakap  yang kau sepatutnya pilih yang satu lagi, dan bukan yang ini.

Terdiam. Konfius.

Sekarang bukan masa untuk menyerah kawan. Bukan semua orang dalam arena ni betul2 yakin 'inilah impian dan cita2 aku sejak dulu', dan ramai jugak yang memilih jalan ni atas dasar 'result aku gempak dan aku harus buktikan sesuatu yang aku harus lebih daripada orang lain'. Tapi sekali kau melangkah, teruskanlah melangkah. Biar kau jatuh berapa banyak pun, biar kau tersungkur dan tersadung berapa banyak pun, bangunlah dan teruskan perjuangan. Jangan toleh belakang. Sekalipun jangan. Sebab nanti aku yakin akan ada sesuatu yang menanti di depan. Sesuatu yang besar, yang kau takkan tau. Hanya Dia tau. Percayalah.

Shoot. Sampah. Rasa macam nak delete balik jer.

5 Responses so far.

  1. sudien....
    aq slalu rs mcm nih bila stress nk exam.yeah,all those feelings akn dtg. me indeed sgt crazy into law.tp, utk masa ini Allah dah lorongkan jalan ini utk aq.teruskan bersangka baik dengan Dia.mesti ada cahaya di penghujung jalan punya. wawawawa...mesti ada reason utk semua ni.paing kurang,Dia bagi ko sorang soul partner ke =p eyh eyh eyh.buahaahha

  2. kita skrg tgh belajar psl distress la,healthy lifestyle la,tapi makin jadi stress.ahaha

    aku xtaw nak ckp apa dah.sekian.

  3. ain says:

    manusia tak dicipta tiba2. sbgai hamba, kita akan diduga. diberi bahagia, diberi peta.

    selalunya, kita nak kebahagiaan semerta, kalau tak bahagia pn xpe, asalkan tak rasa sengsara dan tseksa.

    tapi kan, bila Allah cabut rasa sakit dn seksa tu, baru kita betul2 tahu apa maksud bahagia. aku rasa tu semalam. great, lebih 20ribu. haha'

    aku suka ayat-ayat akhir tu.

    pasti ada sesuatu menanti di depan. keep the faith, sudin. :)

  4. ~yon~ says:

    aaaaa.....still xleh nk brsangka baek lpas baca ni...still distress....takut jalan yg dipilih ni salah....pointer aku...huk...huwaaaa!!!!!!!!!!!!

  5. aiNJai says:

    peh..ni mcm cite aku aku jek.. sedey~~