Cantik ke?

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam.

Hai, saya budak poyo. Esok nak exam tapi masih boleh bersenang-lenang. Bukan sebab saya dah pro dan habis hafal semua teori yang ada kat buku tu, tapi sebab saya kecewa result yang dapat tak secantik mana.

Semua orang suka yang cantik. Saya pun suka benda yang cantik, lagi cantik kalau sesuatu yang cantik itu boleh dapat secara percuma. Boleh tayang kat Facebook, boleh upload kat blog, dan boleh juga dikongsi bersama-sama. 

Saya tau, selalunya yang cantik tu susah nak dapat. Biasanya, makin dia cantik, makin banyak posisi kita kena cuba, makin banyak cara kita kena tebalkan muka. Tapi ada orang cakap, kalau nak benda cantik, kena lah membuat pelaburan yang besar, ye laa.. benda cantik, kena la barang pun power. Tapi ada orang cakap, nak yang cantik tak semestinya perlu yang mahal-mahal, sebab yang biasa-biasa pun boleh jadi cantik.

Masalahnya, cantik sangat ke?

Eh eh, tetiba emo pulak. 

Taklah, saya tak emo. Saya cuma excited jer. Nak tunggu orang bagi hadiah EOS 500 DSLR Digital camera memang sampai ke tua la nak tunggu kan. Tapi kalau ada peluang nak dapat benda free, urm..cuba je la. Mana la tau tiba-tiba datang bergolek depan mata kan.

Jom la join sekali pertandingan ni. Alah, amik jer mana-mana gambar poyo yang korang ada, pastu upload. Nak lagi best, korang kena la menggedikkan diri promote dan hantar link kat kawan-kawan. Biar penuh email diorang. Tapi, korang kena janji undi untuk saya jugak, dan rajin-rajinkan diri untuk share gambar saya dengan kawan-kawan korang, pastu kawan-kawan korang pulak share link saya tu kat kawan-kawan kawan-kawan korang, pastu, kawan-kawan zzzzzz...

Sebab apa? Sebab kalau diorang undi untuk saya, nanti kalau saya menang hadiah utama dia tu, boleh la saya tolong tangkap kan gambar korang semua cantik-cantik. Hah.. siapa yang untung? Kita jugakkk..

Baiklah. Gambar saya tak cantik. Tapi korang kena undi jugak saya tau. Nanti dah menang hadiah, baru lah saya boleh tangkap gambar cantik-cantik. Tak gitu?
















Percaya Diri

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani 

Salam.

Untuk membuat sesuatu perkara, harus dimulai dengan setiap satu langkah. Dalam maksud yang lain, suatu kerja tu takkan jadi selagi kita tak memulakan, walau dengan satu inci sekalipun. Masih tak faham? baiklah, macam ni, macam mana nak berjaya dapat A dalam exam blok  kalau satu lecture note pun tak baca lagi? Hah' kan dah faham kan? suka sangat nak suruh aku explain panjang2.

Mesti korang semua tahu kan, untuk memulakan langkah yang pertama sekali tu sangatlah susah. Harus berperang dengan perasaan, fikiran berserabut yang tak tahu nak mula dari mana, hidup menjadi semakin tak keruan bila harus memilih, sama ada nak mula sekarang ataupun tunggu masa yang betul2 tepat untuk bergerak.

Tak kisah la nak buat apa2 pun. Macam nak tunggu bila masa yang sesuai untuk bercerita masalah kita kat orang lain, apa pilihan yang kita buat ni tepat untuk hidup kita yang mendatang, pilihan A atau B yang lebih bagus, nak makan mana malam nanti, patut ke kita minta maaf dan memaafkan seseorang, sampai bila waktu kita harus menunggu sesuatu, dan macam2 lagi. Semua itu memerlukan penelitian, fikiran waras untuk menentukan, dan juga setiap langkah yang harus menapak bagi memulakan perhitungan. Dan setiap pilihan dan penentuan itu dimulakan dari dalam diri kita sendiri. Kepercayaan kepada diri sendiri.

Percaya pada diri memerlukan suatu tenaga dan aura yang sangat kuat. Selagi kita belum berupaya untuk melawan diri sendiri, selagi itu ia akan terus menghantui dan meninggalkan kita  jauh di belakang. Berapa Joule tenaga itu, anda yang tentukan sendiri.

Apabila semuanya bermula dengan mimpi, percaya kepada diri sendiri akan menjadikan ianya realiti.

Kalau semalam kau datang dengan harapan, tetapi hati menidakkan kehendak, hanya mata melihat dari jauh betapa minat dan impian kau itu lebur bersama angin malam yang membekukan . Takpa, sekurang2nya kau memulakan setapak langkah untuk berani mendekati.

Dan kalau hari ini, kau datang lagi dengan harapan, tetapi hati menidakkan kehendak, masih ada teman yang sekurang2nya memberikan kau sedikit semangat untuk terus berjuang. Biarlah 90minit seterusnya kau menunggu dan terus menunggu peluang yang datang, dengan rasa kerdil kau melangkah setapak demi setapak, hanya untuk 60 minit yang sangat sangat sangat berharga. Takpa, sekurang2nya kau memulakan beberapa langkah untuk berani mendekati. 

Dan semoga esok kau lebih berani melangkah, berjalan dan terus berlari. Tanpa menoleh lagi. 

Untukmu sahabat


Maaf bila aku tiada di saat kau perlukan teman.
Maaf bila aku tiada di saat kau perlukan sokongan.

Semoga berjaya di masa hadapan.
Semoga kita berjumpa lagi!

Jangan Bersedih Lagi

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam.

Rasa ini datang lagi.
Dengan sakit yang sama, dengan perasaan yang sama.
Tak tahu la sampai bila nak terus macam ni.
Jangan kata doktor, ramai bakal-bakal doktor dah cuba nak bagi solusi.

Kalau 2 tahun lalu kau datang dengan rasa perit balik dari Bandung.
Dengan harapan permulaan itu akan menjadi yang terakhir kali.
Dan bila rasa itu mula hilang senyap terbalut bedung.
Kau datang kembali di saat aku sedang menikmati dinginnya mentari.

Minggu-minggu selepas itu.
Aku jalani dengan rasa segan dan pilu.
Bermacam andaian menghantui hariku.
Doa dan tawakal yang bisa membantu.

Oh bila kau datang menerjah seenak aku menikmati J.Co di malam minggu.
Terasa seperti ditusuk dari dalam yang teramat mengganggu.
Beberapa kali keluar masuk menunduk pilu.
Alangkah indahnya santapanku tak kau catu.

Betapa aku mengharapkan belas kasihanmu.
Janganlah engkau menghukumku sebegini rupa.
Andai segala yang ku telan kau luah.
Aku redha dan pasrah.

Oh apakah mengapakah kenapakah?
SAKIT PERUT je pun kau dah buat puisi segala?!!