Best ke Raya?

Salam.


Hye, hari ni hari pertama raya. Semua orang mesti tengah semangat nak raya kan? Erm, maksud saya budak kecil yang tak puasa, tapi memang sangat suka nak beraya. Ya, itu ditujukan khas untuk Kimie. 


Selalunya, kalau hari raya, tugas aku mesti kena kemas rumah. Sapu sampah halaman rumah yang besar giler dan cara yang terbaik untuk membakar lemak. Dan rumah yang memang serabut giler lagi serabut daripada serabut kelapa. Alahai, dah mula nak meroyan dah..

Tak tak. Aku malas giler nak kemas rumah. Sebab mesti nanti akan ada Kak Ain dan abah yang akan kemas. Dan mak mesti la kena masak kan? Dan Ikah, Ima yang mesti asyik tidur je kerja diorang. Eh, terkantoi pulak.

Tak. Kerja kami bertiga ialah menganyam ketupat. Kejap, Ikah pandai anyam ketupat ke? 

Okay. Seterusnya, tugas aku ialah... urm, nak tipu tolong abah sembelih ayam macam dosa pulak. Takpe, tapi aku tolong abah cabut bulu ayam. Kan? 

Okay laaa. Yang ni memang kerja aku. Maksudnya, tiap2 tahun aku yang kena buat. Sebab kalau nak harapkan mereka berempat tu (termasuk budak rongak tu), memang takkan siap lah. Sebab kerja ini memang memerlukan ketelitiaan dan fokus yang tinggi. Bukan semua orang boleh buat untuk memberikan hasil yang memuaskan. Maksud memuaskan di sini ialah tepat dan padat dan tidak menggelebeh. Ish, korang memang saja je nak suruh aku explain panjang2 kan? Kerja ini ialah memasang langsir. Wah.. hebat tak?

Tapi ada jer benda tak best sebenarnya bila raya. Pertama, terpaksa berperah otak mencari idea macam mana nak buat alasan taknak ikut abah pergi marhaban. Dan kedua, terpaksa melayan budak2 yang datang beraya buat air hidang kuih bagi duit raya semua sebab perempuan2 yang kat rumah ni PASTI dan SEMESTINYA akan tidur je kerja diorang hari2 raya ni. 

HAHAHA' best kan bocorkan rahsia orang lain di pagi2 raya ni. Yela, tak tau nak buat apa. Nak tau apa aku tengah buat di hari raya yang ceria dan indah ini?

Ini dia:


Perabis duit baki yang ada kat bank selepas shopping macam orang giler dan "Wah, duit kau belanja lebih mahal daripada duit tiket flight balik Malaysia tetapi gedik taknak balik jugak" menggemukkan diri di Dunkin Donut. Sarcastic sungguh penulis ni tau!

Okaylah, semua.. Aku memang maksudkan SEMUA ANDA, selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Halalkan makan minum, ampunkan segala salah silap tersurat dan tersirat, terover tergedik ter-nak pelempang jer muka dan sebagainya. Have Fun and wonderful raya semua! :')

Ops. sorry, nak upload jugak gambar mintak pelempang ini, tapi dengan cara yang lebih manis dan menghayat hati.



Salam Lebaran!

2 Responses so far.

  1. helo, encik hafizuddin...
    FYI, aq da pandai anyam ketupat ,mase f3 okeyz...
    ko jer y kolot kate aq xreti anyam ketupat....sengall...

  2. aiNJai says:

    hahhahhaa..ok, harus aku akui yg raya ni aku la yg kne pasang langsir pd hari last ose bersama2 ima sbb mlm tuabah ada kumpulan takbir raya kt rumah. amat penat smpkan aku psg langsir smbil baring & tertdo d longgokan langsir yg byk tuh. huhhuhuhuhu...& of course aku jugak yg kne layan bdk2 yg dtg baraye sbb hakimi rongak tu tak reti2 utk tidak bukak pintu. haish~~ kacau daun aku nk tdo la kimi tuh!dia ckp: "k.ain cpt la bgn. ada org dtg tuh. adik tak pandai layan" hua~~~ patutkah?
    ok, so ko amatlah d harapkan utk pulg beraya taun dpn!