Post It

Salam.

Alhamdulillah/Innalillah? Sekarang dah seminggu memulakan hidup sebagai ko-as di Jogja ni. Ko-as ialah seperti praktikal bagi setiap ilmu teori yang telah diajarkan di sekolah/universiti, macam bila kita belajar biology, kena la jugak buat amali bedah katak, tanam kacang hijau dan kira proses fotosintesis kat makmal. Kalau setakat teori jer, memang lepas tu time nak praktikal tangan menggeletar macam parkinson laa.

Buat masa ni, penyakit dalam (Internal medicine) memberikan layanan yang baik. Doktor dia baik, DPK (dosen pembimbing klinik) nampak baik, semua doktor yang bagi pengisisn orientasi pun nampak baik. Baik dari segi dia cakap takde lah nak marah2, muka pun tersenyum jer kan, cakap pun lembut jer. Tapi tak tau lah nanti macam mana kan, kita tunggu masa nak kena buli nanti diorang baik ke tak sebenarnya.

Teringat bila dr. Ibnu Purwanto bagi penerangan ko-as, dia ada tanya soalan. Kenapa awak semua nak jadi doktor?. Memang soalan ni sejak 5 tahun yang lepas masa tergedik2 nak apply scholarship JPA dah dapat soalan bocor. Setiap kali jumpa orang, setiap kali ada sesuatu yang berkaitan dengan medicine, mesti orang akan tanya. Dan jawapan dia setakat dalam hati, entah lah aku pun tak tau.

Tapi bila dr. Probo tanya, apa sebenarnya peranan atau sifat bagi seorang doktor yang baik?. Semua orang dapat jawab dengan lancar. Tanpa menyontek jawapan kawan sebelah.

Tanggungjawab,  peribadi yang baik, amanah, berdisiplin, empathy, suka tersenyum serta 25 macam peranan sama dengan 25 orang ko-as yang ada masa tu. Termasuk bayaran murah yang disalahertikan sebagai doktor yang murahan, semua orang gelak.

Tapi beliau pesan, semuanya betul. Tapi yang penting bagi semua ini ialah kejujuran. Jujur terhadap diri sendiri, jujur terhadap pesakit, jujur terhadap organisasi, jujur terhadap masyarakat, jujur terhadap Tuhan Yang Maha Esa.

Semat dalam hati, Jujur! InsyAllah, semuanya akan baik2 sahaja.

Kelompok E11.1
Belakang: Bayu, Jeffrey, Me, Radja
Depan: Fadhila, Nia, Siska, Lusiana, Yon, Winda, Raky
*Dhika takde, dia datang lambat konon2 tak sehat. Hihi' :P

All the best DOKTER MUDA!

One Response so far.

  1. sbb dlm tempoh 5 tahun ni org slalu tanya soklan yg sama kan..aq pun jenuh la pikir.jawapan plg jujur aq boleh kasi is..sbb mmg cara kt msia,bila abes spm n result ko alhamdulillah,ko akan apply scholarship n scholarship akn bg ko course2 profesional yg berkaitan. sebab aq bukan anak org kaya,nk sruh mak ayah tampung (kalo aq sungguh2 nk smbung law kan),mmg lah boleh.tp bukanlah lagi mudah utk diorg kalau JPA dh tolong aq belajar.setiap kali aq tekanan macam hilang punca bila buat medic nih,aq slalu ingatkan diri,ini kurang2 nya mmg utk mak ayah,insyaAllah dipermudahkan semuanya.maka itulah jawapan aq. but i kinda love medicine now.aint that bad laaahhhh