dah takda kerja lain ke?

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

Esok dah nak exam. Still ada la 4-5 lecture notes yang tak bace lagi. Bukan tak nak study, memang nak study pun tadi. Tapi hati ni rasa cam bersalah pulak. Sakit hati pun ada. So, blog ni lah tempat luahan perasaan kan. Siapa lagi la yang nak dengar rintihan hatiku ini. Chewahh!

After mandi, Amir@ Tiram ada masuk bilik. Kitorng borak2 kejap. Pastu dia tanya, ada ke aku bagitau siapa2 tentang benda yang dia cakap aritu.

.................................

Adalah satu hari ni dia cakap dengan aku pasal dia dengan awek dia. Alah, biasa la tu. sedangkan lidah lagi tergigit, ni kan pulak manusia kan. Aku just ye kan je lah. Apa lagi lah yang aku boleh buatkan? Single pun lagi. =P [bukan promosi ok]

So, sampai la satu malam ni, budak2 Dalangan kuar pergi makan. So, aku yang baik ni adalah terlepas cakap pasal benda ni. Ops..! sengaja ke tak? tak tau lah. Tp yang pasti aku ingtkan Amir ada lah bagitau diorng jugak. So, dah terlepas cakap, terlajak perahu boleh di undur kan, terlajak kata, paham2 sendiri lah.

Tapi yang tu boleh lagi la kot. Lagipun aku takda lah cite semua kat diorng. Last2 aku cakap, Taktau lah. Tanya Amir sendiri.

..................................

Yang tak sedap hatinya, masa Amir jumpa aku tadi, dia tanya, ade ke aku bagitau siapa2? Aku cakap ada. Tapi budak2 rumah kita jer. Tu pun, bukan niat nak bagitau, tapi niat nak tahu jer. Sebab dia ingatkan aku ada cakap ngan budak2 pompuan yang lain. Ish3.. Takda keje la aku nak bergosip dengan diorng pasal rumah tangga orang lain kan. nak nak minggu exam ni. Pokoknya, awek dia yang kat Malaysia tu pun dah tau pasal cita ni. Haish~ cepatnya tersebar. Siapa reporter dia sebenarnya? Takkan budak2 rumah ni jugak?

so, just nak cakap kat sini lah kan. Jangan lah nak menyibuk urusan tepi kain orang lain. Jaga lah kain sendiri tu dulu. Dah basuh ke belum, koyak ke tak, jenama apa etc. Siapa yang buat cerita @ menyebarkan cerita tu, aku tak tau lah plak siapa kan. Siapa makan cabe, dia rasa pedasnya. Cukup2 lah tu yang selama ni MUNGKIN dia lah penyebar gosip @ mata2 Amir kat sini. Cam tau2 je siapa. tapi tak baiklah nak tuduh2 kan. Last2 Amir tu jugak yang kene. Ish3.. Insaf2 la ek.. Ni pun untuk aku skali jugak. lain kali, jangan gatal mulut. Cili karang!

.....................................

Lastly, for Intermed 07:

GOOD LUCK
exam Block 2.4...

2 Responses so far.

  1. itulah lumrah.
    ade yg menyimpan ade yg menyampai.

    baru 'harmoni'.
    :D

    cume tugas kita hanya utk pastikn kharmonian itu bukan dinikmati oleh satu2 pihak sahaja.
    kena share...

  2. udienjai says:

    bagusnya ainan..
    tp bukan semua boleh share tau!
    hihi' =P