$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$
Assalamualaikum wtb.
Kehadapan SiTiku yang tak berapa digemari dan disayangi. Aku tau surat yang diutuskan ini pasti akan menimbulkan rasa gelisah dan gundah gulana di hati kau, keluarga kau, sepupu sepapat kau dan segala nenek moyang keturunan turun temurun kau. Tapi apa yang pasti, aku puas!
Sejak pengenalan kita, kira2 21 tahun yang lalu, menimbulkan rasa kurang senang emak dan abah aku. Mungkin sebab meraka tau yang kau sebenarnya boleh memudaratkan keluarga kami. Oh ya, dan aku juga tau yang suara (najis) kau boleh menyebabkan keguguran dan impotensi janin. Nasib baik kau tak sempat menggugurkan aku dari rahin emakku, kalau tak, aku tuntut nyawa kau kat akhirat nanti. Sshh.. jangan la takut sangat. Cool je k.
Dan sejak beberapa tahun yang mendatang selepas aku membesar, aku tau yang kau sebenarnya berminat untuk bermain kejar2, mahupun sorok2. Tapi tolong lah, kau tu muka dah la hodoh, busuk pulak tu. Siapa lah nak main dengan kau kan. Aku rasa, mungkin sebab tu lah, kau tak senang tengok aku hidup bahagia kan?
Kau ingat tak? yang konon2 kau suka terkejutkan aku bila aku pergi dapur, masuk dalam bilik, dan bahkan tengah aku senyap2 tengok tv cerita CSI-Miami. Aku tak tau la sama ada kau memang takde kawan ataupun kau saje2 nak tarik perhatian aku. Dan buat pengetahuan kau, aku sangat benci bau dan suara kau tu. Baik kau blah senyap2 tanpa aku sedari, sebab aku takut kalau frequensi suara aku sangat tinggi dan boleh memecahkan gelas dan tingkap rumah aku. Adakah berbaloi nak ganti kaca2 yang pecah tu semata2 nak suruh halau kau berambus?
Dan sampai sekarang (aku di Indonesia), aku ingatkan kau akan lupakan aku selama2nya. Tapi aku sangat terkezzzut dan terkesima sebab rupa2nya kau dah keluarga kau memang telah membiak dengan sangat aktif. Subur sungguh bebek moyang kau kan? Dah la siap hantarkan sedara-mara kau kat rumah sini semata2 kau nak balas dendam dekat aku! Huh' plz la.. Matured la sikit wei.. Aku tak kacau hidup kau, kau jangan kacau hidup aku. fair and square!
Aku masih ingat lagi, bila kau suka menerjah masuk dalam bilik aku. Sampaikan aku terpaksa melompat2 atas katil dan pakai penyapu untuk halau keluarga kau keluar dari bilik! Fazrul dan Imran pun tak dapat nak membantu aku sebab kedegilan kau. Amir, Adi dan Nash lagi lah tak boleh harap. Diorang lagi suka tengok vocal cord aku pecah daripada badan kau pecah kene dengan penyapu. Fine~
Yang tu mungkin takpe lagi la. Aku boleh maafkan. Yang paling aku berdendam ialah bila korang beramai2 buat parti s** dalam bilik aku masa cuti bulan 7 yang lepas. Aku tak tau la berapa hari berapa malam kau bersuka ria kan. Tapi yang aku tau, abis semua makanan aku kau makan. Sampaikan roti aku yang dah berkulat pun kau licinkan jugak. Amboi, lapar sangat ke?
Yang paling aku marah tahap naruto-dah-keluar-ekor musang ialah bila kau rogol dan rabakkan teruna katil aku. Yang tu memang aku marah giler babeng. Dah la kau siap kecing berakkan lagi katil aku tu. Dah tu, siap kau tinggalkan kesan2 darah malam pertama kau atas bantal aku lagi. Ape? hina sangat ke katil aku tu sampai kau buat macam tu sekali? Mana sifat kemanusiaan dan 90% gene2 manusia yang kau ada tu? Memang betul la kau dasar binatang!
Selepas kau sebat semua roti yang baru aku beli dan sempat makan 2 keping jer, akhirnya aku tau lorong Hj Taib mana kau selalu sembunyi2 hendap. Atas sebab itulah, aku terpaksa kepung jalan (tingkap) atas aku tu untuk beberapa bulan Dan aku kelemasan serta kepanasan yang amat sangat di bilik aku sendiri disebabkan tiada udara yang boleh meneutralkan udara bahang yang keluar dari badanku hasil proses hibernasi dan metabolism yang tinggi.
Akhirnya, atas pakatan kami ( Chief of the mission: Sarjan Imran, Corporal : sudien dan prebet: Fazrul) telah menjalankan pakatan untuk menghapuskan kau dari memori kami selama2nya. Jadi, kami sudah siapkan teks ucapan, sekiranya kami gagal ujian Blok 3.1, (kerana tarikh keramat misi adalah pada 9 oktober 2009, jam 7.00malam) kau dan keturunan kau lah yang akan kami persalahkan! Ingat! kau & keturunan kau akan kami sumpah jadi tikus selama2nya! Muahahaha~ (gelak jahat giler)
Dan betullah kata pepatah, kerana nyamuk ( SiTi dalam konteks perbicaraan kita pada hari ini), rumah dibakar. Ya memang betul kami membakar rumah dan segala kertas2 lecture note blok2 yang lepas serta senjata yang paling penting ialah HIT bagi memarakkan dan memantapkan lagi strategi kami . Walaupun kau hanya seorang (seekor) dan badan kau hanya sebesar anak tikus, tapi, fulamak.. hebat giler kau menyembunyikan diri. Abis satu, satu port persembunyian kau sorok kan? Walaupun hampir sejam setengah, dengan betapa banyak peluh keringat tersembur keluar, suara2 sumbang Imran dan Fazrul menyalak (sudien takde ok <---sila fikir2 balik), gelak2 ketawa pak, ibu, mas dan mbak jiran sebelah, serta ayat2 tak supportive langsung dari Amir, nash dan Adi, akhirnya kau tersungkur jua.. YEs~
Ok. korang dah tau siapa paling kejam skg ni kan? haha'
Haha' senang hati bukan? Plan A untuk kau kami panggang hidup2 tidak kesampaian kerana kami bukanlah begitu kejam seperti kau. Akhirnya plan B juga kami pilih. Kau kan pandai berenang, kami tak sangka pulak kau lemas walaupun hanya beberapa minit kau kami rendam. Mungkin kau perlu memantapkan lagi strategi renang kau, mungkin kuak lentang ataupun gaya kupu2 sebab gaya katak berenang sudah tentu bukan cara yang terbaik. Oh ya, sila suruh keluarga anak pinak cucu cicit kau asah lagi gigi diorng k, sebab mungkin gigi sekarang tak cukup untuk tembus perangkap besi kami.
Walaupun kau banyak buat dosa dengan aku, tapi takpe lah, aku maafkan. Sebab kau tak lah sekejam sangat. maksud aku, spesis kau wahai SiTi kecil molek. Golongan albino kau telah pun sebenarnya membantu aku banyak perkara terutama ketika Pharmacology lab.
Jadi, di hari baik bulan baik ni, maaf bermaafan la kita ya. Tapi ingat, sekali kau jejak kawasan larangan tempat beraduan aku, dan juga kau main cak cak, ataupun kau makan roti segala makanan aku, kau akan tetap aku buru sampai ke lubang cacing. Muahahahaha~
........................................
ps1: Mohon maaf, kepada yang nak sangat aku post cepat2, 'Surat untuk SiTi' ini sila tenangkan hati dan tarik nafas panjang2. Saya tak cakap pun nak bagi surat kat Siti Nurhaliza. Ini SiTikus ok. *larriiiiiiii*
ps2: Team memburu SiTi adalah terinspirasi daripada cerita "geng pemburu cik menti" pogung baru blok E26D. Terima kasih korang.
ps3: SiTi, cik menti dan sekala ti ti adalah nama khas bagi tikus-bongok-yang-suka-memoodykan-hidup-orang lain. harap maklum.
Sekian, terima kasih :) peace..
cis!!!!
(aku gelak tak henti2 baca entry ni ok?!)..sengal!
ayat fevret: jgn ingat ko buat muka cute aku tergoda la.. bluek! lol
menguji kesabaran betul la, sItI ni.. haih
haha. aku bangga ktorg ada menjadi inspirasi korg! fuh2
"korang beramai2 buat parti s** dalam bilik aku masa cuti bulan 7 yang lepas"...
hahaha.aku pon gelak bc post ko ni,xleh blah!umah kitorang pon kna srngan Si SiTi ni.hmmphh
ak suke post ni!!!hehehe...best3...tp kan, x ke si 3 mnusia 2 mrah kalo bce bnda ni????
ain: ko mmg suka ayat pelik kan?
aisyah: sila bangga!
ana: sila buat group skg, dan bertindak! jgn bagi diorng beranak2 pinak every 12 weeks! haha'
yon: urm. so far diorng tak pernah bace blog aku ni. plus, itu adalah hakikat. diorng kena percaya. lol haha'
anum: .... (tak tau nak buat muka apa)
btw.. terima kasih atas komen korang. Aku pon mcm tak caya akan post benda pelik camni.. haha' lolling~ (",)
sitikus?
kalau arwah nenek nisa panggil
"cik menti"
hihihi.
tak tau la nape panggil cik menti..
baidewei,awalnye ingt kan udin dh tak mint siti..
hihih..
habis baca,baru tau...
sitikus
entry seterusnya..haruslah bertajuk
"surat tunjuk sebab kepada pemilik toink!toink!"
kau tipu dan kau sedar aq tertipu.tapi ko ttp nk tipu.haha!