Hujan Abu dan Awan Panas

Salam.



Keadaan di Jogja sekarang masih terkawal. Terkawal dalam maksud masih boleh gelak ketawa, pergi kelas seperti biasa dan sibuk seperti biasa. Walaupun beberapa hari ni, suasana yang agak berbeza. Kalau nak keluar, kena pakai topeng muka dan helmet (yang mana rasa sangat perlu pakai kalau taknak bawak motor sambil tutup mata).

Sampai hari ini, dah ada 4-5 kali letusan susulan merapi sejak last post pasal amaran merapi? tu. Status awas masih dikeluarkan, yang mana semua orang harus sentiasa berjaga2 kalau ada susulan letusan/gempa yang lebih buruk. Maka dengan itu, beg kecemasan masih penuh dengan barang2 penting dan keluar ke mana2 pun masih bawak passport dalam beg. Sangat gelabah waa cakap lu.

Bila dah dalam keadaan macam ni, semua orang dah jadi aktif. Oh, ini bukan aktif yang macam cerita Pak Pakdir tu ya. Harap maklum. Aktif ni macam aktif fb update dan usha status member pasal merapi, aktif pergi check kat internet pasal cerita terbaru merapi, aktif tengok berita kat tv pasal merapi, dan aktif pergi baca paper online pelbagai bahasa (termasuk english, B.melayu dan B. Indonesia) pun pasal merapi. Dasyat kan?



Pelbagai tanggapan dan gelojak perasaan penduduk di sekitar merapi ni. Tak kurang hebatnya ketakutan dan persepsi pelajar Malaysia di sini.

Ingat lagi bila blok 4.1 emergency lepas. Bila ada kawan cakap observasi dan lawatan ke ICU/UGD bosan sebab takde kes yang menarik dan doktor yang macam nak layan tak layan, aku dan beberapa kawan sempat cakap 'Harap2 kita dapat kes menarik hari ini', 'Takpe, I dah doa semalam yang hari ni banyak orang eksiden'. Betapa erti pembelajaran hasil lawatan tu penting untuk kepuasan dalam kehausan mendapatkan kes menarik. Tapi, apakah hak seorang doktor/manusia mendoakan kecelakaaan dan penderitaan orang lain untuk kepentingan sendiri?

Aku bukan seorang yang berani untuk menghadapi situasi cemas, dan trauma. Pernah terfikir alangkah bagusnya kalau dalam keadaan sekarang kita dah ko-as dan dalam department forensic!

Tapi bila keadaan itu berlaku pada diri sendiri, betapa kita terduduk takut di hujung katil dan sentiasa berdoa semoga kita selamat daripada segala bencana.

Pernah terfikir, apa yang menjadikan penduduk2 di kawasan bencana merapi tu, walau dalam keadaan genting dan bahaya sekalipun, mereka masih degil untuk dievakuasi dan turun ke kawasan yang dijangka selamat?




Kebanyakkan mereka terdiri daripada warga tua yang bila kita tengok, mereka jenis yang akan duduk terbaring atas katil atau duduk mengeteh bersama rakan2 sebaya.

Tapi pada hakikatnya, mereka tidak! Sepanjang hayat mereka dibesarkan, dan hidup bergantung kepada usaha mereka sendiri. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mereka hidup serba kekurangan dan atas kekurangan itulah mereka berkorban untuk terus berjuang melangsungkan hidup. Adakala mereka berdegil bukan kerana mereka saja mahu mencabar kerajaan/pemerintah, mereka bukan berdegil untuk membuktikan siapa yang lebih berkuasa dan mereka bukan berdegil untuk membuatkan orang lain marah atau kesian dengan hidup mereka.

Tapi kadang2 atas hakikat, mereka berdegil sebab rumah itu adalah satu2nya harta yang mereka ada, tanam-tanaman dan lembu-lembu, dan ayam-ayam, dan bebek-bebek itu lah aset penting bagi kehidupan mereka. Tiap kali selepas merapi meletus, mereka naik lagi ke atas walaupun sudah dinasihatkan untuk turun. Kerana semua ini adalah dan hanya dunia kecil yang mereka ada.

Kedaifan hidup adakala memaksa kita untuk terus kuat dan tabah. Mereka sedar, kematian itu bukanlah satu2nya jalan penyelesaian. Tidak, mereka bukan berdegil untuk mati, tetapi mereka tau walau mereka hidup sekalipun, tanpa harta, tanaman dan binatang itu, bagaimana mereka akan menjalani kehidupan yang sememangnya sukar ini?



Benar kata orang, kita akan lebih menghargai sesuatu bila kita kehilangannya. Dan kita akan lebih menghargai sesuatu bila kita sedar yang walau sekecil kuman pun sesuatu nikmat dan anugerah itu, merupakan segunung harapan bagi orang lain.

Lumrah manusia untuk mendapatkan yang lebih baik, dan mengharapkan yang lebih baik. Semoga kita tabah dalam mengharungi ujian dan dugaan ini. InsyAllah, selagi ada sisa kekuatan dan keinsafan dalam diri ini, selagi itu aku akan terus bersyukur dan bersyukur.


Terus tabah Indonesia!

Amaran Merapi?

Salam.

Dah lebih seminggu kecoh kat akhbar tv internet segala yang cakap gunung merapi dah tahap yang aktif. Aktif kat sini bukan macam 'Adi sangat aktif di kelas. Dia sangat suka menjawab soalan yang di beri oleh cikgu'. Bukan. Bukan macam tu. Dia macam kronologi 'Perut Pak pakdir sangat aktif. Oleh itu dia bergegas ke tandas'. Faham ke? Maksud dia gunung merapi dah tahap yang tak dapat nak tampung lava dan tengah tunggu masa je nak meletus. Macam tu laa.

Sekarang gunung merapi ada di stage siaga. Lebih kurang stage ke-3 sebelum stage akhir, tahap awas di mana semua orang dah kena turun dari area gunung dan harus berpindah ke tempat yang lebih selamat. Siapa yang tak berapa nak tahu pasal cerita gunung merapi ni, boleh la menggoogle ek. Kalau nak tengok kat youtube pun ada, kot. Tapi ni ada sedikit info terbaru pasal gunung merapi ni. 

Oh, tak faham ke? Takde masa la I nak explain panjang2, pergi guna google translator la. Boleh? teehee. Atau baca post ini, hahh dah ada dalam english lagi. Lucky u. Ni pun nasib baik Malina ada send link kat ym. So korang kena bersyukur tak perlu nak taip panjang-panjang 'kisah gunung merapi yang hampir meletus seperti kronologi Perut Pak pakdir sangat aktif. Oleh itu dia bergegas ke tandas' tu. Tak, tak perlu -_-

Okay, ini ada beberapa petua untuk anda2 yang berada dalam kawasan jangkaan gempa merapi. Yang kat Malaysia tu boleh je kalau nak prepare jugak. kalau nak laa, aku tak paksa.

1. Siap sedia dokumen2 penting seperti passport, ic, kitass, atm card, atau apa2 je dokumen yang anda rasa sangat penting dan macam kalau takde anda susah nak hidup. Tak, bil internet dan api tu tak penting. Tolong letak balik dalam laci. Dokumen2 ni letak la dalam tas/beg dan letakkan di tempat yang senang anda nak capai sambil lari nanti. jangan letak dalam almari/gerobok sebab nanti tak sempat nak bukak apatah lagi bila anda siap kunci segala kan.

2. Selain dokumen2 penting tu, sediakan jugak beberapa keping duit. Tak kesah la rupiah ke rm, sebab nanti sudah tentu atm tak boleh guna, so sekurangnya ada la jugak cash kalau apa2 berlaku. Simpan sekali dalam tas/beg tadi.

3. Jangan, diulangi, JANGAN lupa tidur pakai baju dan seluar/kain pelikat/boxer atau apa2 je yang anda rasa tak malu dan boleh memalukan diri bila tetiba malam buta ada gempa anda lari terus keluar rumah dan tak sempat pakai seluar. ish ish. free show jadinya nanti.

4. Jangan sesekali kunci pintu bilik anda. Ini yang untuk tinggal di rumah la. Kalau kat kost tu bahaya jugak. Jadi, kalau kunci tu, tentukan bahawa kunci memang dah tersedia kat pintu tu, sebab nanti dah kelam kabut takde lah baru terhegeh2 nak cari kunci. 

5. Aku mula2 tak tahu kenapa aku letak helmet ni dalam bilik, mungkin sebab kat luar tu banyak tikus. T_T tapi aku ada terbaca satu nasihat, kalau ada gempa, cepat2 lah pakai helmet untuk proteksi kepala bagi kurangkan risiko kecelakaan la kan. Jadi, siapa2 nak buat boleh jugak laa. 

Oh, yang ini je aku terpikir dan rasa penting buat masa sekarang. Lagipun nak taip blog ni pun macam, eh eh jangan lah gempa sekarang plsss. Ini ada beberapa tips dalam menangani gempa. Dah jangan nak mengada2 cakap tak cukup ke apa, sekarang ada masa kan? pergi search sendiri.

Okay, nak pergi kemas barang2 yang penting sekarang.

Eh kejap, rasa2 kalau pack barang dalam beg balik kampung 20kg macam naik flight MAS tu sempat tak nak bawak lari?

Surat daripada kawan baik

Salam.




Kehadapan kawan baikku Sudien, Sudin, Hafiz atau gedik. Mana2 satu yang sesuai. I pun tak tau nak panggil siapa. Banyak sangat nama. Konfius kejap. Bila orang panggil Hafiz u pun nak mengaku nama sendiri kan. Padahal diorang panggil tupa. Tu la. Orang banyak nama, u pun nak banyak jugak. Tak payah la nak ikut macam Imran sebab ada nama Narmi atau mambo, atau pun Hanafiah ada nama Hana, Ana atau Anap. Ish apa2 je la korang ni. Tak kuasa I nak layan.

Kan senang kalau panggil nama penuh jer. Macam Siti Nurhaliza Taruddin. Hah' nama kampung u tapi ada dia kesah. Beratus2 kot piala dia dapat. Kau dapat apa? ado je lebih. Panggil la Nur Hafizuddin Jailani. kan sedap sikit mak abah bagi nama. Tapi u bolayan je la siapa yang panggil u Nur. Apakah mereka kan?  atau pun bila dia panggil nama u dalam bahasa melayu. 

Eh, nama u sekarang bukan bahasa melayu kan? Sebab setau I nama u olls sekarang ni dalam bahasa arab. Ceit nak buat lawak konon. Lepas tu siap ada doktor panggil masa tutorial, ni nama u ni penghafaz agama ke penghafaz Al-Quran? So, dah berapa banyak juzuk u hafal? *pengsan* Tak ke tersentap u kat situ. "Eh tak la doktor, nama saya penjaga agama" 

Eh, jaga ke agama tu? 
Senyap la u ni!

Tu la. Lain kali bila mak suruh pergi mengaji, pergi. Dan mengaji betul2. Ni banyak main la u. 

Macam kelas sekarang. Ish, buat malu kaum je u ni tau. Ada ke berapa banyak koleksi donkey u nak kumpul dalam akaun u tu. Lain kali belajar betul2 u, jangan banyak main berangan makan je dalam kelas. Ni tak, tiap kali lecture la u nak kuar beli donut la, nak usik2 kawan laa, nak rancak berborak laaa, nak design night dress laa. Hah apa? 


Ish apa ni u, focus tau focus. Masa ni la nak belajar. Kalau nak harap u belajar dekat rumah, kirim salam je laa. Yang u tau, masuk bilik je buat benda2 lagha. Kalau tak tidur, mesti tengah stalk fb orang atau ulang tengok video ni berjuta billion kali sehari, tapi still loser tak dapat beat tupa. teehee.

Lepas tu, I dengar u ni pemalas tahap keldai kena tarik hidung. Suruh prepare tutorial pun tak nak. Padahal senang je, baca buku sebelum kelas. Senang ke? Senang laa daripada I suruh u bercucuk tanam kat sawah belakang kedai nasi padang tu atau kira berapa ekor lipas yang ada kat rumah u tu. Ish, basic concept je. Amik buku dan baca. Kalau malas sangat pun sekurangnya salin je apa yang penting dan cakap je masa tutorial. Ni tak, nak suruh kawan baik I yang sorang tu marah u perli u makan dalam u baru laa terhegeh2 nak pergi lab com cari LO. Padan muka u. I suka.

I bukan apa u, bukan nak masuk campur selak cium tepi kain u, I cuma rasa bertanggungjawab je nak tarik u balik ke jalan yang benar. Ke jalan yang diredhai dan dirahmati Allah gitu. I bukan nak kata selama ni jalan u tu tak betul, tak. Tapi ada laa sikit. I pun dengar yang sekarang u pun macam ambil enteng (hah hebat tak kosakata I) bab2 agama ni. Huish.. simpang malaikat tau. 


Tak baik macam tu. Solat wajib kena laa 5 kali sehari, IKUT WAKTU. Bukan 5 kali sehari tapi subuh waktu zohor dan asar waktu maghrib. Salah u. Tapi kalau solat lebih 5 kali lagi bagus. Buat solat sunat. Tapi janganlah asyik buat solat hajat nak dapat A je exam, macam tak ikhlas u. Buat la solat sunat taubat sekali, duha ke witir ke kan. Baru la comel dengan nama 'penjaga agama' tu.

Lepas tu, ikut cakap mak abah ya. Selalu la baca Quran tu. Sehari 5 minit je kot, buat lepas maghrib. Lebih afdal daripada u baca blog, gosip ntah apa2 kat internet tu. Ye la, buat apa perhiasan Quran sampai 2 yasin sampai 3 kat meja tu. Cukup2 la dah ada perhiasan Harrison K.L moore dan Kumar kat bilik tu. Menyemak je u. 


Lagi baik kalau u buat perhiasan dinding2 bilik u dengan ayat2 suci Al-quran tu, cerahkan sikit bilik yang kelam dan kusam tu bagi tambah cahaya keimanan sikit. Barulah nampak suci bersih sikit. Dan rajin2 lah hafal Quran tu. nanti at least kalau ada orang tanya dah berapa juzuk u hafal wahai penghafaz Al-Quran?, ada la jugak point nak cakap surah Al-baqarah ke, Al-imran ke. Takde laa segan nak cakap ayat2 lazim dan surah Yusof sebab nak hensem jer.

Okay la u, i rasa macam nak membebel banyak lagi. Ye la, bukan selalu pun  I tulis surat kat u kan. Nanti pulak u kata i sombong la kekwat la ado la tapi masa mencemburui kita la u. Dia tu tak habis2 nak kata time is up time is up tiap kali I nak online ke tengok youtube ker, padahal baru 2 jam. Tapi tiap kali I pergi library, tak pandai pulak dia nak ingatkan I dah 20 minit kat situ. Tapi serius u, macam lama giler je 20 minit kat library tu. Sebab tu i suka belajar kat rumah jer. Boleh makan sambil tengok tv sekali.

I pun ada kelas menari pagi ni. Ye la, I sekarang kan dah tua. Jadi guru tarian je la. Ish, kesian tau i nak tolak bila junior i yang baik ni mintak tolong tengok2kan junior dia menari. teehee.

Ok. Sampai jumpa lagi. Sudah2 la menari meroyan kat bilik tu. U tu jujur i cakap, joget macam burung maknyeh tercirit sakit perut. Lain la kalau macam I. Diva okay. Ish, nak cakap susah tak cakap pun susah kan. Tapi disebabkan I kawan baik u, so i cakap jugak. 

Bye.

Beli 1 Percuma gosip(s)

Salam.


Ya betul. Semua orang suka benda murah. Nak yang mahal dan sedap tapi nak bayar dengan harga yang murah. Apatah lagi kalau benda mahal, sedap dan jarang dibeli. 

Macam yang kita selalu beli baju kalau ada promosi sale 50% <-- adakah ini sedap? Ya, sedap di pakai. Terima kasih sebab bertanya -_-, atau makan kat McD tapi beli yang set jer. Lagi best kalau beli yang Happy meal, sebab murah dan sedap, dapat air milo instead of coke bersama hadiah percuma berupa mainan Ben10.

Atau pinjam kad diskaun kawan baik untuk mendapatkan diskaun 20% kat Dunkin Donut setiap hari rabu dan 10% setiap hari selain hari rabu, atau pinjam telefon bimbit (cewahh telefon bimbit konon) kawan baik jugak sebab nak dapatkan diskaun 10% bila makan kat Parsley bila tunjukkan kita sebagai pengguna XL.

Apatah lagi bila pinjam kad diskaun kawan yang terbaik kat Jogja (bodek) untuk mendapatkan harga menarik Bengawan Solo hanya pada 18hb setiap bulan. Beli 1 percuma 1, dan mengajak 10 orang kawan baik yang lain join venture untuk mendapatkan 10 air percuma.


Ya. Kami masih muda dan takde duit sendiri, sebab tu suka benda yang best tapi murah jer. Bukan macam Hanafiah yang beli bila takde diskaun, dan jual mahal taknak join kitorang yang beli bila ada diskaun. :'( eh, terkutuk pulak.

Dan minum The Ultimate sambil layan lagu ni.



Soalan untuk pesakit gangguan perasaan.

Adakah anda rasa tertekan?

Adakah anda rasa bersalah?
Adakah anda rasa nak bunuh diri?

Normal untuk seseorang mempunyai perasaan. Normal untuk manusia biasa berasa tertekan dan bersalah. 


Sampai Jogja dari Bandung semalam jam 4.30 pagi. Overall, Bandung Games tak lah sehebat yang dijangka. Tapi, cukup hebat untuk membuktikan yang Team Jogja mampu memberikan saingan yang mantap. Kan? Emas untuk futsal lelaki dan congkak, perak untuk basketball, badminton dan Futsal perempuan. Volleyball? Jangan tanya.

Semua orang mengharapkan yang terbaik. Berusaha yang terbaik dan memberikan yang terbaik. Tapi kadang2 orang lain tak nak tengok macam mana proses ke arah yang terbaik tu. Macam mana kami berlatih tanpa court, berapa lama nak buat pemilihan, konflik dalaman antara teammate sendiri, berhujan panas still nak main jugak. Bukan sebab kami poyo, tapi sebab alasan main suka2 dah menjadi beban yang teramat sangat.

Bohonglah kalau cakap tak nak menang. Bohong giler kalau cakap just nak masuk untuk suka2 jer. 

Kredibiliti aku tercabar dan sering dipersoalkan. Bukan tak pernah, selalu. Tapi bila ianya berlaku daripada orang yang kau percaya, perasaan hormat dan percaya itu hilang. Hilang sekelip mata jer. 

Ya. Aku rasa bersalah dan tertekan bila Team volley Jogja kalah mudah dengan Bandung. Lebih tertekan bila menang tipis dengan Indramayu. Tapi kami dah memberikan 120% yang terbaik untuk lawan Malang. Semua orang dah jadi saksi yang kami main bukan semata2 nak final, tapi nak emas!

Kalau nak mempertikaikan pemilihan pemain, kenapa tak dari dulu kau cakap nak main?
Kalau nak mempertikaikan kenapa aku suruh dia main, kenapa dari dulu kau tak cakap nak jadi captain?

Aku rasa useless. Bila tak dapat nak back-up team sendiri, bila tak dapat nak cari court untuk training, bila tak dapat nak latih diorang betul2, bila tak dapat nak memenuhi semua kehendak kau!

Dan lebih terasa bila kaki cramp di saat2 akhir games. Perasaan sangat kecewa dan malu nak cakap yang memang aku menangis masa tu. Bukan sebab aku tak percaya team sendiri, bukan sebab aku tak percaya Arif ganti tempat aku, tapi sebab satu2nya peluang untuk membuktikan yang keputusan aku sebenarnya tepat adalah sia2.

Rasa malu bila main tak seberapa tapi sakit2 badan lebih daripada orang yang masuk final. Lagi malu bila ingat nak keluar town, tapi team lain masih berjuang untuk emas.

Jadi, tekad nak jerit dan sokong semua team. Takpe, aku tak kesah kalau hilang suara sebab cheer, tak kesah kalau tangan luka sebab ketuk botol sambil terketuk tangan sendiri kat tembok -_- yang penting, team Jogja buat yang terbaik.

Tapi kadang2 orang lain tak nak tengok macam mana proses ke arah yang terbaik tu.

Kita dah buat yang terbaik. Semua team dah buat yang terbaik. Bohong giler kalau nak cakap team basket saje jer nak bazirkan free shot, bohong giler kalau nak cakap team badminton main ala kadar, bohong giler kalau nak cakap team futsal saje bagi chance kat Medan walaupun diorang dah lead 2-1.

Takpe, korang dah buat yang terbaik. Kita dah buat yang terbaik. Abaikan jer siapa tanya kenapa kita tak dapat emas.

Tapi korang  jangan risau. Aku takde terpikir pun nak bunuh diri. -_-

Suka!

Minggu lepas ada presentation macam mana nak beritahu berita buruk kepada pesakit (Breaking Bad News). Tapi hanya benda ni je yang mampu menjadikan aku semangat giler nak buat slide untuk presentation. Tidur pukul 2.30 pagi untuk benda ni SAHAJA okay!



Comey dan suka. Siapa lagi yang nak puji kalau bukan diri sendiri. Ye dok?! :)

Hari yang malang

Salam.


Seminggu dua ni adalah minggu yang sibuk. Bukan. Bukan buat2 sibuk nak tengok drama korea personal preferance, belajar joget lagu Gee ke apa, tapi memang sibuk. Eh tetiba rasa pelik pulak dengan ejaan sibuk ni. macam nak eja sebuk jer. 

Tapi memang sangat nak curi masa tengok personal preference tu. Best giler dan comel.

Semalam bukan hari malang, tapi hari yang kurang bernasib baik. Kira macam malang jugak laa, tapi tak baik pulak nak kata hari yang malang. -_- apa2 je la labu.

Pagi2 lagi dah kena bangun awal. Macam biasa la solat subuh gajah. Ya Allah, tidur sampai tak ingat akhirat kan? Kena campak dalam neraka baru tau. 

Kelas macam biasa. Kebetulan Isnin ada lecture yang asyik lagi menyasikkan jer nak postponed kan? Masuk ni dah 3 kali. Lepas ni agak2 berapa orang je yang akan datang kelas tu? Haha' Jadi dengan hati yang pasrah dan dilema, dah plan dengan Fazrul nak cari jersey Volley. Kebetulan pulak kitorang takda tutorial masa tu.

Selepas 3 jam terbazir cari baju dengan Arif Serul dan model kitorang, Tupah hari tu, dengan semangat yang kuat dan membara nekad jugaklah kena cari baju. Tinggal berapa hari lagi je kan nak Bandung Games. 

Jalan punya jalan punya jalan, memang takde rezeki kitorang. Baju semua sesuai untuk team perempuan jer, yang lelaki semua tak cukup size. Dasar. Kau jual baju 1 size je kenapa kan. Macam duuuhhh! Sempatlah jugak berhenti kat kedai tepi jalan minum jus semangka (tembikai) -jangan bayangkan.

Lokasi seterusnya ialah Amplaz. Walaupun memang dah agak takkan ada baju yang dalam range budget. Sampai 2 kali kitorang masuk dalam sport station sebab macam konfius  nak beli ke tak. Dapat laa baju Rp 179k. Sangat semangat suruh abang tu call cawangan diorang yang lain kat malioboro etc. Sebab kat situ stock dia tinggal sikit. Cuba bayangkan, berapa lama kitorang kat kedai tu pujuk abang tu suruh carikan stock jugak, lepas tu terpaksa fitting balik sebab size dia agak besar, lepas tu kena tukar2 size budak2 ni. nasib la terbesar terkecik sikit, pastu Ok. Confirm amik yang ni sebab abang tu memang dah call kat tempat lain dan diorang ada stock pulak.

Ok. Masa untuk bayar. Kebetulan baju kat situ yang ada cuma 7. Jadi kena la bayar dulu pastu pergi malioboro amik baju yang baki dia. Harga Rp1,250k dan nak bayar dengan debit kad. Tak menahan. Malas nak pikir dan redha jer.

Sreekk. *bunyi kad atm kena tarik* 

Tetiba fazrul terpikir, kenapa rp1,250k? Mahal giler. Bukan Rp79k x 7 berapa jer kan.

Oh mas, harganya rp179k satu helai. Eh bukan Rp79k je ke? Cuba check betul2 harga kat atas tu. Rp179k kan? dengan silent '1'. Zzzz. beristighfar je la kan. Jangan bayangkan macam mana aku nak hafal skrip suruh budak2 volley bayar rp179k sorang untuk jersey.

Tapi nasib baik aku pandai buat muka mak kematian anak kucing. Abang tu dapat cancelkan balik transaction tu. 

Mas, Maaf ya. Nanti kami traktir (belanja). Dia cakap takpe tak payah. Kitorang pun keluar dari kedai tu dan lari balik rumah dengan niat taknak datang lagi kedai tu. :'( 4 jam yang sia2. T_T

Jam 1 ada pulak Lab Pharmaco. Dah baca malam tadi, tapi tak berapa sempat nak baca balik. Tapi takpe, sekali lulus dah cukup baik. Masalahnya, lulus ke?

Ni la tikus yang malang tu :S

Yang tu ok lagi. Yang tak ok nye bila guinea pig kitorang tak memberikan kesan dan hasil yang seperti diharapkan. Kesian dia kena suntik KCN 4 kali. Dan dose yang ntah berapa puluh ribu dose pun aku tak tau sebab dia gedik taknak cyanosis dan pura2 berlakon sakit perut sebab keracunan. 

Dan beribu2 dose thiosulfat pun tak dapat nak selamatkan dia. Sempat laa nampak dia tercungap2 nak bernafas masa nyawa dia kena tarik. Satu2nya tikus yang mati masa tu. Sedih giler :'(

Balik dari lab, gedik nak tengok baju kat Jakal. Yela, selagi belum dapat, selagi tu kena berusaha. Terus stuck kat kedai tu setengah jam sebab hujan lebat dan terpaksa redah balik sebab lebih rela basah daripada aku kena tidur kat kedai tu. sigh.

Dan malam tu jugak, dah tekad dengan Fazrul nak beli jugak baju untuk team perempuan. Biarlah diorang dapat baju lawa, kitorang punya tak lawa sangat daripada main nanti tak pakai baju. Boleh?