Datin Seri Dato' Hajjah Siti Nurhaliza

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$
 
Salam..

Aku tau. Mesti ramai ada antara mereka yang bila jer nampak tajuk aku macam ni, dah malas dan takda semangat nak baca, alaa.. macam aku malas nak membaca bila nampak je tajuk -Anatomy ataupun Pathlogy. Dan ada juga yang saja2 tekan dan buat2 nak baca, padahal dalam hati rasa macam 'eh, sengal giler la budak ni. dah takde benda lain ke nak tulis', alaa.. macam aku bila ada orang asyik bercerita tentang pakwe makwe diorang macam dia je yang bercinta kat dunia ni.

Tapi mungkin ada jugak antara meraka yang nampak je tajuk ni, rasa sangat excited dan berdebar2 nak baca apa yang berlaku, alaa.. macam tiap kali aku baca online apa2 jer tajuk yang ada nama 'Siti'. dan ada jugak antara mereka yang dah boleh baca aku nak tulis apa, alaa.. apa lagi, kan siti nak buat Konsert Bagaikan Sakti kat Esplanade, Singapura berkolaborasi dengan M.Nasir, dan jugak ada lagi 2 konsert untuk tahun depan termasuk yang nak buat kat Indonesia, sempana album duet dia dengan Kris Dayanti.

Maaf kepada peminat siti, sebab post kali ni memang takda kaitan dengan dia, walaupun dah 2 perenggan pendahuluan tersebut nama dia jer. Urm.. ada orang kata, "Eh, kau ni dah takde benda lain ke nak tulis selain Siti?". Ada jugak yang cakap "takut aku baca post kau semenjak dua ni". Tak kurang jugak cakap "Menyampah dengan post aku yang satu ni". Maaf la siapa yang terasa. Saje je nak tulis kat sini biar post ni nampak panjang sikit. So, siapa2 yang tergolong dalam mereka yang kat perenggan pertama tadi, rasa2nya korang dah boleh tekan tanda pangkah kat atas kanan tu kot!

Ada kala, orang akan mula berbuat baik dengan orang lain bila dia nakkan sesuatu. Sebagai contoh:

1.
x: hey sudien. kau kat jogja kan? brape lama lagi kat sana?
aku: hye.. a'ah aku kat jogja. 3 tahun lagi la. lama lagi. kau brapa lama lagi?
x: urm, aku lagi 2 tahun setengah la lebih kurang. urm, sebenarnya aku nak tanya. kau pernah pergi Bali tak? sebab aku ingat nak pergi sana.

Bagi salam pun tak, tanya khabar pun tak. ni aleh2 terus tanya benda2 camni. Apa? Dulu kau gelak2 aku datang Indon, sekarang kau gelak2 jugak sebab nak ambil kesempatan kat aku?

2.
y: sudien, jom pergi makan
aku: (tengah tidur) malas la. aku ngantuk.
y: alaa jom la makan. kau taknak makan ke?
aku: malas la. aku takleh tidur semalam. ngantuk giler ni.
seminit kemudian.
y: sudien, jom la pergi makan. kau tak lapar ke?
aku: (masih tidur) alaa.. malas la. aku ngantuk la.
y: aku ngantuk jugak. tapi jom la pergi makan
(dalam hati: dia dah pujuk banyak kali, adalah jugak rasa kesian. Yela, orang dah ajak banyak kali camtu kan, mesti dia ingat aku ni sangat lapar tak makan ker apa ker, kira dia macam ambil berat la -positif thinking la sangat aku ni kan- so, aku pun pergi lah dengan muka yang sangat mamai)

tup tup tup, rupa2nya (ini fikiran jahat aku yang cakap), sebab tak cukup motor dan dia tumpang motor aku!

Masa kat sekolah dulu, ada orang cakap, tak kisah lah PMR kita dapat teruk macam mana pun, ujian selaras kita dpt nombor satu dari belakang pun, kita selalu kena marah dengan cikgu sebab markah selalu dapat 25 jer, tak kisah. Sebab semua tu tak penting. Yang penting sekali korang score baik punya dalam SPM, dapat biasiswa pergi luar negara, sambung belajar apa yang korang minat. Senang jer! kalau nak bandingkan bila korang dapat 9A dalam PMR, jadi pelajar terbaik, tapi SPM korang teruk giler sampai tak boleh nak apply mana2.

Ada jugak yang cakap, kau jangan takut kalau result masa kat sekolah kau teruk. Sebab selalunya, tak semua orang yang gagal masa sekolah dia, akan gagal masa kat Universiti nanti. Dan tak semua jugak orang yang berjaya giler, SPM top tip top, tapi akan berjaya jugak masa kat luar nanti. Sebab apa? sebab ada kalanya kat sekolah dia manja sikit, dan mungkin jugak sebab naluri dia kat sekolah ni memberontak sikit, tapi nanti last2 dia akan jadi orang yang berjaya jugak. Mungkinkah sebenarnya aku termasuk dalam golongan yang ke-2? Sebab sekarang baru aku rasa bila jadi dalam kelompok orang yang kat bawah (maksud aku, bila pointer CGPA korang bawah 3.0). urm.. mungkin jugak! Tapi, aku tak pernah (kot!) gelakkan kawan2 aku yang markah diorang teruk.

Ada orang cakap, aku dah banyak berubah. Dah jadi sangat sensitif mengalahkan perempuan yang tengah pms, dah semakin jahat mulut-suka kutuk orang dan cakap yang bukan2 tanpa memikirkan perasaan orang lain. Aku rasa macam tu jugak. Semakin suka berdengki dan rasa sangat tak puas hati dengan benda yang kita tak suka. Tapi tu lumrahkan? cuma ada masa kita kena lah bertolak ansur dan jaga jangan sampai orang lain terasa. Best sangat ke bila pekana orang lain? Tapi, sampai bila asyik kita je yang kena?

Ada masa kita perlu ubah diri kita sikit. Maksud aku, tentulah ke arah yang lebih baik. Bila masa nak berubah kalau bukan sekarang? Urm, tapi aku tak rasa la kita perlukan sangat perubahan yang macam ni - belajar main bola sepak. Ok, dulu pun aku pernah main la, cuma aku sangat tak suka sukan ni. Tapi aku suka sokong kawan2 aku main kalau ada match. Pakai baju sama, beratur panjang dan form 5 akan naik Grang Stand. Kalau menang kita buat 'Bung Wak' ramai2. Fuh~ best giler cheering. Tapi kalau sekali sekala sakit kaki badan segala untuk mencuba, apa salahnya :P



Atau mungkin bila korang selalu nyanyi sorang2 dalam bilik air masa mandi, cuba la upgrade sikit nyanyi kat Happy Puppy (karaoke). Kalau nak lagi up, korang boleh cuba nyanyi depan orang ramai masa tengah dinner. Tapi make sure kau takde lah macam mempoyokan diri mintak nak nyanyi. Kena la tunggu dulu, macam.. bila ada orang offer dan paksa, baru korang nyanyi. Haha' Dan pastikan korang nyanyi lagu artis yang paling korang minat. Sebagi contoh, lagu Cindai-Siti Nurhaliza! (omg..seriously???!) Bila lagi korang nak buktikan yang korang adalah kipas-susah-mati artis tu kan? :D

Ramai yang berbangga dengan sekolah diorang. Ingat sekolah diorang tu best sangat lah. Ada aku kisah? sebab sekolah aku best jugak lah! Tapi sejak hari ini (20hb) terasa macam dah segan pulak nak pakai tie koleq.

p/s: sampai bila nak tengok 'kekasih hati' dengan orang lain? pergilah beranikan diri! -_-
p/s: Bali mode. dah malas nak pikir pasal exam.
p/s: Ainan, sila datang bawak salji ok? Jogja sangaaaaaaaat panas.

Tahun baru azam baru

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam...

Adakah sekarang musim sakit? oh mungkin. Bila tengok Fazrul terpaksa tukar2 tempat tidur bila badan die lenguh2 tidur kat katil sendiri. Bila pintu bilik aku terkunci (sorry.. tak sengaja) dia lari pergi katil Imran yang dia cakap lagi best nak tidur. Dan sekarang, Imran pulak yang sakit tak boleh bangun untuk.., urm.. hampir sehari tak jumpa dia.

Dan hari ni pun lepas skillab Abdominal Exam (yang semua budak group aku kecut perut dan bertungkus lumus memikirkan alasan yang kukuh untuk tukar kelas pada tarikh yang lain disebabkan terpaksa campur dengan Group 3 walaupun menyedari yang memang takde masa yang sesuai lagi dah nak ganti waktu bila, kecuali minggu 7. sebab? Dr. Bambang Djarwoto) terus tertonggeng terbalik kat atas katil sebab pening kepala yang amat sangat. Nasib tak terkeluar air mata jer :(

Ada orang cakap, sakit tu sebagai ujian.
Dan hadis ada cakap yang sakit, kesusahan, segala ujian itu adalah sebagai hikmah untuk kita cuci balik dosa2 kecil kita yang lampau.

...............................

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau ampunilah dosa-dosaku, kedua Ibubapaku, adikberadikku, keluargaku, sahabat-sahabatku, serta seluruh muslimin muslimat seantero dunia. Kau berkatilah perjalanan hidupku, Kau rahmatilah setiap pekerjaanku, Kau berikanlah hidayah dan taufiq-Mu disetiap kegelapan likuliku hidupku Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku,
 Kau jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang bersyukur, di atas setiap zarah rezeki-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku di atas muka bumi-Mu ini. Kau jadikanlah aku sebagai anak yang soleh, dan taat, dan patuh kepada kedua Ibubapaku, Kau jadikanlah aku sebagai pelajar yang berjaya, sekarang dan di masa depanku, serta Kau jadikanlah aku sebagai manusia (khalifah) di muka bumi in yang berguna kepada keluarga, bangsa, negara, terutamanya agama Islam-Mu ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku adalah hamba-Mu yang sangat lemah, sentiasa kecundang di setiap perjalanan dunia ini. Sentiasa mengikut hawa nafsu dan membelakangkan akal fikiran sebagai panduan, insan yang sentiasa kalah dalam pujuk rayu syaitan nirrajim, insan yang layu dan lemah imannya. Oleh itu, Kau bantulah aku Ya Allah. Berikanlah sedikit kekuatan-Mu untuk aku menentang, berikanlah sedikit kekayaan-Mu untuk aku membantu, berikanlah sedikit belas kasihan-Mu untuk aku terus tunduk patuh, dan berikanlah sedikit nikmat-Mu untuk aku terus bersyukur kepada-Mu.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kurniakanlah kepada aku kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia dan di akhirat kelak. dan peliharalah aku dari azab api neraka.dan janganlah Engkau putuskan harapanku, kerana sesungguhnya  aku adalah hamb-Mu yang hanya mampu berusaha dan berdoa kepada-Mu, dan Engkaulah yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Amin ya rabbal al-amin

~1 muharram 1429H~

...............................

Urm, korang. Sila jaga diri yer..
Semoga kita dilindungi-Nya. Dunia dan akhirat. Amin..
Selamat Tahun Baru 1431H :)

Janganlah Menangis



Psycho giler post ni. -_-

Aku nak duduk di dunia nyata

   $.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Tak tahu la kenapa sejak kebelakangan ni rasa macam berdebar2. Pelik dan sangat pelik. Owh bukan, mungkin sejak beberapa bulan ni.

....................................

Owh, nak tau cerita pasal 'temujanji' yang ke-2?



 Haha' yang ni poyo. (mesti ada orang yang tengah cakap 'perasan la sudien tu')
 :P
.....................................

Pernah tak korang rasa, ada masa bila kita sangat2 memerlukan orang yang kita percaya untuk menyokong, setidak2nya duduk sama2 memberikan telinga untuk kita bercerita, tetapi mereka yang asing datang memberikan kata2 semangat tanpa kata hina!

1. Aku menyukai dia seperti kawan yang lain. Suka atas dasar malas nak pikir dia jahat atau baik. Kami tak begitu rapat, kami bukan kawan yang selalu keluar makan sama2, kongsi rahsia sama2, belajar sama2, apatah lagi untuk bercerita tentang hidup sama2 (oh ya, tapi mungkin tidak untuk kisah cinta dia, urm.. buat masa ni). Tapi suatu masa dia datang, dengan hati yang terbuka, bercerita tentang penyakit yang dia hadapi. Percayalah.. Aku orang kedua yang dia cerita, sedangkan keluarga dia langsung tak tau apa2.

2. Aku tak kenal dia. Dia tak kenal aku. Tapi tanpa sengaja, rupa2nya dia datang memberi semangat dan cita2. Ingat tak lagu "Fight For this Love"?. Betapa dengan sebaris ayat mampu memberikan kesan yang sangat mendalam.

3. Suatu saat, aku rasa sangat2 tertekan. Kehidupan yang memaksa siapa saja, sekuat mana sekalipun, pasti akan terkesan. Dan bila mana kau sangat2 memerlukan teman, alih2 dia datang memberikan kata semangat dan perangsang. Sedangkan mana hilangnya yang dulu konon2nya waktu bila2 pun akan datang!
...................................

Urm, adakah hanya aku yang berpura2 atau inilah namanya cinta kecewa?

Tapi betul, tak tahu la kenapa sejak kebelakangan ni rasa macam berdebar2. Pelik dan sangat pelik. Owh bukan, mungkin sejak beberapa bulan ni.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Bijak kan budak ni?


 
:D

Ryan's Well

  $.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$
Salam...

Feel the flame forever burn,
Teaching lessons we must learn,
To bring us closer to the power of dream
-David Foster

Percaya tak? Seorang budak kecik, 6 tahun tapi mempunyai cita2 besar. Memastikan setiap manusia di dunia ni mempunyai hak untuk memdapatkan air bersih untuk hidup.
__________________________________

Dah lama nak habiskan baca buku ni. Chicken Soup for the Soul. Bila merasakan hidup ini sangat bosan dan memerlukan sokongan, aku teringat nak sambung balik baca buku ni yang dah hampir.. urm, 4 tahun tak habis lagi ni. (seriously 4 tahun! Gosh~ )
__________________________________

Menceritakan tentang Ryan, yang aku anggap macam Kimie (lebih suka maen game dan maen2 je kerja dia) tapi betapa hati besar dia telah mengubah hidup orang lain.

Masa kat sekolah, cikgu dia ada cerita tentang ramai budak2 di Africa yang macam mereka, tapi tak mampu nak beli mainan, makanan malah mendapatkan air yang bersih. Mereka memerlukan sekurang2nya $70 untuk buat perigi. Balik rumah jer, dia mintak mak abah dia duit $70 untuk membantu budak2 tadi tu. Tapi menganggap Ryan masih kecil dan innocent, diorang pun buat tak tau la. Esoknya, balik je dari sekolah, Ryan dengan muka sedih cakap yang diorang tak dapat nak bantu budak2 ni Africa ni dapatkan air yang bersih untuk makan, minum.

Dengan nekad yang tinggi, Ryan berusaha kuat untuk mendapatkan $70 tu jugak. Dengan sokongan dan bantuan mak abah dia, badan2 NGO yang lain, dia berjaya mendapatkan dana yang cukup tuk bina perigi tu bagi budak2 kat Africa tadi. (ok, ni gaya mcm malas dah nak pikir ayat nak taip) haha'

OK. Tu mungkin sebagai cerita jer. Semua orang boleh cerita benda yang menarik untuk motivasi orang lain. Jadi, dengan tak percayanya, aku pun apa lagi, meng'google' la pasal Ryan's Well ni. Memang wujud pun cerita ni dan Ryan's foundation untuk membantu mereka2 yang memerlukan.

Fuyoo~ Hebat kan dia? So sudien, kau tu bila lagi? Ni suruh belajar pun malas. Ingat, Ryan masa tu baru 6 tahun ok! Haish~

Home

 $.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.




Kimie : Assalamualaikum abg udin. Apa khabar? Adik dekat rmh Pasir Gudang ni.
Aku: Waalaikumsalam.Udin sihat je. skg ada kelas. tp bosanla. Adik buat apa kat rumah tu? Nk pindah ke? Hihi'
Kimie: Kita duduk sini makan2 je. Bekelah.. HEHE.. skg tengah kelas ape? kenape bosan sgt? blaja betol2 lah. jgn maen2

Amboi budak kecik ni kan. Pandai pulak la dia nasihatkan aku suh study. Dia tu org suh study tak nak, maen game jer keje dia. Haish~

Aku: Berkelah apa pulak kt rumah tu kan. Pergi la pantai ke air terjun ke. Lagi best. Skg tgh kelaspasal appendix. Hehe' adik rasa udin nak blk tak bln 1 nnt?
Kimie: Balik lah adik rindu abang udin.skrg ni musim hujan. mane boleh pergi pantai. nanti ada tsunami. kui3..

Bodek lebih! siap ada kui3.. lagi tu. siapa yg ajar tak tau la..

Aku: Ish sengal. Adik tau je tsunami tu apa? Urm, tak tau lagi la. Tket mcm murah tp takde duit. Adik belanje belikan tiket boleh tak?
Kimie: Adik ade seringgit cukup x? he'he.. adik tau lah! Tsunami tu banjir besar!
Aku: Alaa.. tipu dosa mati seksa, bln puasa takleh mkn burger.Hehe' duit raya adik kan byk. kt bank pun ada lg. Udin taknak belikan game la cmni. Siapa lagi kat situ?
Kimie: semua ada. Yelah nanti adik bg abg udin duit.. berape abg nak? kui3..

See! dia bodek je lebih tau. Dengar game jer terus segar bugar.Tapi ok jugak kan? lepas ni sure die pujuk mak ngan abah suh support duit tiket aku ^_^ <-- mood bahagia.

Aku: Boleh caya ke? Burger aritu pun adik pakai duit mak. Haha' urm, dia tak pakai duit kertas la.Dia pakai kad krdt nk beli tiket.
Kimie: Adik xtau lah. nanti adik buat kad kredit untuk abg udin beli tiket ea? ahaks.. adik xtipu. adik cakap betol ni.
Aku: Yela2. Apa kata kalau adik ngan mak abah je dtg sini. Lg best. Boleh naek kapal terbang. Best~
Kimie: boleh. nanti cuti adik datang la..
Aku: Ok. Urm, udin dh abis klas ni. Nak g mkn. Lapar :( kirim salam kat semua k.
Kimie: Ok selamat menjamu selera. Assalamualaikum.

So Fazrul, nak pergi Bali ke tak ni?

Oh Siti^^

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam..

Tak sabar menanti album duet bersama Kris Dayanti akhir tahun ni dan 3 konsert mega tahun depan! :)




*Urm, terpikir nak pergi kalau dia buat konsert kat Jakarta nanti. Siapa nak join?

gambar: Calmille

1st date (olok2 jer)

$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$

Salam.

3 movie dalam 3 hari?? Rekod peribadi untuk diri sendiri. :D





Ada masa kita tak perlukan watak lelaki macho, perempuan galak seksi, budak2 cute dan jalan cerita dramatik dan penuh teka-teki untuk menghayati dan menikmati sesebuah movie. Mungkin cukup sekadar ada teman untuk buat borak dan makan popcorn sama2 :D

*perlu baiki diri sendiri cara dating yang betul. Patutlah aku masih single sampai sekarang! HAHAHAHAHAHAHA' :P