Mungkin ini rasanya bila kita dipermainkan orang lain. Bila kita rasa kita dah cukup sempurna untuk tidak di tolak, dan akhirnya kita tersungkur menangisi nasib sendiri. Bila kita rasa dah cukup segalaya untuk sentiasa diterima, akhirnya kita disisih dan disepikan. Bila kita rasa dah cukup makan, tapi kita nak makan lagi. Eh eh, menyimpang pulak dari topik air mata. Haha'

Kalau dulu kau boleh jadi 'pemilih' dalam setiap perkara yang datang, tapi sekarang mungkin tidak lagi. Semua ketentuan dan ketidakpastian harus dianggap sebagai positif; mengiyakan dan menjalaninya dengan penuh kesungguhan, walaupun kau tahu bahawa setiap langkah yang kau ambil bertentangan dengan kemahuan apatah lagi kehendak.

Belajarlah untuk menghargai. Selepas ikhlas yang kita cari :)


Kenapa Indonesia takda secret recipe?

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam.

1. Dah lama jugak tak update blog ni. Sampaikan stalker I pun asyik cakap je bila nak update. Tetiba I rasa sangat famous uolls.. (baca dengan gaya gedik)

2. Bila tengok orang lain sedih, kita pun kadang2 boleh jadi sedih jugak. Dan bila tengok orang lain bahagia, kita pun kadang2 boleh jadi bahagia jugak. Jadi.. berbahagialah korang semua sebab aku tengah bahagia sebab dapat balik jumpa family minggu lepas. :) tapi tahap kebahagiaan dah menjunam turun sejak nampak bandar udara Adisucipto. Cisss. Okay, sila rasa sedih pulak ek.


3. Tahniah Nurul Ain Jailani sebab dah secara rasminya telah menjadi Cikgu yang berkelulusan ijazah. Walaupun aku tau kau suka sangat nak ponteng kelas, tapi hidup harus diteruskan. kan?! Owh ya, nanti birthday aku nak tuntut hadiah mahal giler. sebab kau aku kena korban duit makan aku untuk sebulan tau?! *ugut*

Congratulation gorgeous!

4. Walaupun balik sekejap jer, tapi rasa semuanya best. Dapat udang masak merah, ketam masak lemak cili api, dapat jugak bawak kereta dari Machap sampai Serdang. Ya, aku tau yang abah cakap berhenti je kat Pagoh kalau mengantuk. Tapi takpe, aku dah berjaya membuktikan bahawa pengaplikasian tahan ngantuk semasa di dalam kelas kepada kehidupan seharian memberikan manfaat yang bukan sedikit. Ingat senang nak tidur sejam je dalam kereta? Dah la mak asyik cakap Udien kalau ngantuk berhenti jer mana2, nanti abah pulak yang bawak, sambil sentiasa menjeling di meter  kereta takut terlebih laju tanpa disedari. Oh terasa sangat jiwang sampaikan taknak kasi abah bawak.  :') Biarlah dia tidur puas2 sebelum terpaksa bersengkang mata dalam dewan 4 jam nak tunggu Kak Ain naik pentas. HAHA'

5. Dah lama tak jumpa Fikri Harith dengan Izzul. Sampaikan abah mak telefon 3-4 kali jugak malam tu tanya bila nak balik hotel. Urm, walaupun balik pukul 2 pagi sebab terpaksa balik sebab esok pagi nak bangun awal sebab nak pergi KLIA sebab nak balik Indo. Urm, rindu nak main volley lagi dengan spiker terbaik aku ni. Jeles kat dia sebab jadi Kapten Volley untuk IMU dan asyik dapat pingat jer tournament. Dah la siap cakap 'aku main volley ni untuk kau' :') Huh' markah kesian di situ. Takpe2.. ada lori ada bas, ada game volley nanti kita tengok siapa lagi hebat! Ceit, ada hati nak lawan selepas bertahun2 tak main.

 Izzul, aku, Fikri 

6. Kelakar bila pergi kedai borong segala jajan yang ada. Twisties, milo, mamme, Apollo, roti gardenia, maggi TomYam pun ada jugak. Sampaikan Busu tanya, hoi kat Indon takda maggi ker? HAHA' kelakar sungguh bila beg penuh 10kg dengan makanan jer, padahal bukan aku punya kan? Takpe lah, yang penting mereka bahagia.

6. Sekarang stock twisties, apollo dan Roka dah nak habis. Ada siapa2 nak balik Malaysia lagi tak?
Kimie rongak. Nak tau cerita disebalik tabir gambar ni? Tunggguuuu~

Parachute

Bukan yang naik kapal terbang, pastu terjun dari atas sambil buat gaya macam takut nak mati tu. Tapi yang ni parachute yang lain. Yang kain dia kembang tapi depan ops~ Yang make up dia cantik giler tang mata berkelap-kelip, yang lagu dia sekali dengar macam nak dengar lagi dan bila Cheryl Cole menari yang macam nak menari sama. Okay, tak payah nak cerita semua tu secara terperinci dan sengal. Tengok jer video ni.



Selamat tinggal semua. Poyo.

Gugu Gaga

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam.

Cinta itu bukan tujuan, tapi hanya jalan. Cinta itu bukan matlamat, tapi hanya alat.
-Ilham Azib-

Anything that's worth having, sure enough worth fighting for.
-Cheryl Cole (tapi Ain curi)-

Hidup kau meriah ke tidak, kau tentukan sendiri.
-Fikri de' Diva-

Boleh tak nak mengadu domba yang aku paling tak suka ialah masa nak exam dan sentiasa berharap masa sekarang adalah untuk menggaga jer?

Jawapannya adalah.. TAK BOLEH! Pergi belajar sana jauh2 :'(

Tak cukup ke nikmat yang Allah bagi, sampaikan nikmat yang Dia tak bagi kau sedih meraung berduka cita?

Emo

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam.

Sebelum aku memulakan sessi merepek kita hari ini, aku nak mintak izin untuk menggunakan Bahasa Melayu, boleh?

Kenapa? Sebabnya:

1.Masa darjah 6 dulu, selalu kena marah dengan Puan Soon sebab tiap kali kelas English, sudah tentu markah aku dapat pen merah. Hei, merah kot. Maksudnya gagal ataupun fail dok kata orang putih kan. Ingat lagi sampaikan ada satu ujian tu aku dapat markah 13 jer setelah didarab dua, dapat la 26. Sebabnya, kan dulu kalau masa buat karangan, dia dah sediakan perkataan-perkataan yang harus kita gunakan dalam karangan kita. Ada lah satu gambar tu dia tunjuk simpang empat tapi kat bawah tu dia tulis junction. Apakah junction ni kan? Tak pernah aku dengar sepanjang hidup aku masa tu. Tapi dengan bangganya aku tulis 4 road yang merangkap jalan empat/simpang empat wtf (whatthefarmville)!

2. Ingat lagi masa keputusan PMR keluar, aku mengangis setengah gelen dan tak sanggup keluar bilik sebab dapat 7A 1B, dan B tu ialah English apatah lagi hanya 6 orang je kat sekolah tu yang tak dapat A kan.

3. Aku ada cakap tak yang aku sekolah kat Kolej Melayu Kuala Kangsar? Tapi mereka sangat hebat English okay. Aku je macam sesat sekejap (baca: 5 tahun!)

4. Pernah ada sekali tu sekolah buat public speaking. Ya, bercakap kat depan perhimpunan menggunakan kononnya Bahasa kedua tu. Semua orang akan agak yang mereka pasti akan berucap sekali sepanjang setahun tu. Maka, berlatih la pagi petang siang malam hafal skripkan. Bila dah kena, konon-konon selamatlah. Tapi nak di jadikan cerita yang boleh dimasukkan dalam buku sejarah, ada pulakkan aku kena dua kali. Yang kali kedua tu sudah tentu tersengih paling busuk yang aku boleh buat kat depan ramai2 orang tu sambil mengenakan alasan "saya dah pernah bercakap, jadi saya tak tahu nak cakap apa lagi" menggunakan bahasa orang asli (English yang berterabur tahap kena serang todak)

5. Eh, korang tak tau yang 1119 aku dapat C5 JER?!

6. Siapa cakap nak lepas belajar kat Indonesia senang-lenang sebab kena lepas IELTS 5.0 jer? Ya. Memang senang sebab kalau kau dapat 5.5 pun boleh lepas apa.

Ops, maaf. Bukan selama ni kau memang guna Bahasa Melayu ker? Ha.ha.ha untuk diri sendiri. Kalau selama ni korang ada nampak perkataan fine, over, whatever, looser dan sebagainya, itu adalah gedik semata-mata. Bukan sebab power.

Urm lupa, aku tak racist okay...sampai hari ini.

Bila makcik tua buat-buat comel

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam.

Ada masa kita rasa keluarga sendiri macam orang asing, dan ada masa kita rasa orang asing macam keluarga kita sendiri. Tapi beruntungkan kita ada kedua-duanya? Keluarga, dan orang lain yang kita anggap macam keluarga sendiri :)

Ain: Salam Sudien, sekarang aku sangat rindu dengan adik2 aku. Bestnya kau nak balik Malaysia. Homesick!
Aku: Salam. Alolo~ takpe. Dah tinggal berapa bulan je lagi nak cuti. Pergi la call diornag pastu cari pasal dengan mereka. Hehe' maybe rezeki aku balik kali ni kot walaupun aku tak amik PA.
Ain: Nanti balik kau tolong2 mak kau masak, basuh pinggan, sapu sampah semua. Offer nak cuci kereta dan urut kaki abah kau. Pastu belanja adik2 kau makan aiskrim. Pastu peluk diorang semua dengan sangat sayang before balik Jogja.
Aku: Taknak. Aku nak mak aku masak udang masak merah, ketam masak lemak cili api dan belanja diorang secret recipe :) Be strong! Ada rezeki kau balik la. Aku taknak tunggu cuti baru balik, sebab aku tak rasa cuti tu special ;)
Ain: Haha' Ya, kita orang2 yang sangat untung. Nikmat diberi orang2 yang tersayang memang tak terhitung. Aku tau kau nak sambut birthday Kak Ain dengan mak kau kan. SubhanAllah, untung diorang ada anak dan adik yang baik. Tq sangat.
Aku: Takde lah. Aku tak rasa aku baik tapi aku akan cuba yang terbaik jer. Eh ain, kita lulus anat kan? Yeay~ kita dah break the curse. Haha' jom kita celebrate kejayaan jom. *over*
Ain: Break the curse? <-- ini sangat over. HAHAHA' Ya, syukur Alhamdulillah! :) nanti kita pergi makan sama2 eh. Semangat study tau! Boleh fikir masakan mak, tapi 1 saat je setiap hari. Hoho'

I'm coming home soon, very soon :') Brother power!

P/s: sesuaikah tajuk entri ini? Vote ditutup!

Saya sayang dia, sudah tentu dia sayang saya juga

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam..

Saya sayang dia, sudah tentu dia sayang saya juga. Sila jangan jealous! :P
Hanya satu-satunya wanita yang akan saya sayang sampai bila-bila. (Ain, Ima dan Ikah: korang belikan aku hadiah mahal baru aku sayang, okay?)

HAPPY BIRTHDAY MAK~
Kasmidah Binti Pairan
7 Mac 1960

p/s: nanti dah besar dan kaya (berangan itu perlu), Udien belikan kerusi urut ogawa yang mak nak. Tapi sekarang, mak minta la Kak Ain yang belikan hadiah yer? sebab dia dah banyak duit. Hihi'

Sahabat adalah insan yang akan sentiasa ada bila masa suka dan duka, dikala kau memerlukan tempat untuk bersama, dan bila kau tidak memerlukan sesiapa; di mana dia datang untuk berkongsi kegembiraan dan kedukaan yang dia ada. Bersama. Bukan hanya kau, tapi juga dia. :')

Ainjai budak gembeng

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
 

Salam..

Kata-kata kali ini mungkin agak panjang, sepanjang karangan BM masa SPM. Dan mungkin juga tiada kaitan dengan anda. Sebab dia khusus untuk NURUL AIN JAILANI aka Ainjai. Harap maaf.

_____________________________________________________________
Korang kena baca post ni sambil mainkan (play) lagu Michael Bubble-Everything. Siapa yang takda, boleh download sekarang! (cewahh, tak wajib pun) :P

You're a falling star, you're the get away car.
You're the line in the sand when I go too far.

Kenapa lagu Michael Bubble? sebab dia sangat suka lagi ni kot. Korang rasa dia suka tak? sebab tiap kali kalau online, mesti dia nak lagu ni. Tau-tau jelakan yang YM kat sini slow-macam-arnab (sila baca cerita arnab dan kura-kura, dan perlumbaan kedua. Anda pasti tau kenapa). Dah cuba banyak kali nak hantar pun, belum tentu akan dapat. Boleh pulak kan, siap disuruhnya aku bagi lagu tu pakai email. Sengal tak sengal, dah la maximum size boleh hantar 10Mb je. Pelik kan? macam lah dia tak tau nak download sendiri (ke kau memang tak tau?).

Dia seorang yang tegas. Sangat tegas. Mungkin juga dia dapat gene abahjai lebih sikit kot, sebab abahjai memang sangat garang. Kimie pun takut dengan dia. (kan?!). Tak percaya? Okay, mari kita bocorkan rahsia dia.

Kimie suka main game PS2 dan segala game yang ada kat bumi ini. Tapi dia tak suka main game barbie T_T. Jadi, orang yang akan jadi mangsa untuk membeli cd serta menjadi pak turut bawak dia pergi kedai cd adalah abahjai. Ya, segarang-garang abahjai pun masih baik la jugak nak bawak budak tu pergi Smart (pasar busuk tapi ada jual cd). Tapi si Ainjai ni, kau cakap je nak beli cd, terus dia buat muka mak Cinderella (sambil membebel yang boleh merosakkan gegendang telinga).Itu tak termasuk lagi bila dia marah masa nak sapu rumah, tapi ada banyak robot dan mainan Kimie rongak tu yang berterabur kat atas lantai. Terus budak busuk tu jadi orang yang paling baik kat dunia sambil berkata 'yela2, adik memang nak buat la ni'.

Hei, jangan ingat Kimie sorang tau. Orang lain yang ada kat dalam rumah tu pun boleh jadi mangsa, apatah lagi orang yang takda dalam rumah tu. Haha' berani la kau nak buat-buat emergency break masa bawak kereta. Mau panas telinga sampai esok pagi.

Tapi kan, memang masa kecik-kecik dulu pun kitorang adik-beradik tak rapat sangat dengan dia ni. Mungkin sebab dia cepat membesar (aku tak kata pun precocious okay) dan cepat menjadi orang besar. Maksudnya, bila masa kitorng nak main pejabat-pejabat atau cikgu-cikgu, mesti dia nak jadi boss. Siap pakai kasut tinggi mak lagi (ke itu aku?!) lol. Lepas tu pula,k kalau kitorang nak main pondok-pondok ke, nyanyi-nyanyi ke, fesyen-fesyen ke, mesti dia taknak join. Fine~ jadinya, bolehlah aku bolot semua hadiah utama sebab aku yang paling tua masa tu. yes!

You're the swimming pool, on an August day.
And you're the perfect thing to say.

Kak Ain, ingat tak lagi masa dulu-dulu (cis. macam dah tua pulak rasanya), kalau ada apa-apa, mesti kita kena sama-sama. Contohnya, masa kita kena teman Ima pergi 'pop', dah la malam pastu jamban kita kat luar rumah kan. Kena bawak lampu suluh lagi. Pastu, lampu suluh yang aku pegang tu, aku tertutup. Habis dia menjerit melalak kat dalam tu sebab gelap. alaa, tak sengaja pun sebenarnya. Habis tu, apa lagi. Kita kena kurung kat luar rumah. Takut giler kan? Sampai tak tau nak buat apa. Siap kita tutup muka sambil nangis sedu-sedu sebab takut nampak hantu. Dah la sempat terpikir nak lari pergi rumah nenek C lagi (jarak dalam 2.5km kot), tapi tak berani.

Lepas tu, ingat tak kita panjat pokok belimbing masam giler kat belakang rumah. Masa tu, ada reban ayam kat sebelah pokok tu. Abah pulak tengah bakar sampah. Panjat punya panjat punya panjat, sekali je kita terpanjat dahan yang reput. Hah kau, tau-tau je la. Sudah jatuh tertimpa kau yang gemuk tu, siap dapat diskaun terjatuh atas reban ayam tu lagi. Tapi sayang, atat dia uzur, kita dapat hadiah percuma taik ayam tu pulak sebab atap dia pecah dan kita pun terjatuh secara berjemaah. cis kau, aku ingat!

Tapi tak semua keadaan kita bersama-sama. Masa kau balik rumah nangis-nangis dari sekolah sebab kau lipat kelopak mata ke atas tu, kau sorang-sorang je. Ye la, gatal lagi nak ikut cakap kawan-kawan kau tu, kan dah nampak cermin macam pecah segala. Pastu, mungkin kau pun antara yang malang jugak, siap ada kemalangan lagi kat depan rumah MakJi kan? Masa tu kau bawak motor, boceng Yana. Pastu kawan aku datang2 naik motor pastu tolak korang. Korang pun terjatuh la. Ish, jahat kan kawan aku tu. Dah la kat sekolah pun dia macam pernah gaduh dengan aku. Tapi sekarang dia dah baik dah.

Sekarang ni, Ainjai dah jadi cikgu. Mula-mula dia nak jadi doktor, tapi ntah macam mana ntah, boleh pulak kau curse aku suh jadi doktor pulak kan. Alamaaak, main kotor la beb. hihi'

Ainjai ni juga orangnya kedekut. Ya betul. Mak yang cakap. Dia cakap dia takda duit, okaylah fine, sebab dia baru je 2 bulan kerja kot, dan gaji belum masuk lagi. Tapi bila abah bagi duit jer, dia cakap la yang dia nak pergi Perth la, Langkawi la, Singapore la, Bali la.. Lepas tu, mak pun cakap yang dia taknak beli apa2 lagi bila duit gaji masuk. Kereta pun dia nak pakai kereta kancil abah yang dah nak kopak tapi dah habis bayar tu. Baik punya taktik kan? Sabar je la kan. Takpa, abah pun sabar juga. Abah cakap, takpe la duit dia, bukan duit abah. Ni yang dengki ni, baiklah, mulai hari ini tiap kali call Malaysia cakap kat mak takda duit. HAHA'

cukup-cukup. tak baik mengumpat.

And in this crazy life, and through these crazy times
It's you, it's you, you make me sing.
You're every line, you're every word, you're everything.

Daripada aku membebel dan membocorkan semua rahsia kita, baik aku habiskan cepat.


SELAMAT ULANG TAHUN ke-24

NURUL AIN BINTI JAILANI
5 march 1986

Kak Ain,

Hidup ini banyak cabaran dan dugaan. Bukan semua yang kita nak, kita akan dapat. Dan kita tak boleh menolak segala yang kita benci/taknak jauh-jauh. Hargailah apa yang kita ada dan apa yang kita tak ada sekarang, sebab semuanya itu adalah nikmat. Nikmat untuk merasa ada dan sempurna serta nikmat untuk merasa tiada dan kekurangan. Bukankah kedua-duanya itu adalah anugerah? :) Aku pun masih lagi belajar untuk ikhlas, dan aku harap benda yang sama daripada kau juga sekali dengan dslr. we ♥ you

(perluke purple?) T_T

Rasa macam tak puas hati sebab kat gambar atas tu tak nampak gemuk. Baiklah, kita kasi satu lagi.


Bolehlah labu. (dalam hati: YES!)
_____________________________________________________________

kan aku dah cakap post ni panjang dan macam tak perlu dibaca. :P