Ainjai budak gembeng

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
 

Salam..

Kata-kata kali ini mungkin agak panjang, sepanjang karangan BM masa SPM. Dan mungkin juga tiada kaitan dengan anda. Sebab dia khusus untuk NURUL AIN JAILANI aka Ainjai. Harap maaf.

_____________________________________________________________
Korang kena baca post ni sambil mainkan (play) lagu Michael Bubble-Everything. Siapa yang takda, boleh download sekarang! (cewahh, tak wajib pun) :P

You're a falling star, you're the get away car.
You're the line in the sand when I go too far.

Kenapa lagu Michael Bubble? sebab dia sangat suka lagi ni kot. Korang rasa dia suka tak? sebab tiap kali kalau online, mesti dia nak lagu ni. Tau-tau jelakan yang YM kat sini slow-macam-arnab (sila baca cerita arnab dan kura-kura, dan perlumbaan kedua. Anda pasti tau kenapa). Dah cuba banyak kali nak hantar pun, belum tentu akan dapat. Boleh pulak kan, siap disuruhnya aku bagi lagu tu pakai email. Sengal tak sengal, dah la maximum size boleh hantar 10Mb je. Pelik kan? macam lah dia tak tau nak download sendiri (ke kau memang tak tau?).

Dia seorang yang tegas. Sangat tegas. Mungkin juga dia dapat gene abahjai lebih sikit kot, sebab abahjai memang sangat garang. Kimie pun takut dengan dia. (kan?!). Tak percaya? Okay, mari kita bocorkan rahsia dia.

Kimie suka main game PS2 dan segala game yang ada kat bumi ini. Tapi dia tak suka main game barbie T_T. Jadi, orang yang akan jadi mangsa untuk membeli cd serta menjadi pak turut bawak dia pergi kedai cd adalah abahjai. Ya, segarang-garang abahjai pun masih baik la jugak nak bawak budak tu pergi Smart (pasar busuk tapi ada jual cd). Tapi si Ainjai ni, kau cakap je nak beli cd, terus dia buat muka mak Cinderella (sambil membebel yang boleh merosakkan gegendang telinga).Itu tak termasuk lagi bila dia marah masa nak sapu rumah, tapi ada banyak robot dan mainan Kimie rongak tu yang berterabur kat atas lantai. Terus budak busuk tu jadi orang yang paling baik kat dunia sambil berkata 'yela2, adik memang nak buat la ni'.

Hei, jangan ingat Kimie sorang tau. Orang lain yang ada kat dalam rumah tu pun boleh jadi mangsa, apatah lagi orang yang takda dalam rumah tu. Haha' berani la kau nak buat-buat emergency break masa bawak kereta. Mau panas telinga sampai esok pagi.

Tapi kan, memang masa kecik-kecik dulu pun kitorang adik-beradik tak rapat sangat dengan dia ni. Mungkin sebab dia cepat membesar (aku tak kata pun precocious okay) dan cepat menjadi orang besar. Maksudnya, bila masa kitorng nak main pejabat-pejabat atau cikgu-cikgu, mesti dia nak jadi boss. Siap pakai kasut tinggi mak lagi (ke itu aku?!) lol. Lepas tu pula,k kalau kitorang nak main pondok-pondok ke, nyanyi-nyanyi ke, fesyen-fesyen ke, mesti dia taknak join. Fine~ jadinya, bolehlah aku bolot semua hadiah utama sebab aku yang paling tua masa tu. yes!

You're the swimming pool, on an August day.
And you're the perfect thing to say.

Kak Ain, ingat tak lagi masa dulu-dulu (cis. macam dah tua pulak rasanya), kalau ada apa-apa, mesti kita kena sama-sama. Contohnya, masa kita kena teman Ima pergi 'pop', dah la malam pastu jamban kita kat luar rumah kan. Kena bawak lampu suluh lagi. Pastu, lampu suluh yang aku pegang tu, aku tertutup. Habis dia menjerit melalak kat dalam tu sebab gelap. alaa, tak sengaja pun sebenarnya. Habis tu, apa lagi. Kita kena kurung kat luar rumah. Takut giler kan? Sampai tak tau nak buat apa. Siap kita tutup muka sambil nangis sedu-sedu sebab takut nampak hantu. Dah la sempat terpikir nak lari pergi rumah nenek C lagi (jarak dalam 2.5km kot), tapi tak berani.

Lepas tu, ingat tak kita panjat pokok belimbing masam giler kat belakang rumah. Masa tu, ada reban ayam kat sebelah pokok tu. Abah pulak tengah bakar sampah. Panjat punya panjat punya panjat, sekali je kita terpanjat dahan yang reput. Hah kau, tau-tau je la. Sudah jatuh tertimpa kau yang gemuk tu, siap dapat diskaun terjatuh atas reban ayam tu lagi. Tapi sayang, atat dia uzur, kita dapat hadiah percuma taik ayam tu pulak sebab atap dia pecah dan kita pun terjatuh secara berjemaah. cis kau, aku ingat!

Tapi tak semua keadaan kita bersama-sama. Masa kau balik rumah nangis-nangis dari sekolah sebab kau lipat kelopak mata ke atas tu, kau sorang-sorang je. Ye la, gatal lagi nak ikut cakap kawan-kawan kau tu, kan dah nampak cermin macam pecah segala. Pastu, mungkin kau pun antara yang malang jugak, siap ada kemalangan lagi kat depan rumah MakJi kan? Masa tu kau bawak motor, boceng Yana. Pastu kawan aku datang2 naik motor pastu tolak korang. Korang pun terjatuh la. Ish, jahat kan kawan aku tu. Dah la kat sekolah pun dia macam pernah gaduh dengan aku. Tapi sekarang dia dah baik dah.

Sekarang ni, Ainjai dah jadi cikgu. Mula-mula dia nak jadi doktor, tapi ntah macam mana ntah, boleh pulak kau curse aku suh jadi doktor pulak kan. Alamaaak, main kotor la beb. hihi'

Ainjai ni juga orangnya kedekut. Ya betul. Mak yang cakap. Dia cakap dia takda duit, okaylah fine, sebab dia baru je 2 bulan kerja kot, dan gaji belum masuk lagi. Tapi bila abah bagi duit jer, dia cakap la yang dia nak pergi Perth la, Langkawi la, Singapore la, Bali la.. Lepas tu, mak pun cakap yang dia taknak beli apa2 lagi bila duit gaji masuk. Kereta pun dia nak pakai kereta kancil abah yang dah nak kopak tapi dah habis bayar tu. Baik punya taktik kan? Sabar je la kan. Takpa, abah pun sabar juga. Abah cakap, takpe la duit dia, bukan duit abah. Ni yang dengki ni, baiklah, mulai hari ini tiap kali call Malaysia cakap kat mak takda duit. HAHA'

cukup-cukup. tak baik mengumpat.

And in this crazy life, and through these crazy times
It's you, it's you, you make me sing.
You're every line, you're every word, you're everything.

Daripada aku membebel dan membocorkan semua rahsia kita, baik aku habiskan cepat.


SELAMAT ULANG TAHUN ke-24

NURUL AIN BINTI JAILANI
5 march 1986

Kak Ain,

Hidup ini banyak cabaran dan dugaan. Bukan semua yang kita nak, kita akan dapat. Dan kita tak boleh menolak segala yang kita benci/taknak jauh-jauh. Hargailah apa yang kita ada dan apa yang kita tak ada sekarang, sebab semuanya itu adalah nikmat. Nikmat untuk merasa ada dan sempurna serta nikmat untuk merasa tiada dan kekurangan. Bukankah kedua-duanya itu adalah anugerah? :) Aku pun masih lagi belajar untuk ikhlas, dan aku harap benda yang sama daripada kau juga sekali dengan dslr. we ♥ you

(perluke purple?) T_T

Rasa macam tak puas hati sebab kat gambar atas tu tak nampak gemuk. Baiklah, kita kasi satu lagi.


Bolehlah labu. (dalam hati: YES!)
_____________________________________________________________

kan aku dah cakap post ni panjang dan macam tak perlu dibaca. :P

6 Responses so far.

  1. aiNJai says:

    oh sudien..mgapakah ko mst m'bocorkn rhsia aku?? hahahha.... siap ko aku sekeh

  2. udienjai says:

    oit makcik. kau ada blog tapi tak pernah bagitau aku ek? siap kau aku bagitau mak. (alolo~comey je nak maen report2) <--badget comel.

  3. salam.. kak ain... happy birthday... Allah bless you..

    oh akk udien sbaya akk iz upenye.. mmg patut dah kna kawen ni udien.. mari kita doa sama2 agar kakak kita dua kawen cepat.. nnt bley lar sama2 kita dapat abg ipar dan anak sedara :D

  4. ok udien.. lupa nk tambah.. tak pasal2 pagi2 iz dapat dose membaca umpatan :P

  5. sambil tutup mata nangis sedu sedan takut nampak hantu...gila kelakar!

    happy birthday 2 kakak sudien!

  6. hahaha.dalam post ni banyak part yang ko bajet comel ni.haha.xleh blah!kasi la can kat akak ko,bday dia ni,bukan kau laa ;p