Kecik-kecik cili padi

Salam.

Masa mula buat post ni, jam dah pukul 12.51 pagi WIB. Sepatutnya dah tidur sebab esok pukul 10.00 pagi ada exam. Oh tak, bukan esok, pagi ni. Dan ya, exam terakhir untuk teori lepas 3.5 tahun menyeksa diri nak hafal semua pathophysio dan sebagainya. Dan tidak, kau jangan lupada padahal banyak lagi exam remed kau kena amik sebab sebenarnya 3.5 tahun ni banyak main dan tak study pun. Kantoi.

Aku: Tension la forensic tadi. Macam semua yang aku hafal dan confident hafal kuar. Tapi sekali je aku hafal salah. 
Hanafiah (bukan nama sebenar) : Apa lagi, pergi la study blood transfusion.
Aku: Ish, tak sesuai la kau punya nasihat tu.
Hanafiah (bukan nama sebenar) : Dah tu apa lagi la? itu je pun yang kau boleh buat sekarang!
Aku : *fine*

Bagus jugak ada kawan yang boleh tolong marahkan diri sendiri supaya sedar diri. :')

Eh habistu, yang nak membebel tak tentu pasal padahal study tak habis lagi kenapa? Saje je nak tunjuk yang aku sibuk tengok Live To Dance tadi padahal dalam hati 'Matilah esok nak jawab macam mana'.

Hah' tengok video ni. Kecik-kecik dah pandai menari hebat giler. Kau tu dah tua bangka baru nak terkedek2 gelek sakan. Dan dia dah couple jugak! *Fine fine fine!*


Huh huh?

Kenapalah Aisyahuh? Mungkin sebab dia huhahuha?


Hidup ini adalah suatu perjalanan. Kita yang menentukan destinasi dan arah tujuan kehidupan. Mengorak langkah satu demi satu bagi merealisasikan impian dan harapan. Selagi kita belum sampai ke garisan penamat, selagi itu segala halangan dan keperitan bukan sebagai alasan untuk tetap pegun membeku. Terus mengorak langkah dan ayunkan tangan, semoga dengan tatih kecil ini membuat kita berlari keriangan. Demi masa depan.


Selamat Hari Lahir ke-22 TAHUN
Nor Aisyah Abdullah.


Wahahaha' saje jer 22 tu bagi besar sikit. Kita dah sebaya sekarang. peace.

Belajar dari pengalaman

Salam.

Orang cakap, kalau dah terhantuk baru terngadah. Tu kira bagus laa sebab sekurangnya belajar dari pengalaman.

Macam contoh, minggu lepas. Konon nak basuh baju. Tapi disebabkan ada 3 orang dalam rumah ni termasuk diri sendiri nak guna mesin basuh, kenalah gunakan konsep siapa cepat dia dapat. Siapa lambat memang perit dan pedih hati laa sebab bila nak basuh di kala cuaca panas terik, kena tunggu giliran. Bila sampai giliran pulak, cuaca dah mendung kalau takpun dah malam. Jadi kena tunggu esok pulak yang tak menjanjikan panas terik yang diingini seperi hari ni tadi.

Jadi, alkisah nak cop mesin basuh, malam2 lagi dah isi penuh air dalam mesin basuh, dengan harapan bila ada orang nak guna esok, tak jadi guna sebab 'eh, ni dah ada orang tadah air. mesti dia nak basuh'

Tapi harapan dan impian tinggal angan2, bila esoknya ada orang guna jugak. Mungkin dia terpikir 'eh bagusnya orang dah isikan air, cepat sikit siap basuh nanti'. Malang tidak berbau, secepat2 pun sampai senja nan merah jugaklah baru dia siap.

Ok takpe, malam ni kena isi penuh lagi. Sebab kan sorang dah basuh, lagi sorang tu takkan nak basuh jugak bila mesin basuh dah di isi penuh air kan?

Tapi betullah orang cakap. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Bila nak basuh esok pagi, sekali dah ada orang lain guna jugak. Baik sungguh siapa yang tadahkan air ni. Tapi kenapa peribahasa takde kaitan dengan situasi? -.-

Siapa yang tak belajar dari pengalaman tu memang sengal la kan. Dah terhantuk tu masih tak terngadah lagi. Aku sumbat dalam mesin basuh terus. Oh, aku sumbat baju kain seluar segalanya dalam mesin basuh terus malam2 ni. Tengok berjaya tak plan kali ni. Teehee.

Lepas tu bila nak belajar dari pengalaman, contoh macam nak study awal untuk exam, (awal ke lagi 2 hari exam?) situasi menghalang semangat waja dalam diri. Takut wei nak study Forensic malam2 ni bila semua gambar orang mati. Ditambah suasana menyeramkan masa kelas agama tadi bila tetiba belajar pasal cara nak mandikan dan kafankan jenazah.

Okay, masa untuk sambung cerita Korea lagi.

Bapak yang comel

Bukan senang nak jumpa bapak comel yang arrange lagu nak bagi kat anak dia. Okay, mungkin sekarang dah ramai tapi still..

Aku suka cello. Kalau dulu string instrument, memang suka giler cello. Masa tengok MPO pun suka dengar cello sampai tertidur kat hall tu. Lepas tengok Augush Rush, makin bertambah suka cello. Tapi clarinet masih menjadi pujaan hati. Padahal pandai main yang tu jer. Noob.

Pernah tengok sebelum ni kat blog someone, tapi lupa siapa. Jadi, lepas terjumpa video ni balik kat youtube, rasa sangat suka. Teringat Mibo yang memang suka compose lagu2 best. Rindu orkestra! :'(



Luahan perasaan yang boleh membarakan orang lain

...sebab menyemakkan timeline mereka. Maaf. Tu memang tempat membebel. :'(


Pastu nak tutup nama kawan gossip line tak tegak. Tangan pero sungguh.
Pastu tetiba je soshified tu nak tweet jugak. Merosakkan mood emo jer.
Pastu nak baca kena dari bawah ke atas. Kalau tak faham sudah!
Pastu eh tetiba nak emo kat sini pulak.

Apa yang penting?

Siapa cakap KERJASAMA tadi? memang nak kena cubit.

Eh eh tetiba ter-emo pulak sebagai pembuka bicara. Baiklah kita mulakan dengan bacaan doa. Doa dimulai. Wahh gitu. Macam baikkan? Dah dah. Jangan nak merepek lagi. T.T

1. Seperti biasa, tahun baru kenalah buat sesuatu yang bermanfaat. Aku selalu terfikir, apa sebenarnya yang kita boleh sumbang kepada masyarakat. Oh maksud sumbang di sini bukan seperti ' Suara Imran sangat sumbang, maka cermin pun pecah' Bukan juga seperti buat perkara2 sumbang seperti berdua di dalam tandas. Macam, apakahkan contoh sumbang tu.

Sumbang di sini lebih kepada maksud sumbangan, atau faedah yang kita boleh bagi kepada masyarakat. Jadi penat berfikir mengalahkan Sang Kancil dengan buaya, maka terhasillah satu solusi dan prinsip biar sakit, asalkan halal. Erk, maksud aku ialah dengan menderma darah. Alhamdulillah, selain korang menderma di masjid2, boleh jugaklah menderma darah kepada mereka yang memerlukan. Baiklah, jadi azam sepanjang hidup ialah menderma darah setiap 3 bulan sekali. :)

Dan berkat block Blood Transfusion ni jugak, aku dah berjaya menderma (donor tu menderma kan?) sekaligus memecahkan rekod peribadi sebanyak 5x. Bangga ibu mengandung.

2. Selepas buat azam nak derma darah setiap 3 bulan, kita perlulah memikirkan lagi cara yang terbaik untuk kita di masa hadapan. Yela, takkan asyik nak fikir pasal orang lain je, diri sendiri perlulah jaga juga. Maka, terhasillah resolusi untuk berjumpa doktor gigi. Terima kasih kepada gigi sendiri sebab manja sangat, kalau tuan dia malas nak gosokkan dia taknak gosok sendiri. Nasib baik JPA bagi insurans kesihatan, wah wahh perlulah manfaatkan dan menggunakan semaksimal yang mungkin.

Nahh, hasil selepas hampir 2jam berjuang bergabung tenaga bersama Hanafiah dan Serul melawan keniluan gigi dan kegerunan gerudi besi, terhasillah tampalan sebanyak 3 biji gigi. Walaupun cerewet sampai doktor give up sebab terpaksa ambil masa dia dating sebanyak 30 minit, sebab terasa gigi tersangkut biji jambu, tapi berbaloi rp300k digunakan sebaiknya tanpa was was. Ingat, letak dalam jadual kehidupan, setiap 6 bulan kena jumpa doktor gigi, selepas setiap 3 bulan derma darah. Bangga lagi ibu mengandung. :')

3. Eh kejap, macam mana nak buat ayat yang kita sebenarnya sibuk, tapi macam tak sibuk dan masih boleh tidur sepuasnya iaitu melebihi 8 jam sehari? Dan kita terpaksa melupakan hasrat nak pergi shopping, jalan2 makan angin dan bersuka ria sebab dah dekat nak exam? Urm, takpe lah. Tak perlu pendapat korang kot sebab dah tertulis dah ayat semuanya di atas (-_-") lambat sangat la korang jawab..

Ok mempersembahkan. Hari untuk tarik rambut, ikat kepala pakai kain dan sediakan botol urination sebelah meja. :'(

Exam Agama Islam - 17 Januari
Exam Block Elective Term 1 (Forensic Pathology) - 25 Januari
Exam Bock Elective Term 2 (Blood Transfusion) - 27 Januari
Remed Block 2.6 - 31 Januari
Remed Block 3.6 - 7 Februari
Seminar Hasil (Thesis) - sebelum 21 Februari
Pendadaran (Thesis) - sebelum 28 Februari
Hasil akhir Thesis - sebelum 2 March
OSCE Comprehensive - Mungkin 21-28 Februari
Judicium - Mungkin 10 March
Dinner Batch - ?

Hari penting perlulah tanda dengan warna merah. Merah membara. Kalau ada yang tertinggal harap diingatkan. Otak dah malas nak pikir dan memberikan signal kejutan elektrik terhadap jantung lagi, kesian dia.

4. Baiklah, selepas membebel dan merepek, walaupun kata sangat sibuk tapi sempat juga buat video Seiring Sejalan dan update blog. Sangat tersentuh dan menangis dalam hati tetapi di luar gelak tonggang terbalik sebab lawak nak mampus. Eyp eyp, jaga bahasa. Nak kena cili ni. Ini preview nya. Selamat menonton dan gelak bersama. Lepas tu mintak maaf ek. Kalau tuan dia marah, korang tanggung sendiri. Bye.

Tolong Ingatkan Aku

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam.

Hidup menjadi sedikit sibuk sejak kebelakangan ini. Macam tak percayakan? Budak pemalas ni jadi sibuk bukan seperti selalu yang buat2 sibuk dengan menyibukkan diri youtube-ing koreografi mana lebih baik antara lagu Madonna dan Magic dari group Secret Kpop.

Seperti selalu selepas gelabah thesis tak siap2 lagi, langkah laju bertenaga di susun ke arah Rumah sakit Sardjito. Dalam hati berdoa supaya Hanafiah, Yon dan Alya datang lambat sebab dah beberapa kali datang ambil data, hanya mampu siapkan 2-3 medical record jer, jadi perlu memperbaiki rekod peribadi sekurang2nya 8 data hari ini. Cewahh, boleh masukkan dalam New Year resolutions ni.

Dalam dok berdoa dan berfikir kenapalah takde pintu sukahati dari Inter ke Sardjito ni, tetiba ada seorang kawan ni tegur.

Eh sudien, nak pergi mana?
Eh eh, ni nak pergi ambil data untuk thesis. Matilah tak siap lagi.
Banyak lagi ke?
Urm, dalam  3-4 kali dah siaplah kot. Ni nak pergi mana?
Aku nak pergi jumpa doktor THT laa .
Oh kenapa?
Nak buat cerumen removal la.
Laa kenapa pulak? Ni mesti korek telinga dalam sangat ni.
Tak laa. Anak aku yang korek.

Oh comel sungguh anak dia, kan? *Jeles*

p/s: THT = telingan hidung tekak / ENT = ear nose throat.
.......

Jom layan lagu ni. Lagu terbaik Anugerah Juara Lagu ke-25 sambil menangis dan mengumpat kenapa artis pujaan korang tak menang juara lagu. Teehee.




Firman Allah Taala bermaksud: Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar. 
(Surah al-Israa: ayat 31)

Dalam Hati Ada Taman

Salam.

Ye, agaklah. Baca tajuk je dah rasa lame.

Ada sorang pembaca setia ni cakap, boleh tak kau jangan buat post ayat nak sedih dan emo je lebih? Tiap kali aku rasa taknak gelak, mesti perbuatan luar sedar aku tertekan pangkah kat kanan atas tu. T_T sedih je dengar. Tapi takpa, motif dan genre blog ni harus dikekalkan - cerita air mata drama melayu. Ok, kita teruskan. *betulkan jambul*

Dalam hati ada taman takde kaitan dengan cerita Adnan Sempit, tapi ada kaitan dengan taman di dalam hati. *Ok, boleh muntah sekarang*

Pernah beberapa kali nak post tentang topik berkaitan ini, tapi takde feel dan mood. Jadi terpaksa ditunda sampai ada situasi dan acara yang boleh mendatangkan mood jiwang untuk tulis. Sampailah mood feeling lebih datang masa pergi burjo untuk makan malam jam 11pm tadi bersama seorang teman berjiwa bunga matahari. Siapa dia? Dirahsiakan.

Topik perbualan bermula dengan perasaan sedih dan terasa kehilangan kawan baik. Bukan sahaja kehilangan kawan baik sebab gaduh masa form 4 dan terus taknak berkawan sampai sekarang sebab elehh dia dapat 6A1 masa ujian penggal pun nak berlagak, tapi lebih kepada kehilangan kawan baik tempat curhat dan menangis dalam hati sebab kehidupan yang perit, sudah menjadi milik orang.

Ya, telah menjadi milik orang itu lah topik utama kita pada hari ini.

Secara normalnya, berumur 22 tahun masih muda dan boleh menangis kalau tak dapat lunch, dan akan bertukar menjadi 23 dalam beberapa bulan yang terasa macam 'eh, sejak bila aku dah tua' punya perasaan, tentu terpikir 'bila agak2 nak ada bf/gf?' Hah, bila anda dah sampai tahap ini, memang tak disangkal lagi umur tu memang dah lanjut usia. Sekian.

Eh tak tak, belum habis lagi. -.-

Wahh, kawan baik dah menjadi milik orang, bukan sorang tapi dua. :') Gembira dan sedih ; gembira sebab oh akhirnya ada jugak orang minat kat korang ni, dan sedih sebab nanti nak mesej pun dah susah sebab surely nanti bakal tunang datang depan pintu bawak parang bila kita mesej 'eh tetiba rasa rindu kat kau'.

Q : Macam mana kau rasa dia orang yang tepat?
A : Entah lah, aku pun tak tau. Kalau kau tanya kenapa aku suka dia pun, aku tak rasa aku dapat jawab.

Hah, kadang2 malas juga nak layan orang yang tanya kenapa aku takde awek. Helloo, siapalah aku ni kan nak ada orang suka. Bukan favorite bakal2 mak mertua kot :'(

Tapi benda tu bukan persoalannya, yang paling penting adakah aku betul2 dah bersedia untuk melangkah ke alam baru *cewahh, ayat macam nak pergi kayangan* Belum, rasanya belum bersedia untuk segala komitmen dan tanggungjawab yang lebih berat. Diri sendiri pun macam dianaktirikan, ni kan pulak nak jaga diri sanubari orang lain. Ye dok?

Selalu jer terfikir, korang yang bercinta ni memang planning untuk ke arah relationship yang lebih lanjut atau setakat suka dan bangga ada awek hot dan boleh menjaja kat facebook? Tak tak, aku tak cakap pun korang jahat ke perasan bagus ke apa, cuma curious je nak tahu. Sebab aku pernah jer beberapa kali crush, tapi tiap kali dia buat something tak best, terus terasa nak reject. Perasan perfect laa nak reject2 orang ni. So, macam mana la nak tahan perangai bf/gf korang kalau tetiba dia buat sengal kan? o.O

Takpe laa, sekarang masih tunggu dan berdoa untuk orang yang lebih bersedia dulu. Tengah tunggu Fikri Diva punya cerita panas dan Jaja yang konon2 nak ada bf sebelum ko-as. Berhasilkah? Kita tunggu dan lihat.

Dan yang penting, tak dapat nak bayangkan bila nanti ada orang baru dalam keluarga. Kan Kak Ain kan? :)

0105

Happy Birthday!
4 Jan 2001



What berry are you?

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam.

Waaahh, lepas kenyang makan Kuew Tiew (sempat google macam mana nak eja kuew tiew. noob.) kat Talenta dan sempat gaduh dengan Hanafiah adakah strawberry sejenis berry, terus merajuk balik rumah nak cari jawapan. Eh takde la terus merajuk balik lari bawah hujan macam drama korea tu, takde la macam tu sekali. Tapi sempat la amik data medical record kat Sardjito. Bila la penyeksaan thesis ini akan berakhir? Tsk tsk. Eh dah melalut pulak. Ok kita proceed.

Lepas stalk blog sendiri dan tekan sesedap sendiri kat link Iklan Nuffnang kat tepi ni, terus masuk kat satu webside Digi yang comel lote.

Persoalannya sekarang, adakah Blackberry sejenis berry?

Okay, kita simpan soalan tu dulu, sebab sekarang memang tengah syok nak main game What berry are you? ni. Wahh gitu.

Game dia senang jer, jawab soalan2 mudah dia, pastu boleh dapat point. Diorang cakap, kalau dapat high score, boleh laa dapat hadiah Blackberry satu. Tu diorang cakap laa, aku tak cakap.


Tapi point utama sekarang, bukan Blackberry, apatah lagi strawberry. Tapi tapi tapi.. cewahh suspens tak? Tapi soalan dia yang macam sangat comel!







Lepas jawab soalan comel, boleh main game comel jugak!






Selain tu, korang boleh jugak bagi nama berry kat kawan2 facebook korang. Yang ni memang sangat best sebab boleh bagi nickname diorang yang memang sangat sesuai dengan karakter mereka. Wahh gitu.


Paling suka watak Autyberry ni. Hihihihilarious~!

Menatang ni sebenarnya ada kaitan dengan DIGI. Ntah apa ntah tapi macam promo pakej diorang la. So siapa yang rasa tak pakai Digi, boleh tukar sekarang sebab promo dia memang best!


Selain tu, Digi nak bawak artis comel hot macho jambu korea datang buat konsert kat Malaysia. Haaa, berdarah hidung kome!


Cepat rebut peluang. Siapa comel, dia dapat. Oh maksud comel di sini ialah pengguna Digi. Maklumat lanjut, layari http://www.digi.com.my.

p/s: Aku bukan promoter berbayar Digi. Sekian.

Orang baru

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam.

Dunia blogging menjadi semakin menarik dengan kehadiran para blogger(s) ke dalam dunia maya. Wahh wahh.. lepas ni dah boleh buat tea party bagi berkenalan dengan labih rapat dan berkongsi cerita antara satu sama lain. Eh terlebih poyo pulak, padahal semua duk satu kampus.

Jadi, perkenalkan  kawan saya yang awesome, poyo, comel dan gedik: Adi Putra, Fikri Mustapa, Esther Kiyuh dan Alia Zaky. Okay, boleh berebut siapa nak awesome, poyo atau gedik sekarang. Ingat, siapa cepat dia dapat.

Lepas ni, coretan hati, diari kehidupan, lepas geram, emotional segala dah berkurang ditanggung facebook. Tahniah. *tepuk bahu* :')

Oh, kalau rasa nak membebel tak cukup ruang, dan perlukan lebih privasi bila kita boleh emo, jemput datang ke twitter pulak. Kita kena bahagi kegeraman bersama. Dan kegembiraan jugak. cewaahh. Jangan bagi sorang je tanggung. Kesian dia.

Okay, sessi merepek buat kerepek dah selesai. Kena bersiap sedia nak pergi celebrate birthday pulak.

Happy Belated Birthday Arif Bahiyuddin!

Tahun baru, azam lama.

Salam.

Alhamdulillah. Masih bernafas dengan sempurna di pagi tahun baru.

Perjalanan hidup yang semakin mencabar. Mengorak langkah satu persatu bagi memenuhi segala impian dan cita-cita. Sedar tak sedar, hampir 23 tahun aku melihat dunia, dan hampir 23 tahun berjuang berperang dengan segala macam semata2 keberlangsungan hidup sebenar.

Setiap orang ada impian. Dengan berbekalkan impian, kita maju mengharungi onak duri kehidupan. Dengan impian, setiap perjalanan dianggap bermakna.

Aku hidup dengan impian, dan azam. Sejak kecik lagi, memang impian dan cita2 yang menjadikan aku berusaha keras untuk hidup.

Bila masih sekolah rendah, aku memasang azam untuk dapat 5A, masuk sekolah berasrama, tinggal jauh daripada family, hidup berdikari, ada ramai kawan dan bebas memilih haluan hidup. Semua orang tahu kot, sekolah rendah, hingusan lagi. Apa yang kita tahu dengan masa depan? Ada rumah besar, kereta besar, hidup mewah, rumah ada swimming pool. Tapi aku tahu, yang aku perlu dapatkan 5A.

Bila dah dapat 5A, dapat masuk asrama penuh, dapat tinggal jauh daripada family, dapat hidup berdikari, dapat ramai kawan. Impian dan azam dah tercapai. Tapi untuk kehidupan seterusnya, aku masih memiliki azam dan impian yang lain. Nak belajar sungguh2 untuk PMR, nak dapat 8A, nak masuk kelas budak pandai.

Tapi tak semua impian dan azam kita tercapai. Sekuat mana kita berusaha, selagi masih belum rezeki, Allah maha Mengetahui. Kau tau bila 7A 1B rasa macam sangat bodoh? Bila terpaksa berusaha keras untuk buktikan yang kita sebenarnya tak layak pun nak dapat 1B tu. Takpe, aku cakap dalam hati, aku kena buktikan masa SPM nanti.

Belajar sebaik yang mungkin, faham sedalam yang mungkin, fokus. Azam nak dapat 10A, nak dapat scholarship, nak pergi oversea.

Kau tau, tu cerita 5 tahun yang dulu? Bila impian, azam dan cita2 mendorong kehidupan yang bermakna.

Sumpah! Aku rasa perjalanan hidup sekarang ni terasa amat kosong. Terpinga2 mencari arah tuju. Takda impian, azam mahupun cita2 yang harus dikejar. Tak rasa bersemangat untuk menghadapi hari esok. Kalau dulu kau rasa setiap hari menjalani rutin yang sama adalah impian, tapi sekarang menjalani rutin yang sama adalah kehilangan. Kehilangan erti sebenar kehidupan.

Kadang2 aku terfikir, apa makna sebenar kehidupan? Kita hidup dan akhirnya akan mati.

Urm.. masih belum terlambat (mungkin). Perjuangan hidup kan sampai penghujungnya. Selagi belum tamat, selagi itu impian akan terus ada. Cuma kita jer yang perlu tentukan, dan kejar!

Jangan mengeluh kenapa orang lain boleh berjaya, jangan mengeluh kenapa orang lain boleh bahagia, jangan mengeluh kenapa orang lain lebih semangat untuk hidup.

Yang harus kau buat sekarang ialah terus berjuang, buatlah apa yang ingin kau buat, cakaplah apa yang ingin kau cakap, ketawa dan menangis apa yang ingin kau gelak dan tangisi, luahkan apa yang kau pendam, kejarlah apa yang ingin kau kejar, nikmatilah anugerah yang kau miliki, berusahalah untuk sesuatu yang kau hajati - hari ini juga.

Sebab esok belum pasti.

Selamat tahun baru 2011