Kerana kawan, dan seekor tokek.

Wahh. Dah lama tak hujan. Rindu pulak dengan hujan. Sambil layan Diva (bukan nama sebenar) dan Hana (bukan nama sebenar) kat bilik ni mengomel dan mengata seperti biasa.

Dengan keadaan yang memang best giler la nak tidur, mata pun mengantuk yang amat selepas seharian membanting tulang empat kerat memasak nasi lemak untuk jualan. Alhamdulillah. Laku jugak hari ni walaupun tak sebanyak tempahan seperti yang diharapkan.

Dalam gelap dan hujan di luar, cuba bayangkan betapa menarik dan tertariknya katil aku yang berwarna hijau ni. Dah la hijau, memang membangkit nafsu ngantuk laa. Tetiba je lagu Club Can't Handle Me berkumandang. Dah kenapa nak berclubbing time aku mengantuk tahap cipan ni? Rupanya Mengkuang (bukan nama sebenar) telefon.

Mengkuang: Hoi, apesal tak balas mesej ha?

Aku pun, Lengkuas (bukan nama sebenar) membalas.

Lengkuas: Ntah, aku tak baca lagi. Hana ni main hp aku tadi.
Mengkuang: Baca cepat. Lepas tu balas!

Dalam hati ada neraka. Amboi, tetiba nak marah ni kenapa. Mengkuang hanya layak dipijak menjadi tikar je okayy. Mulanya memang ingat nak cakap macam tu, tapi tak jadi. Tak baik menyumpah dan menghina. Wahh gitu. Padahal dah teraip pun ayat durjana iteww.

Bilik aku ada tokek (bukan nama sebenar). Cepat datangggggg!

Aku macam, are u kidding me?! Hujan, gelap dan katil yang mengghairahkan ni macam mana?

Takkan la kita nak berkorban sorang diri kan, jadi aku ajaklah Hana sekali, sekali jer dia buat2 tidur. Fine fine!

TERPAKSA la datang dengan bantuan baju hujan comel aku tu. Cuba bayangkan kau datang sejauh 10km semata-mata nak bunuh seekor tokek yang besarnya sebesar cicak tu jer. Cuba bayangkannn! Walaupun tokek dan cicak memang seperti adik beradik.



Seperti inilah rupa tokek itu. Weww, aku yang menggoogle ni pun geli geleman tengok.

Takpe la. Kerana kawan aku sanggup. Lepas ni kalau kau tak belanja aku J.Co memang aku tuntut sampai 7 keturunan kau!

3 Responses so far.

  1. udin.kat sini banyak cicak tokek
    :D

  2. itu seharusnya kawan istimewa.haha. LOL.teringat masa memula duk umah mal dulu pun ada dgr bunyi toke tuh.tp x prnah jumpa lah.dr citer mal mmg scary tahap cipan [ok,mal x guna perkataan cipan tu.aq yg tambah]

  3. ALYA ZAKY says:

    ahahahaha!ko ni mmg berjaya wat org gelak la stp kali bc blog ko.*clap2!*