Hai, saya Judin Jelani. Masih ingat?
Nak tau apa perbezaan antara mak dan adik?
Bila telefon mak, ayat mula2 sekali dia tanya ialah :
Sihat ke?
Tengah buat apa?
Bila telefon adik, ayat mula2 sekali dia tanya ialah:
Balik bila?
Balik nanti belikan game ek.
Kali ni jer.
Makanya, jangan terpedaya sangat kalau adik anda tanya bila nak balik. Jangan kembang sangat dan terasa touching terharu nak menangis air mata kegembiraan dulu. Mungkin ada udang disebalik mee. Sekian, terima kasih.
Hanim: Siapa datang lambat kena berdiri kat depan. *muka serious*
Bila masa ada banyak kerja la perasaan malas makin menjadi2. Kalau dulu takat youtube fb tu perkara biasa, tapi sekarang kerja utama ialah tekan butang anak panah clockwise sentiasa. Oh maksudnya tekan butang refresh la. Sebab mula la menggelabah Eh mana budak2 ni takde update status upload gambar main game WTF ke? Atau internet ni bongok sangat sampai memang kena refresh selalu?
Ye. Semua perasaan tu hadir di kala sepatutnya memang kena siapkan kerja report assignment segala. Fikiran negative mulalah nak meyumpah kawan sendiri, hoi pergi main game dan online sana boleh tak? Boring giler kot nak refresh sorang2. Padahal dalam hati takut diorang semua dah siap kerja, diri sendiri yang merana nanti.
Pernah dengar 'Be careful of what you wish for. Maybe you will get more than that'?
Konsep ini diaplikasikan di kehidupan seharian. Sebagai contoh, dulu gedik nak berazam solat fardhu tepat waktu, rajin baca Al-Quran, banyakkan amalan2 ibadah dan solat sunat. Tapi bila dah dapat peluang kena pergi kelas agama secara percuma setiap hari sabtu, mula dah nak lancarkan mogok taknak datang dan complaint suruh buat waktu kelas biasa. Tapi bila dah tukar setiap petang jam 3 sampai 5, lancar mogok jugak taknak datang sebab penat dan mengantuk, dan kelas tinggi sangat lantai 5 sebab lift boleh guna sampai lantai 4 jer.
Selalu jugak marah Kimie sebab dia suka sangat main game. Hari2 kerja dia nak main game jer. bangun pagi berebut siapa nak bangun dulu (padahal bangun pagi tak perlu berebut sebab mata ngantuk sendiri2) sebab nak take over tv. Jadi siapa yang rajin bangun lambat, memang bangun2 je terus dihidangkan dengan rancangan Ben10, chawder, Timmy and the fairy tooth segala la. Bukan dihidangkan sarapan pagi.
Kimie pun suka jugak tiap kali keluar pergi Jusco, mesti tarik tangan pergi Toys r Us. Apakah kan? Dah la semua mainan dia mahal2. Atau dia suka pergi kedai buku tapi nak beli buku Ben10 atau Doremon. Memang membazir. Selalu marah dia sebab pemalas nak baca buku dan buat ulangkaji, tapi rajin pulak baca buku merepek. Siap boleh baca dalam kereta lagi. Tapi bila satu hari dia ajak pergi kedai buku dan tarik buku Cerita Nabi, terpaksa lah belikan jugak walaupun bila tengok2 balik harga dia boleh dapat 3 buku Doremon -_-
Lepas tu berdoa semoga dapat A dalam exam pun macam nak rak. Tapi tak pernah nak bersungguh2 belajar cara nak dapat A. Nak dapat A-yoyo boleh laa. Tapi bila dosen bagi chance buat narrative writing boleh dapat 10% markah dan ada chance nak dapat A, ada kau buat?
Salam.
Twitter: berbaloikan menganaktirikan blog kehidupan dengan blog kesihatan?
Dah lama tak merepek dan membebel. Lebih2 lagi kerja mengupdate dah diduakan dengan blog kesihatan yang 'eh, sihat ke?' tu. Kesian peminat I yang ternanti2kan sessi merepek kita ni. Eh ada peminat ke? Adaaaaa. cewahh.
_____________________________________________________________
Sejarah dan pengalaman hidup mengajar kita untuk menjadi lebih kuat. Menjadi manusia kita seadanya sekarang -baik atau buruk- di mana perjalanan yang dilalui menjadi semakin sukar dengan onak duri kehidupan. Seberapa besar kejayaan, tidak bergantung kepada berapa banyak pencapaian tetapi seberapa banyak kau menjadikannya pegangan.
_____________________________________________________________
Kawan2 FB ramai yang dah tukar gambar macho seksi dan perzen cun mereka kepada gambar kartun yang comel dan wahhh penuh kenangan itu. Dan aku tukar kepada gambar kartun yang baru semalam Nisa postkan dekat FB.
Dan beberapa orang tanya, eh sudien, tu kartun apa? zzz tak tau la nama dia apa. Tapi disebabkan kita serumpun, aku namakan Judin Jelani. So jawa kan? -_-
Perkenalkan teman baru anda:
Secara jujur, aku bukan peminat kartun - namakan jer apa kartun yang ada- takde satu pun jalan cerita dan watak yang aku boleh hafal semua, kecuali doremon je yang aku boleh ingat nama karakter diorang. Noob giler kan?
Oh, apakah yang aku buat masa zaman hingusan dulu. *mood menyesal*
Salam.
Lepas balik dari evakuasi cuti 2 minggu kat Malaysia hari tu, kehidupan sekarang dah jadi makin tunggang langgang. Kelas dari pagi sebelum terbit matahari, balik pulak tengah2 malam. Tipu giler. Bilik memang tak sempat kemas laa sampai sekarang. Baru la tau macam mana kehidupan seorang bujang selama ni. Eh wei, sejak bila kau jadi duda?
Apa motif blog ni ditulis pun aku tak tau.
Tapi semalam hari yang best. Sebab macam baru perasan yang hidup ni memang perlu dinikmati untuk kita hargai.
Pagi dalam pukul 8.00 kitorang berlapan pergi posko evakuasi mangsa gempa Merapi. Ramai yang dah balik rumah masing2 sebab Alhamdulillah sekarang aktiviti gunung tu dah berkurangan. Tapi kesian. Sebab ada jer yang masih tak boleh balik sebab rumah diorang dah musnah, takde tempat tinggal. Kerja pun dah takde sebab binatang semua mati, tanah semua dah tak subur. Tunggu la 10-20 tahun lagi.
Malam tu pulak kitorang ada futsal. APA FUTSAL? sejak bila laa keluar ayat2 pelik dalam blog ni. Adakah ada orang lain nak update blog tapi tersalah akaun maka tertulis dekat blog Lihat-Dengar-Rasa? Tak tak. Anda tak salah link. Jangan block blog ni.
Tapi main sampai kaki kejang dan lari lara, terjerit terlolong macam kau sorang je yang pernah main futsal memang berbaloi bila orang2 macho Dalangan menang besar. Teeheeee. Sorry Monjali. Nanti kita re-match okay. Dan tupah sebab ter-aim bola kat perut dia.
Gambar tak upload kat FB sebab tak elok. Tunggu Fikri Diva laa upload kan nanti yer.
Oh ya. Dan aku boleh distalk di blog ini juga. Ya tau. amik la peluang nak kutuk segala2 yang ada di kepala korang tu. *nyorok bawah katil*
Salam.
Sampai hari ini, dah ada 4-5 kali letusan susulan merapi sejak last post pasal amaran merapi? tu. Status awas masih dikeluarkan, yang mana semua orang harus sentiasa berjaga2 kalau ada susulan letusan/gempa yang lebih buruk. Maka dengan itu, beg kecemasan masih penuh dengan barang2 penting dan keluar ke mana2 pun masih bawak passport dalam beg. Sangat gelabah waa cakap lu.
Bila dah dalam keadaan macam ni, semua orang dah jadi aktif. Oh, ini bukan aktif yang macam cerita Pak Pakdir tu ya. Harap maklum. Aktif ni macam aktif fb update dan usha status member pasal merapi, aktif pergi check kat internet pasal cerita terbaru merapi, aktif tengok berita kat tv pasal merapi, dan aktif pergi baca paper online pelbagai bahasa (termasuk english, B.melayu dan B. Indonesia) pun pasal merapi. Dasyat kan?
Ingat lagi bila blok 4.1 emergency lepas. Bila ada kawan cakap observasi dan lawatan ke ICU/UGD bosan sebab takde kes yang menarik dan doktor yang macam nak layan tak layan, aku dan beberapa kawan sempat cakap 'Harap2 kita dapat kes menarik hari ini', 'Takpe, I dah doa semalam yang hari ni banyak orang eksiden'. Betapa erti pembelajaran hasil lawatan tu penting untuk kepuasan dalam kehausan mendapatkan kes menarik. Tapi, apakah hak seorang doktor/manusia mendoakan kecelakaaan dan penderitaan orang lain untuk kepentingan sendiri?
Aku bukan seorang yang berani untuk menghadapi situasi cemas, dan trauma. Pernah terfikir alangkah bagusnya kalau dalam keadaan sekarang kita dah ko-as dan dalam department forensic!
Tapi bila keadaan itu berlaku pada diri sendiri, betapa kita terduduk takut di hujung katil dan sentiasa berdoa semoga kita selamat daripada segala bencana.
Pernah terfikir, apa yang menjadikan penduduk2 di kawasan bencana merapi tu, walau dalam keadaan genting dan bahaya sekalipun, mereka masih degil untuk dievakuasi dan turun ke kawasan yang dijangka selamat?
Tapi pada hakikatnya, mereka tidak! Sepanjang hayat mereka dibesarkan, dan hidup bergantung kepada usaha mereka sendiri. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mereka hidup serba kekurangan dan atas kekurangan itulah mereka berkorban untuk terus berjuang melangsungkan hidup. Adakala mereka berdegil bukan kerana mereka saja mahu mencabar kerajaan/pemerintah, mereka bukan berdegil untuk membuktikan siapa yang lebih berkuasa dan mereka bukan berdegil untuk membuatkan orang lain marah atau kesian dengan hidup mereka.
Tapi kadang2 atas hakikat, mereka berdegil sebab rumah itu adalah satu2nya harta yang mereka ada, tanam-tanaman dan lembu-lembu, dan ayam-ayam, dan bebek-bebek itu lah aset penting bagi kehidupan mereka. Tiap kali selepas merapi meletus, mereka naik lagi ke atas walaupun sudah dinasihatkan untuk turun. Kerana semua ini adalah dan hanya dunia kecil yang mereka ada.
Kedaifan hidup adakala memaksa kita untuk terus kuat dan tabah. Mereka sedar, kematian itu bukanlah satu2nya jalan penyelesaian. Tidak, mereka bukan berdegil untuk mati, tetapi mereka tau walau mereka hidup sekalipun, tanpa harta, tanaman dan binatang itu, bagaimana mereka akan menjalani kehidupan yang sememangnya sukar ini?
Lumrah manusia untuk mendapatkan yang lebih baik, dan mengharapkan yang lebih baik. Semoga kita tabah dalam mengharungi ujian dan dugaan ini. InsyAllah, selagi ada sisa kekuatan dan keinsafan dalam diri ini, selagi itu aku akan terus bersyukur dan bersyukur.
Terus tabah Indonesia!
Salam.
Dah lebih seminggu kecoh kat akhbar tv internet segala yang cakap gunung merapi dah tahap yang aktif. Aktif kat sini bukan macam 'Adi sangat aktif di kelas. Dia sangat suka menjawab soalan yang di beri oleh cikgu'. Bukan. Bukan macam tu. Dia macam kronologi 'Perut Pak pakdir sangat aktif. Oleh itu dia bergegas ke tandas'. Faham ke? Maksud dia gunung merapi dah tahap yang tak dapat nak tampung lava dan tengah tunggu masa je nak meletus. Macam tu laa.
Sekarang gunung merapi ada di stage siaga. Lebih kurang stage ke-3 sebelum stage akhir, tahap awas di mana semua orang dah kena turun dari area gunung dan harus berpindah ke tempat yang lebih selamat. Siapa yang tak berapa nak tahu pasal cerita gunung merapi ni, boleh la menggoogle ek. Kalau nak tengok kat youtube pun ada, kot. Tapi ni ada sedikit info terbaru pasal gunung merapi ni.
Oh, tak faham ke? Takde masa la I nak explain panjang2, pergi guna google translator la. Boleh? teehee. Atau baca post ini, hahh dah ada dalam english lagi. Lucky u. Ni pun nasib baik Malina ada send link kat ym. So korang kena bersyukur tak perlu nak taip panjang-panjang 'kisah gunung merapi yang hampir meletus seperti kronologi Perut Pak pakdir sangat aktif. Oleh itu dia bergegas ke tandas' tu. Tak, tak perlu -_-
Okay, ini ada beberapa petua untuk anda2 yang berada dalam kawasan jangkaan gempa merapi. Yang kat Malaysia tu boleh je kalau nak prepare jugak. kalau nak laa, aku tak paksa.
1. Siap sedia dokumen2 penting seperti passport, ic, kitass, atm card, atau apa2 je dokumen yang anda rasa sangat penting dan macam kalau takde anda susah nak hidup. Tak, bil internet dan api tu tak penting. Tolong letak balik dalam laci. Dokumen2 ni letak la dalam tas/beg dan letakkan di tempat yang senang anda nak capai sambil lari nanti. jangan letak dalam almari/gerobok sebab nanti tak sempat nak bukak apatah lagi bila anda siap kunci segala kan.
2. Selain dokumen2 penting tu, sediakan jugak beberapa keping duit. Tak kesah la rupiah ke rm, sebab nanti sudah tentu atm tak boleh guna, so sekurangnya ada la jugak cash kalau apa2 berlaku. Simpan sekali dalam tas/beg tadi.
3. Jangan, diulangi, JANGAN lupa tidur pakai baju dan seluar/kain pelikat/boxer atau apa2 je yang anda rasa tak malu dan boleh memalukan diri bila tetiba malam buta ada gempa anda lari terus keluar rumah dan tak sempat pakai seluar. ish ish. free show jadinya nanti.
4. Jangan sesekali kunci pintu bilik anda. Ini yang untuk tinggal di rumah la. Kalau kat kost tu bahaya jugak. Jadi, kalau kunci tu, tentukan bahawa kunci memang dah tersedia kat pintu tu, sebab nanti dah kelam kabut takde lah baru terhegeh2 nak cari kunci.
5. Aku mula2 tak tahu kenapa aku letak helmet ni dalam bilik, mungkin sebab kat luar tu banyak tikus. T_T tapi aku ada terbaca satu nasihat, kalau ada gempa, cepat2 lah pakai helmet untuk proteksi kepala bagi kurangkan risiko kecelakaan la kan. Jadi, siapa2 nak buat boleh jugak laa.
Oh, yang ini je aku terpikir dan rasa penting buat masa sekarang. Lagipun nak taip blog ni pun macam, eh eh jangan lah gempa sekarang plsss. Ini ada beberapa tips dalam menangani gempa. Dah jangan nak mengada2 cakap tak cukup ke apa, sekarang ada masa kan? pergi search sendiri.
Okay, nak pergi kemas barang2 yang penting sekarang.
Eh kejap, rasa2 kalau pack barang dalam beg balik kampung 20kg macam naik flight MAS tu sempat tak nak bawak lari?
Salam.
Kehadapan kawan baikku Sudien, Sudin, Hafiz atau gedik. Mana2 satu yang sesuai. I pun tak tau nak panggil siapa. Banyak sangat nama. Konfius kejap. Bila orang panggil Hafiz u pun nak mengaku nama sendiri kan. Padahal diorang panggil tupa. Tu la. Orang banyak nama, u pun nak banyak jugak. Tak payah la nak ikut macam Imran sebab ada nama Narmi atau mambo, atau pun Hanafiah ada nama Hana, Ana atau Anap. Ish apa2 je la korang ni. Tak kuasa I nak layan.
Ish apa ni u, focus tau focus. Masa ni la nak belajar. Kalau nak harap u belajar dekat rumah, kirim salam je laa. Yang u tau, masuk bilik je buat benda2 lagha. Kalau tak tidur, mesti tengah stalk fb orang atau ulang tengok video ni berjuta billion kali sehari, tapi still loser tak dapat beat tupa. teehee.
Tak baik macam tu. Solat wajib kena laa 5 kali sehari, IKUT WAKTU. Bukan 5 kali sehari tapi subuh waktu zohor dan asar waktu maghrib. Salah u. Tapi kalau solat lebih 5 kali lagi bagus. Buat solat sunat. Tapi janganlah asyik buat solat hajat nak dapat A je exam, macam tak ikhlas u. Buat la solat sunat taubat sekali, duha ke witir ke kan. Baru la comel dengan nama 'penjaga agama' tu.
Lagi baik kalau u buat perhiasan dinding2 bilik u dengan ayat2 suci Al-quran tu, cerahkan sikit bilik yang kelam dan kusam tu bagi tambah cahaya keimanan sikit. Barulah nampak suci bersih sikit. Dan rajin2 lah hafal Quran tu. nanti at least kalau ada orang tanya dah berapa juzuk u hafal wahai penghafaz Al-Quran?, ada la jugak point nak cakap surah Al-baqarah ke, Al-imran ke. Takde laa segan nak cakap ayat2 lazim dan surah Yusof sebab nak hensem jer.
Salam.
Adakah anda rasa tertekan?
Minggu lepas ada presentation macam mana nak beritahu berita buruk kepada pesakit (Breaking Bad News). Tapi hanya benda ni je yang mampu menjadikan aku semangat giler nak buat slide untuk presentation. Tidur pukul 2.30 pagi untuk benda ni SAHAJA okay!
Salam.
Cerita ni berlaku dalam 2 hari yang lepas. Masa skill lab menyelamatkan bayi. Macam pelik. Haha'