$.. Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani ..$
Salam.
Sekarang tepat pukul 4.44 pagi Waktu Indonesia Barat. Ya, aku tau, waktu yang lebih afdal kalau kita buat solat tahajjud berbanding merepek merapan kat sini (ada ke simpulan bahasa tu? Sila google sendiri).
Dari malam tadi belum tidur. Okay bohong. Tidur kejap kat kost Fitri Fareez tadi sempena menunggu ketibaan rombongan UKM sampai. Tu belum termasuk tidur petang lepas main badminton-menang-semua-game-lepas-tu-berlagak-nak-mamp*s-lepas-tu-kalah-dengan-sid-dan-ifa yang boleh disifatkan agak tak sihat selepas aktiviti olahraga yang sihat. Apakah??! Oh ya, mungkin bersenam itu lebih bagus untuk anda berjaga sepanjang malam berbanding kopi bengawan solo mahupun Hartz Chicken semalam yang tak berapa nak pekat tu. Kan Fatin?
Nampak gaya, bukan NAMPAK GAY OKAY! kita dah merepek yang amat sangat paling sungguh. Padahal tajuk dah cakap ini bukan cerita lawak. Baiklah, kita teruskan kepada tajuk utama.
Post kali ini ditujukan khas kepada kau-tau-kau-siapa.
Aku bukan doktor cinta, apatah lagi doktor tabib segala macam yang kat Take Me Out Indonesia tu. Tapi dengarkanlah pendapat orang yang pernah bercinta sebanyak 3kali ini dalam hidup ini. (semua gadis-gadis itu aku tau masih belum cukup umur. Ops, maksud aku cinta budak sekolah rendah. LOOSER~) T_T
Kita mungkin senang untuk menyukai orang lain. Kita senang dengan orang yang baik, orang yang cantik, apatah lagi orang yang kaya (kantoi). Tapi bukan mudah untuk menyintai orang lain. Sehidup semati.
Ada orang cakap, cinta itu sebuah proses. Proses untuk menyintai dan saling dicintai itu memerlukan proses. Proses untuk mengenali, proses untuk mengetahui, proses untuk memahami, proses untuk saling memberi dan menerima. Dan perjalanan suatu proses itu memakan masa. Mungkin boleh sampai bertahun-tahun sampai kita jumpa orang yang hampir sempurna.
Ada juga yang cakap, kita tak perlukan cinta untuk bahagia. Berkahwin, kemudian bercinta juga boleh bahagia. sebab cinta adalah suatu proses. Tak kenal maka tak cinta, tapi tak bermaksud kenal maka cinta.
Aku percaya dengan cinta. (Ya, agak boleh spam terus blog ini sebab geli nak mati) Dan kau juga perlu percaya dengan cinta. Kita tak boleh nak memaksa, tapi sekurang-kurangnya kita boleh setia dan sentiasa ada untuk cinta. Tak salah kita berusaha dan tunduk sedikit demi cinta. Sebab setinggi-tinggi ego tak boleh beli cinta. Saling memahami dan percaya antara satu sama lain. Kalau kau rasa dia sesuai dan jodoh yang ditakdirkan untuk kau, kau perlu bersedia untuk segala kemungkinan yang ada.
Jangan pernah takut untuk bermimpi, dan jangan pernah takut untuk gagal dalam cinta. Sebab hakikatnya cinta hakiki hanya kepada-Nya semata-mata. Tapi tak salah untuk kita kongsi dan mendalami cinta antara manusia. Dan kau tau cinta itu suci. Manusia itu sendiri yang merobek kesucian cinta.
Kan aku dah cakap. Aku bukan pakar dalam bab cinta, tapi aku nak kau tau, yang aku sentiasa ada bila kau memerlukan teman untuk berkongsi. :)
Pagi ni ada kelas jam 9. Lecture je pun. Tapi masih perlu datang. Bukan untuk dengar lecturer itu menglecture, tapi nak siapkan pathology anatomy. (-_-")
Bye semua. Selamat Pagi.