Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Salam.
1. Dah lama jugak tak update blog ni. Sampaikan stalker I pun asyik cakap je bila nak update. Tetiba I rasa sangat famous uolls.. (baca dengan gaya gedik)
2. Bila tengok orang lain sedih, kita pun kadang2 boleh jadi sedih jugak. Dan bila tengok orang lain bahagia, kita pun kadang2 boleh jadi bahagia jugak. Jadi.. berbahagialah korang semua sebab aku tengah bahagia sebab dapat balik jumpa family minggu lepas. :) tapi tahap kebahagiaan dah menjunam turun sejak nampak bandar udara Adisucipto. Cisss. Okay, sila rasa sedih pulak ek.
3. Tahniah Nurul Ain Jailani sebab dah secara rasminya telah menjadi Cikgu yang berkelulusan ijazah. Walaupun aku tau kau suka sangat nak ponteng kelas, tapi hidup harus diteruskan. kan?! Owh ya, nanti birthday aku nak tuntut hadiah mahal giler. sebab kau aku kena korban duit makan aku untuk sebulan tau?! *ugut*
4. Walaupun balik sekejap jer, tapi rasa semuanya best. Dapat udang masak merah, ketam masak lemak cili api, dapat jugak bawak kereta dari Machap sampai Serdang. Ya, aku tau yang abah cakap berhenti je kat Pagoh kalau mengantuk. Tapi takpe, aku dah berjaya membuktikan bahawa pengaplikasian tahan ngantuk semasa di dalam kelas kepada kehidupan seharian memberikan manfaat yang bukan sedikit. Ingat senang nak tidur sejam je dalam kereta? Dah la mak asyik cakap Udien kalau ngantuk berhenti jer mana2, nanti abah pulak yang bawak, sambil sentiasa menjeling di meter kereta takut terlebih laju tanpa disedari. Oh terasa sangat jiwang sampaikan taknak kasi abah bawak. :') Biarlah dia tidur puas2 sebelum terpaksa bersengkang mata dalam dewan 4 jam nak tunggu Kak Ain naik pentas. HAHA'
5. Dah lama tak jumpa Fikri Harith dengan Izzul. Sampaikan abah mak telefon 3-4 kali jugak malam tu tanya bila nak balik hotel. Urm, walaupun balik pukul 2 pagi sebab terpaksa balik sebab esok pagi nak bangun awal sebab nak pergi KLIA sebab nak balik Indo. Urm, rindu nak main volley lagi dengan spiker terbaik aku ni. Jeles kat dia sebab jadi Kapten Volley untuk IMU dan asyik dapat pingat jer tournament. Dah la siap cakap 'aku main volley ni untuk kau' :') Huh' markah kesian di situ. Takpe2.. ada lori ada bas, ada game volley nanti kita tengok siapa lagi hebat! Ceit, ada hati nak lawan selepas bertahun2 tak main.
Izzul, aku, Fikri
6. Sekarang stock twisties, apollo dan Roka dah nak habis. Ada siapa2 nak balik Malaysia lagi tak?
udien tak sedih ke bila org sedih sb tak dapat makan ice cream cake.. dan menangis teresak2 kesedihan gara2 tidur dalam kempunan?? kalau sedih tolong lar malam ni belikan kat parsley ke kat dixie :P
kak ain congrates :)
gmbr blh tfsir seribu makna kan?
when he sad, i feel the same too
................
mkn cndol gak wat aku happy
ngahhahaahah