.

Best Friend



Untuk mereka yang merasakan Best Friend antara lelaki dan perempuan hanya sekadar hubungan baik sebatas kawan lelaki dan perempuan, percayalah tiada sesuatu pun yang mustahil. Tekad pada jiwa, percaya pada hati, fikir sedalam-dalamnya dengan setiap pertimbangan yang ada. 

Kalau ada pertengkaran dan perkelahian yang dirasakan tiada kesudahan, selami kembali kemana perginya saat indah cinta bersemi. Kemana perginya saat kita merasakan 'Oh saat ini biarkan ianya kekal abadi, tiada akhirnya, tiada penghujugnya'. Percayalah, sedangkan lidah lagi tergigit.

Ingatlah, untuk semuanya berlaku dengan sempurna, ianya memerlukan dua insan, dua hati bergandingan menyokong antara satu sama lain, saling mendukung antara satu sama lain, saling pencetus semangat antara satu sama lain. Seperti mana dua perkataan 'AKU CINTA KAMU', hanya terlahir apabila dua insan bersatu, kerana AKU dan KAMU adalah satu.

*muntah darah

Siapa hensem/cantik, Dia dapat

Salam.

Aku selalu terfikir nak buat sesuatu yang lain daripada yang lain. Sangat berbeza dengan kebiasaan yang pernah aku buat sebelum ini. Saja, untuk menikmati hidup dengan cara yang berbeza, disamping cuba untuk mempengaruhi kehidupan orang lain juga. Sebab kadang-kadang aku merasakan hidup itu terlalu bosan untuk dinikmati sendiri.

Pagi ni aku bangun awal dengan tekad nak re-new STNK, semacam road-tax yang ada dekat Malaysia. Kat sini pun kena perbaharui setiap setahun sekali. Benda yang kadang-kadang malas nak ambil tahu, tapi terpaksa buat jugak sebab taknak lah dapat masalah kemudian hari nanti. Tapi topik utama kita bukanlah pasal itu.

Lepas habis berurusan nak buat STNK tu, memang berniatkan diri nak pergi Malioboro Mall. Saje je isi masa lapang yang memang tak tahu nak buat apa waktu cuti ni. Sambil cuci mata, boleh jugak cuci sisa-sisa duit yang ada kat dalam akaun bank sendiri. Oh aku dah beritahu belum yang sebenarnya skg aku tengah cuti seminggu. Yaa, cuti. Tapi cita-cita dan impian untuk memberikan sebuah paket percutian kepada diri sendiri masih sebagai kenangan. T.T

Ok, nak dipendekkan cerita. Matahari ada mengadakan promo sekarang ini. Dengan setiap pembelian sebanyak rp150k (~rm60) ke atas, anda akan mendapatkan voucher belanja sebanyak rp50k (~rm25). Promosi yang nampak menarik dan menjimatkan bukan?.

Memang kebetulan nak cari baju kemeja untuk tambah koleksi baju koas. Sedih je sebab ada beberapa orang tegur yang aku asyik pakai baju yang sama je. Pedas betul ayat. Jadi untuk stase Bedah yang akan dihadapi minggu depan, kenalah ada semangat baru sikit, baju pun kena baru sebab nak jumpa dokter baru juga. Ops.

Lepas dah berbelanja sehelai baju yang berkenan dikalbu (walaupun harga dia memang tak berkenan langsung), maka dapatlah juga aku voucher rp50k itu tadi. Urm, tapi yang menjadi permasalahan ini sekarang ialah syarat dia yang ketat lebih ketat daripada syarat ujian Interna. Voucher hanya boleh digunakan untuk barang yang bertanda warna biru dan tertulis 'setiap belanja rp150k, gratis voucher rp50k', DAN hanya berlaku hari ini sahaja. DAN yang paling ayam ialah kena belanja minimal rp100k dulu.

Kurang asam punya Matahari. Dah la baju yang ada tanda biru tu semua buruk, nak pulak minimal rp100k. Jadi terpaksa la aku masuk dalam kamar persalinan dan meninggalkan seluar dalam yang aku dah masukkan dalam kantong beg belanja tadi yang berharga rp79k sebab terasa tertipu dengan promosi yang ada. *Menangis*

Ish kita tak boleh tertipu dengan tektik penjualan mereka yang saje je nak suruh kita belanja lebih banyak itu. Mana sifat-sifat tidak suka membazir amalan syaitan itu? Nasib baik aku bijak dan dapat kawal nafsu. Cewah.

Maka untuk mengelakkan pembaziran, aku terfikir untuk memberikan voucher itu kepada sesiapa sahaja yang ada kat dalam matahari tu dengan harapan takde la terbazir macam tu je kan. Tapi dengan syarat; orang itu haruslah lelaki hensem/perempuan cantik, single/bukan tengah couple/suami/isteri orang lain. Amboi, syarat tak boleh blah.

Patutnya bagi mamat hensem ni je tadi. Tapi dia jual mahal. Please laa.

Dengan itu, terjadilah proses pemilihan secara teliti di dalam Matahari tersebut. Dari lantai 2, ke lantai 3, ke lantai 4, hampir sejam jugak aku mundar mandir kat dalam itu. Macam orang bongok pun ada. Tapi hampir kecewa sebab hello takde ke mamat hensem/perempuan cantik kat Jogja ni? Ke sebab diorang semua pergi kat Executive/Guess/Polo jer? -.-

Kecewa ni, kecewa. Tapi taknak bazir punya pasal, aku tekad jugak. Lama jugak kat dalam tu. Sampai terfikir, takyah buat benda bodoh, baik aku msg je siapa-siapa tanya diorang nak ke tak. Tapi XL buat hal. Semua msg aku tak delivered. Ayam betul. Jadi maaflah siapa yang sepatutnya dapat voucher tu tapi sebab XL, korang tak dapat. lol

Baiklah, ini pusingan terakhir, dah tekad dah, tak kesah la hensem ke tak, cantik ke tak, single ke tak, aku nak bagi jugak.

Akhirnya ada laa 2 orang cewek ni tengah tengok-tengok baju yang bertanda biru promo tadi tu. Takde la cantik, tapi tapi arghh tak kira, aku nak balik ni. Lepas tu, aku pun bagi diorang voucher tu. Tak tau boleh guna ke tak, tapi diorang happy! :')

Diorang happy, aku pun happy. Semacam dah buat sesuatu yang besar untuk dunia. Macam dah mengurangi satu musuh antara Indonesia dan Malaysia. Poyo. Aku mampu tersenyum sorang-sorang je keluar dari Matahari tu.

Okay, lepas ni boleh cuba try bagi tiket movie pulak, lepas tu tengok sama-sama.

Nikmati hari ini kerana esok belum pasti

5.00 petang - Balik rumah dari hospital, terus dinner. Al-maklumlah kena jaga bangsal DV yang ngga jelas itu, maka hari dibazirkan dengan sia-sia menjadi pak jaga tukang tunjuk arah. Lepas dinner, balik rumah terus mandi dan siap-siap solat maghrib. Lepas solat, selang 10 minit macam tu terus azan Isyak. Ikutkan hati memang penat giler, tapi takpe laa solat je dulu. Lepas tu boleh laa lepak-lepak. 

7.00 malam - Dapat sms daripada kawan kelompok koas. Jam 8.oo dinner di waroeng steak ya. Fix. Urm, ni memang dah janjian sejak minggu pertama DV, tapi disebabkan semua orang busy, jadinya masa yang sesuai sekarang je laa. Terus sms Yon. Eh kau nak join diorang tak? Dah laa kenyang baru lepas dinner, Mengantuk pulak tu. Dan itulah perkara terakhir yang aku ingat. Terus tak ingat dunia. Selain perasan ntah bila masa berapa lama Hanafiah masuk bilik main game ke buat hape ntah, tapi buat tak tau jer. kalau dia rogol aku pun, tak sedar kot. -.- 

3.00 pagi - Aku terjaga dari lena yang panjang. Ya Ampun. Memang terkejut gajah laa kan terbangun pagi-pagi buta ni. Memang ikutkan hati nak je sambung tidur lagi walaupun kira-kira balik dalam 8 jam jugak aku tidur. Dasar pemalas. Tapi disebabkan homeworks belum siap, ku gagahkan jua. Sempatlah solat sunat 2 rakaat (biar betik?) terus perasan sms berlambak dari groupmates sendiri. Oh, maafkan daku. Tsktsk.

5.45 pagi - Walaupun dah tidur 8 jam, masih tak puas hati tengok katil sendiri yang gebu semacam. Sempat la tidur 30 minit, dan dapat sms dari Yon, hari ni tak payah awal-awal sangat. Ceit. Nak perli aku la tu semalam belom jam 6.00 aku dah datang rumah dia. Alih-alih,sampai bangsal, satu batang hidung pun tak nampak. Ayam betul diorang. Takpe, hari ni kita ambil peluang berlambat-lambatan pulak. 

6.15 pagi - Bergegas ke rumah Yon. *apesal ayat skema?* Tetiba perasan meter motor sendiri yang sangat cun. Kau tahu, macam tiba-tiba tak perasan tanpa dijangka! *over* Terus ambil gambar.  

101010
Oh, mungkin ini hari yang baik. Kita berfikiran positif sedikit. 

10.00 pagi - Oh, hari ni ada janjian Refleksi kasus dengan Dosen Pembimbing Klinik (DPK) secara tiba-tiba. Punyalah kelam kabut siapkan 1 kasus, nasib baik pernah bincang dan belajar sebelum ni, jadi pakai hentam pun tapi berilmu la jugak sikit kan. Dalam pada sibuk berbincang dan bertambah ilmu (konon), tetiba terkecoh la sebentar residen DV borak-borak pasal saraf, stroke, dr. Arief. Oh, maksudnya macam semua department dah tau ke yang dr. Arief kena stroke.

dr. Arief tu dokter bangsal aku masa kat stase Saraf bulan lepas. Dia baik, jenis yang suka mengajar. Walaupun masa minggu pertama kat bangsal saraf tu, rasa macam lame giler. Hari ke-2 dah kena marah dengan dia sebab lambat follow-up pasien, lambat siapkan status. Padahal dah datang jam 6.00 kot. Tapi ye laa, baru hari pertama nak follow-up, dengan ntah pemeriksaan apa pun masih blur, maka huru hara la jadinya.

Takpe lah, dokter marah pun sebab salah kita jugak. Mundar-mandir bangsal nak cari pasien, lepas tu tak tau nak buat apa. Tapi tu hari pertama jer, lepas-lepas tu memang bersemangat waja laa. Tapi disebabkan dr. Arief residen tinggi, maka masa tu pasien dia yang kena follow up sikit jer. Macam, 3-4 orang. Sempat jugak takde pasien langsung, jadi happy la kitorang yang nak follow up ni. Datang lambat sikit pun takpe. Teehee.

So lepas minggu pertama, minggu kedua dan balik dari luar kota minggu keempat di bangsal saraf, mula la terasa saraf ni best. Residen dia baik-baik, dr. Arief baik. Jadi bila mana tak faham, senang je boleh tanya dia, dia jawabkan. Dia terangkan itu ini, sampai kadangkadang perasan dia asyik mundar mandir je kat nurse station tu. Mungkin dia nak suruh kita tanya dia soalan kot. 

Tapi kebetulan masa minggu keempat tu, ada adik minggu. Nak kata pemalas, takde la jugak, nak kata rajin jauh sekali, cuma mungkin diorang memang malas sikit. datang pun jam 7, memang tak sempat laa nak follow up pasien, isi status semua. Mana tak naik darah dr. Arief tu kan. Dah la ber-3 orang, pasien sikit pun tak boleh nak handle. Tapi padahal masa tu pasien tu boleh pulak banyak kan. 5-6 orang. Curse ke hape? -.-

Disebabkan kakak minggu korang ni baik, kitorang pun ikut la follow up sekali. Kitorang pun isikanlah status bangsal sekali. Sampai yang wajib buat 2 jer, aku buat sampai 5. Tu pun sepatutnya 6 kot. Semua orang macam, woi, baskom giler kau! Cuba bayangkan ayat bold itu buktinya kena perli  begitu dasyat sekali. dr. Arief tersenyum jer. Dia cakap haa, ini maksudnya nanti kalau kamu tanya dia apa-apa penyakit pun, dia bisa jawab.

4.00 petang - Kebetulan jatah aku jaga bangsal DV hari ni sampai jam 5.00 petang. Tapi sempat curi masa pergi ICU tengok dr. Arief. Dia terpasang ventilator, diorang cakap dr. Arief kena hemorrhagic stroke. prognosis dilakukan operasi mahupun tidak sama jer, peluang dia sangat rendah. Keluarga dia pun dan sign form DNR (do not resuscitate) Dia pun dah brain death. Tunggu masa untuk dicabut ventilator jer. Jumpa dr. Nunuk kat sana, dia cakap awak masuk laa. Bacakan doa untuk beliau. 

5.35 petang
5.36 petang


6.21 petang - Balik je daripada hospital, lepak-lepak gosip sambil tengok badminton suka SEA, dapat sms daripada groupmate koas. Hafiz, dr. Arief meninggal kurang lebih 20 minit lalu. Innalillah. 

Mati itu pasti. Bila itu yang belum tentu. Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin tulat atau mungkin 5 minit nanti. Dokter bukan dewa untuk menghalang kematian, memunggah doa dan hajat dijadikan realiti, menghidupkan kembali insan yang dijanjikan alam abadi. Mereka ialah manusia biasa yang merasakan juga peritnya siksaan mati, dihitung berat ringannya amalan, dihakimi besar kecilnya kesalahan. Hanya di atas sana yang Maha Mengetahui.

Terima kasih dokter atas segala nasihat dan tunjuk ajarnya. :'( 
Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. 

Pengorbanan

Salam.

Hari ni merupakan hari pertama di minggu ketiga aku berada di stase DV (dermatovenerology/ Kulit& Kelamin). Haa, jangan ada yang nak fikiran blue sangat. Bukan Kulit kelamin okay. Tapi memang pun ada kaitan dengan kulit kelamin, cuma dia takde la kulit kelamin tok. Kulit & Kelamin. Tengok tu, Introduction DV pun dah panjang lebar padahal orang lain still tak faham -.-

Konon cerita pengorbanan kat sini sejajar dengan Kalender Islam yang kebetulan jatuh tanggal 11 Dzulhijjah. Kan semalam Hari Raya Aidiladha, so topik perbualan mestilah yang berkaitan dengan berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia.

Dalam 2 minggu ini, kerana tuntutan koas yang memang komplikated, aku banyak pulang pergi dari Jogja ke luar kota. Luar kota minggu lepas ke Wates, yang lebih kurang jarak perjalanan selama 45 minit untuk lebih kurang 40km. Dan minggu ini, tuntutan kena pulak pergi Wonosari, yang jarak dia aku tak berapa nak ukur sangat, tapi tempoh perjalanan tadi adalah lebih kurang 1-1.5 jam macam tu.

Alkisah alarm berbunyi jam 5 pagi. Memang pemalas giler la kalau nak ikutkan untuk bergalih dari tempat tidur, kebetulan diluar masih hujan. Oh, mungkin bermakna hujan dari semalam pagi masih berlum berhenti sempurna. Dengan suasana yang tidur kat villa beranginkan pendingin hawa, memang sedap laa nak tarik balik selimut. Tetapi memikirkan hari ini perjalanan jauh yang akan ditempuh, takpe laa. Dalam beratnya, kena la juga bangun mandi dan solat.

Jam dah pukul 6.15 pagi. Hujan masih belum reda. Haish, ni memang tak boleh jadi. Nak tak nak, kena redah jugak kalau tidak memang lambat sampai ke destinasi. Nak nak pulak janjian dengan gemeli nak pergi kost dia by 6.30pagi nak bertolak sama. Takpe laa, kan baju hujan ada.

Jadi bertolak lah kami ke Wonosari, di Gunung Kidul. Gunung yang bermakna gunung, dan Kidul yang bermakna selatan, kalau digabungin bermakna Gunung Selatan. Jadi kalau dah definisi Gunung, bermakna kami akan mendaki gunung untuk sampai ke Wonosari.

Dengan hujan yang masih lebat, seluar dilipat ke paras lutut, berbaju hujan lagi, kami pun bertolak ke RSUD Wonosari menaiki motor yang dibonceng gemeli ku itu. Dia awal-awal dah cakap taknak aku bawak. So fikir2kanlah sama ada dia baik hati atau dia busuk hati. Hopefully bukan yang kedua. Haha' . Naik gunung, turun gunung jarak yang ditempuhi memang mencabar, dah la kedinginan yang hampir membeku deh hujan itu.

Dalam keadaan hujan dan suasana feeling lebih ditiup angin itu, sempat jugak aku terfikir Ish, sanggupnya nak jalan jauh2 semata-mata koas ni kan. Dah mula laa rasa depressed sebab bila ingat benda2 yang leceh dan sewel ini, memang depressed. Jadi dalam mengubat hati yang lara, aku janji dengan diri sendiri takpe sudien, you can do it. Nanti ada cuti kita liburan ke tempat-tempat best k, kita makan best-best pastu kita enjoy puas-puas k.

Sampai RSUD Wonosari dalam jam 8.00 pagi. Lepas settle bahagian diklat semua, pergi la kami ke Poli Kulit jumpa dokter dan Ibu perawat kat sana. Ibu pasien seringnya berapa orang? Oh ngga tentu juga dik, kadang-kadang 20-an kadang-kadnag bisa cuma 4-5 orang.


Dan kebetulan, tak tau nak cakap beruntung ataupun malang, pasien hari ni cuma 7 orang. Mungkin karena hari ini hujan dik soalnya ramai yang kerjaannya petani, jadi bila hujan mereka tadah air, bertani. Kalau petani di gunung ini kalau hujan mereka suka banget soalnya susah mau dapat air. Jadi mereka kalau sakit ditahan ajaa, kan lebih enak kalau biasa tani. Bahkan bukan poli kulit jer, semua poli sepi. Pasien hari ni memang tak ramai.

Tapi poli tetap tutup sampai pukul 12. Adik, pulang ajaa. Hati-hati yaa. Ngga usah ngebut-ngebut.


Dalam perjalanan pulang, minda ni berfikir lagi yang ngga jelas. Betapa besarnya pengorbanan adik koas dalam menimba ilmu. Cewah nak jugak ada adik dan koas di situ, dan ayatnya ialah menimba ilmu. Please deh. Tapi cuba bayangkan perjalanan pergi balik lebih kurang dua hingga dua jam setengah, tapi jumpa pasien tak sampai sejam pun.

Agak-agak berbaloi tak?

Yaa mudah-mudahan ilmu yang diperoleh itu lebih berbaloi daripada segalanya.

:)
Dan petang itu, aku menghadiahkan diri sendiri dengan aiskrim BR sebagai tanda penghargaan. Sedap juga makan aiskrim di musim hujan ni.

Basah Lencun

Salam.

Panas sungguh malam ni. Dan malam2 sejak kebelakangan ini. Malah, bukan sahaja malam, pagi tengah hari dan petang apatah lagi. Dan bila panas macam ni, jangan bayangkan apa yang berlaku sewaktu aku tengah menaip post ini. Bilik yang dah macam sauna, berpeluh yang macam tengah ujian saraf dengan dr.P. Sekarang dah tak main laa berpeluh sebab main volley, kita main berpeluh sebab kena buli okay.

Al-kisah berpeluh seperti babi , ops maaf ini bukan ayat carutan mahupun makian, tapi sekadar menterjemahkan peribahasa omputih jer *mata nystagmus* sewaktu tengah ujian saraf. Ya ampun hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku takde la cuak sangat ke, tremor sangat ker, cuma saraf simpatetik ni jer yang terover stimulate. Malu i.

Masa dapat tahu penguji ujian ialah dr.P, memang hidup tak tenang lah. Dia takdelah scary sangat, garang sangat ke hape, cuma agak skema dan urm.. skema? Yelah, kenangan buat thesis dulu dengan dia pun macam takkan luput dari ingatan. Cewah. Kalah kenangan Futurisme aku kan. Okay, abaikan, kita teruskan tajuk utama.

Sehari sebelum exam, kononnya kenalah menghadap penguji untuk tunjuk muka yang sayalah yang bakal diayamkan dr untuk hari esok.

Aku: Doc, kami yang ujian sama dokter besok.
Doc: Oh yaa. Besok kan? Sekitar jam 9an lah.
Aku: Terus, pasiennya yang pasien bangsal ya doc?
Doc: Oh iya. Di bangsal aja.
Aku: Terus, pasiennya kami yang cari duluan atau doc yang tentuin.
Doc: Ya tentu saya dong!
Aku: *dalam hati nak je menjerit*

Terasa la jugak dalam hati macam terasa-rasa je yang dr.P tu nak pakai pasien aku sendiri. Pasien yang konon-konon patutnya adik minggu yang follow-up tapi aku rampas sebab nak kiasu. So hasilnya, seminggu la kena follow-up pasien tu. Diagnosis dia Gullian-Barre Syndrome (GBS). Okay, kalau agak2 dah seminggu follow-up mestilah dah haslak kan? Dah dihujung jari gittew.

Tapi u know, sejak bila la pulak selama ini aku belajar dengan bersungguh-sungguh dan menghafal semua pathogenesis, types, treatment, classification etc etc tu kan. Ya memang ada baca, tapi sekadar baca secara langsung tetapi yang terhafal hanyalah step TheBoys pulak. Apa kes?

Hasilnya, instinct aku betul. Hari ujian tu, memang dr.P tu masuk je bangsal terus die pergi kamar 9 bed tengah di sebelah kiri. Damn it. Mula laa terasa menyesal tak sudah kenapalah aku tak belajar GBS malam tadi.

Dalam keadaan Jogja yang sememangnya panas, jam pulak masa tu lebih kurang 9.30 pagi, nak pulak masa pasien semua tengah segar bugar dan keluarga pasien ramai yang macam menanti di setiap katil nak tunggu kalau-kalau ada koas, koas dan koas yang datang nak periksa pasien, memang bertambah panas la suasana ujian tersebut.

Kamu periksanya 20 minit dari mula sampai edukasi. Apa? Mana cukup doc 20 minit. *sambil buat muka manikom*

Selamat pagi pak. Saya dokter muda hafiz dan ini dosen pembimbing saya. sebelum itu, nama bapak siapa? Umurnya berapa? bla bla bla. Dalam hati, mesti bapak ni macam menyumpah-nyumpah padahal dah seminggu kau follow-up dia, takkan la sekarang masih nak tau nama siapa umur berapa. Takpe, aku kena buat muka tebal je demi ujian yang sedang aku tempuhi.

Memang sewaktu itu, entah tetiba anak bapak ni yang tak pernah jumpa, ada pulak datang join sama. Dah la dr.P sebagai penguji tu amik kerusi terus duduk tepi sambil silang kaki. Amboi, ni pressure ni, pressure! Takpe Judin, you can do it *sambil mengeluarkan kopi, teh dan tembakau dari dalam kotak ajaib*

Baiklah Pak, sekarang saya akan periksa saraf hidu bapak. Ini bau teh, ini bau kopi bla bla bla. Dalam pada aku nak periksa segala pemeriksaan yang perlu dan harus untuk membuktikan kekompetenan aku, mulalah peluh ni terasa macam mencurah-curah. Ish tak boleh jadi ni, ada jugak yang menitis dan mengganggu konsentrasi serta sikap profesional aku nanti. Satu dua titis peluh dikesat.

Baiklah Pak, sekarang saya akan periksa refleks tangan sama kaki bapak. Tangannya dilemasin ya. Okay, yang kanan boleh la macam biasa, time nak buat yang kiri dan terpaksa membongkokkan diri, terasa macam alamak, berapa banyak titis peluh ni nak menitis. Satu dua titis terjatuh ke pasien. -.- Ya ampun.. Memang tak boleh fokus laa, aku tak kira profesional ke amature ke, aku kesat jugak peluh di dahi menggunakan kedua tangan semacam baru habis menyangkul ubi dibelakang rumah.

Fuh fuh, baju memang jangan cakap lah, basah lencun. Dalam aku kelam kabut nak siapkan semua pemeriksaan cepat-cepat, okay dah selesai. Tetiba dr.P boleh cakap kat pasien, pak ngga ada soalan? Ngga ada doc. Coba bapak tanya, sakitnya bisa sembuh ngga? Sebabnya kenapa? Obatnya apa aja?. Dalam hati *ada yang kena makan peluh aku ni karang*

Selesai tamat pemeriksaan bersama pasien, ujian dilanjutkan dengan sessi diskusi. Kebetulan koas yang ujian dengan dr.P ada 2 orang, jadi bila dia pulak yang pergi bermandi peluh, aku kat luar kena tunggu sambil membuat status lengkap pasien tadi.

Omg omg, yon, aku dapat Bapak GBS, apa nak buat ni? Boleh sembuh tak? Apa obat dia? Apa sebab dia? Mengadu domba dengan yon sambil tangan kanan tulis status, tangan kiri kipas kipas diri yang lencun tadi. Tu la kau, aku suruh study GBS semalam taknak, nah kau copy je status lengkap aku ni. Pastu kau hafal bla bla bla sebab semalam dr tu tanya benda ni. Memang takkan sempat lah nak menghafal kan. Jadi, segalanya bergantung kepada muka tebal dan keyakinan diri yang tinggi kalau dokter tu tanya, jawab je lupa dengan yakinnya.

Bila kawan yang sorang tu dah selesai, masa untuk berdiskusi @ diayamkan pula. Awak tunggu diluar, dan awak masuk duluan. Cis, skemanya dokter ni. Apa salahnya diskusi dua-dua masuk sekali. Boleh la jugak tolong back up kan kalau tak tau jawab. Langkah dihayunkan masuk ke bilik diskusi. Awak tunggu sekejap ya. Urm, mau kopi ngga? Eh eh, skema skema pun baik hati jugak. Eh takpe doc, ngga usah. Dengan harapan kalau tak dapat kopi, dia takdelah nak tanya-tanya sangat. Huh, you wish!

Apa yang awak buat sebulan di department saraf? Ni kalau ada pasien GBS, awak masih ngga boleh nak rawat ni.

Sedih memang sedih. Kalau nak kata sedih sebab markah dapat 83.9 jer lepas buat bersungguh-sungguh compared dengan budak lain yang cuma maju status, gebang-gebang sikit terus dapat 100 markah, sedih lagi kawan aku yang sorang tu sebab dia dah la sehari sebelum exam pergi periksa semua pasien kat bangsal sebab takut nanti tak tau kes, cuma dapat markah 78 jer.

Tapi lagi sedih sebab kecewa dengan diri sendiri sebab tak belajar betul-betul. Sampai sekarang kecewa kenapa tak study GBS walaupun sepatutnya senang je boleh dapat 100 kan? Urm, tipikal Judin. Menyesal dia sekejap jer, lepas tu buat lagi. Lepas kena perli dengan dokter interna Apa yang awak buat 11 minggu di interna? Kalau Diabetes mellitus (DM) pun awak ngga boleh rawat, Saya hantar kamu balik ke stase endokrin nanti. kena perli pulak dengan dokter saraf. Okay, besok masuk DV, kita tengok ujian nanti kena perli lagi ke tak?

:'(

Indikasi post terbaru?

Hari ini merupakan hari ke empat, di minggu yang ke dua aku berada di stase saraf. Atau bahasa keren dia, Neurology. Kalau dulu pernah terniat nak jadi Neurologist lepas tengok McDreamy dalam Grey's Anatomy yang cool dan hebat. Itu dulu laa. Sebelum belajar neuro.

Lepas belajar neuro, memang menarik. Menarik sangat bila kita dapat tahu bentuk otak, fungsi dia, macam mana dia bekerja, macam mana sekecil otak itu boleh memberikan kesan yang sangat besar dalam kehidupan kita. Tu yang nak jadi neurologist tu. Tapi tu dulu la. Tu sebelum exam blok lagi masa tu.

Lepas exam, memang sah-sah la dapat merasakan betapa otak aku ni agak tidak dapat menerima segala input yang berkaitan dengan saraf. Kompleks sungguh otak ini bekerja, dengan segala macam saraf yang berada di anggota badan ni. Sampai tak tersebut aku ada saraf apa jer. Sebab otak pun memang tengah weng.

Dan lebih malang apabila bila dah minggu kedua di stase saraf, masih dalam keadaan blur dan penuh dengan ketidakjelasan. Yela, cuba kau fikir kalau dulu belajar 3.5 tahun pun masih tak faham, inikan pulak baru 2 minggu. Eh eh nak cari alasan la tu.

Okay nak cakap itu jer.

Minggu ujian

Salam.

Seperti masa2 lampau zaman purba dulu, zaman yang blog akan sentiasa aktif bila semakin dekat dengan masa ujian atau peperiksaan, atau lebih tepat sepatutnya masa untuk belajar dan pulun kepala hotak untuk menghafal dan mengingat, tapi biasalah zaman muda mudi mesti taknak belajar betul2kan. Masa tu lah segala pekerjaan lagha dan sia2 dirasakan sangat menggoda.

Masa tulah setiap perkara remeh temeh menjadi begitu penting dalam hidup. Macam masa tulah nak basuh baju, masa tulah nak potong kuku, masa tulah elok2 ngadap buku terus mengantuk tahap ayam. Dan ayam dalam kata lain, semua benda jadi lebih penting secara tiba2. Hebatkan kuasa ujian ni. Macam lebih hebat daripada biasanya.

Dan masa nak ujian tu lah FB Twitter dan Blog jadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi jangan tanya kepada guna peribahasa tu, aku pun pakai petik je sebagai penyedap ayat.

So skg memang dah kantoi lah kenapa rajin nak update blog. Mesti tengah minggu ujian.kan?

Atau kalau nak tau dia dah habis ujian ke belum,kita tengok aktiviti mereka yang selalunya. Macam eh kau ni boleh tersenyum tengok tv pergi dinner dengan gembiranya,itu salah satu bukti yang dia dah habis ujian. Ceit, macamlah selama ni aku dok terperap je dalam bilik sampai taknak keluar makan tengok movie segala. Walaupun 90% ada kebenaran still taknak mengaku jugak.

Dah lah, tetiba je nak membebel. Barubaca past years 1-2muka surat dah terus melagha'. Memang bukti masa ujian lah semua benda terasa menarik :( damn you exam!

Dan tempat menarik nak study sambil cuci mata, mestilah di sini. Ayam. Masa ujian ni jugaklah duit mengalir macam pipis pesakit DM.

Post-Lebaran

Salam.

Last post mungkin sekitar sebulan yang lalu. Sebulan yang lalu tu macam hari ke 6 Ramadhan, dan sekarang dah masuk 14 Syawal dah. Oh, betapa sedar diri yang sememangnya masa berlalu dengan pantas sekali, tanpa sempat kita fikir nak tulis apa untuk post yang terbaru. Atau pun baru nak rasa yang kita macam tak sempat nak beraya, jadi nak tulis post baru apa pasal raya?

Mungkin tahun ni tahun ke-2 beraya tanpa keluarga. Cewahh nak buat ayat sedih konon. Tapi takdelah sedih sangat kalau nak banding dengan perempuan ni yang dah beraya 4 tahun di perantauan. Segan laa I kalau nak feeling-feeling mata berair konon-konon alasan potong bawang. Eh tolonglah.

Tapi yang lebih terasa ialah bila hari raya pertama, baru nak happy happy tangkap gambar, makan rendang kicap pulut kuning lembek, gelak gelak kumpul ramai-ramai tapi petang dah kena angkut barang balik Klaten. Buat pengetahuan, Klaten bukanlah Kelantan, dan Klaten ialah tempat di mana hidup kena diabdikan untuk bekerja sebagai doktor muda sepenuh masa, tanpa gaji, selama 4 minggu. Yang mana makanan dia tak best pun nak compare dengan rendang kicap I tadi tu. *selak rambut*

Bila dah melalui keadaan macam ni, barulah terasa macam mana orang bekerjaya yang cuti cuma sehari dua, nak balik kampung yang terpesorok kat selatan Malaysia, tapi gedik kerja nak kat KL jer. Lepas tu memang mak kat rumah feeling sedih laa anak balik raya sekejap jer. Oh, mungkin inilah perasaan yang akan kita hadapi untuk masa-masa akan datang nanti. Nak guna ayat kita jugak, sebab taknak terasa sorang-sorang.

Lepas tu, bila telefon nenek kat kampung, tetiba je nenek rasa sebak. Eh kenapa nek? Entah la udien, tetiba je nenek rasa nak nangis. Alololo~ jangan la nangis nek. InsyaAllah tahun depan udien balik yaa. Gentleman mana boleh nangis. Setakat tetiba hidung ni berair ok kot.

Sedih kan (atau tak)? Sekarang ni (mungkin) adalah cermin kehidupan kita yang akan datang.

Takpe laa. Yang penting kita mendoakan semua orang yang kita sayang (dan tak sayang) selamat, bahagia dunia akhirat. Mungkin doa je yang dapat mendekatkan kita sekarang ni. Dan telefon, YM, FB, twitter dan sebagainya. Alaah zaman dah moden. Tapi ye la kan, zaman je moden, Ulu Tiram still ulu lagi. Internet pun takde. Atau masih menggunakan pengangkutan air? Tsk tsk.

Dan yang penting, untuk tahun-tahun mendatang, sambutan raya kat rumah Abahjai dah semakin meriah sebab ada orang baru akan join keluarga besar. Cewahh. Tetiba ada orang tu senyum-senyum kenapa? Ececece~


Ececece~ Disebabkan baju raya tahun ni macam dejavu', jadi kenalah perasan yang konon-konon warna hijau ke, pink ke, kuning ke. Walaupun padahal tak memberikan kesan yang significant. -.-

Karma

Segala kebaikan, walau sebesar zarah, akan dibalas dengan kebaikan. Dan segala kejahatan, walau sebesar zarah, akan dibalas dengan kebaikan.

Prinsip hidup seperti roda masih wujud. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Namun, seberapa tinggi kita di atas dan seberapa dalam kita di bawah masih menjadi penilaian yang subjektif. Tergantung kepada persepsi dan penilaian kita dan lingkungan untuk menterjemahkan konsep roda itu sendiri.

Namun, apabila kita kembali kepada konsep karma, atau seumpamanya yang di anggap orang baik di balas baik, orang jahat dibalas jahat, setiap titik noktah tidak akan menjadi penghujung bagi setiap balasan. Macam contoh, kalau kau rasa beban dan dugaan yang ditimpakan Tuhan kepada kau pada hari ini begitu perit dan beban yang teramat sangat, semat di hati itu adalah balasan seberapa besar kesalahan yang mungkin (mungkin) dulu kau lakukan tapi masih belum terbalas. Atau mungkin, seberapa kecil tetapi dihimpinkan dan dibalas sekali gus. Atau mungkin itu balasan untuk kesalahan kau di masa yang akan datang dan diberikan di awal. 

Kalau ikut teori kepala hotak aku yang tengah biol sekarang ni, agak2 berapa ratus kilogram dosa yang dah aku buat, akan aku buat atau yang tengah aku buat sekarang ni?

Syoknya Puasa

Tips berpuasa untuk anak-anak.

Haa, motif sangat nak bagi tips untuk anak-anak kan? Takpe laa. Preparation untuk masa depan. InsyAllah.


Pesakit comel

Salam.

Alhamdulillah. Hari ini dah masuk hari ke 6 Ramadhan. Sedar tak sedar dah 6 hari dah pun. Cepat kan masa berlalu?

Kalau dulu, 1 hari Ramadhan rasa macam lama sangat. Ye la, zaman kanak2 bukan boleh berlapar. Macam takde motif je nak seksa diri sendiri berlapar sepanjang hari, lepas tu semua kerja tak jalan. Penat lah, haus la, nanti bazir tenaga lah. Memang kalau boleh, nak duduk dalam rumah, melepak dalam peti sejuk. Sebab dah la puasa, panas, cepat haus pulak tu. Tempat kegemaran memang lah dalam peti sejuk. Setiap saat nak bukak peti sejuk.

Sedar tak sedar, sekarang pun dah habis minggu ke-4 clinical (Koas). Dah macam setiap hari nak menangis sebab koas susah sangat, lepas tu groupmates semua macam giler semangat dan pandai, dan manikom, dan asyik2 cakap jawa jer. Lepas tu setiap hari balik rumah mengadu dengan kawan2 cakap Koas tak best lah, bosan giler duduk sorang2 je Malaysian yang ada dalam group lah etc. Lepas tu sempat pasang niat, okay nak quit je la Medicine macam ni. Memang semangat meninggalkan medicine dah sampai tahap kritikal. Tapi bila fikir2 balik, memang giler la aku habiskan 4 tahun ni buat perkara sengal kan. Nak taknak, kena habiskan jugak. Malu je dengan orang kampung kalau berhenti nanti.

Nak nak jumpa pesakit yang comel je suka buat lawak.

Doktor: Ibu makan obat kontrol ngga?
Ibu: Kontrol dok. Rutin.
Doktor: Kali terakhir makan obatnya kapan, bu?
Ibu : Oh, 2 minggu yang lepas. Soalnya obatnya sudah habis.
.....................................
Doktor: Ibu ni tak bagi obatnya ya.
Ibu: Dok, bisa ngga bagi obat batuk sekalian. Batuknya ngga sembuh-sembuh.
Doktor: Ya udah, tak bagi obat batuknya sekali ya bu.
Ibu: Dok, bapaknya juga batuk. Bisa sekalian obat batuk bapaknya ya dok.
......................................

Ibu: Dok, saya sakit bla bla bla.
Doktor: Baik la bu. Tak bagi obatnya ya.
Ibu: Makasih dok. he he he.
Doktor: Ibu, saya bagi obat, lagi banyak lagi senang ya bu?
Ibu: Oh Nggapapa dok. Lebih cepat sembuh. Oh ya, obat kuruskan berat badan ada ngga dok?
Doktor: Oh ada. Tapi saya yakin ibu ngga bisa beli.
Ibu: Oh gitu dok. Mahal ya?
Doktor: Ya mahal sekali. Obatnya ya lari (bersenam).
.....................................

Paling best kalau kita kena periksa pesakit yang baik. Dah la sakit, baik pulak tu. Definisi baik ialah bila kita cakap 'Maaf ya pak, tak periksa dulu ya'. Lepas tu dia akan cakap 'Oh ngapapa dok. Saya bisa aja. Dok mau yang keras kah, di bikin apa aja juga bisa. Terserah dokter aja. Saya gpp koq'. Haish. Terus rasa macam 'Pakcik kau kena sembuh cepat, walaupun sakit tu memang tak boleh sembuh'.

Ada jugak cerita bila ada seorang pesakit tu cakap yang aku macam seseorang yang dia kenal. Habis kecoh satu bilik tu dia cerita ingatkan aku doktor tu.'Oh tak fikir tadi Dr A yang masuk. Lorh, ngapain dia ke sini' Aku yang bermuka blur cakap la 'Eh eh, ngga eh pak. Saya dokter muda koq'. Lepas tu memang setiap kali aku follow up pesakit tu, memang bising je la dia cerita pasal Dr A tu. Memang kena cari doktor tu siapa la. Dah la dia Sp.OG. Ada klu tak?

Comel kan ibu2 bapak2 ni. Kalau setiap hari jumpa pesakit macam ni, ada 2 je kemungkinan yang akan berlaku. Kalau tak makin gembira sebab gelak sakan, tak pun makin stress nak layan perangai diorang tu seribu satu macam tu. Jadi, kenalah pilih yang pertama. Boleh jadikan alasan untuk terus stay kat sini. Ye dok?

Doktor comel, Teruskan perjuangan. 

Sekarang, dengan berkat bulan Ramadhan kenalah banyak2 berdoa. Semoga Allah tetapkan dan ikhlaskan hati. Kan? Apa lagi yang boleh kita buat selain berusaha dan buat semampu kita. Selainnya, terserah takdir yang akan bagi kita petunjuk.

Kita bisa. Kita pasti bisa. Fiyuuhhhhh.

Post It

Salam.

Alhamdulillah/Innalillah? Sekarang dah seminggu memulakan hidup sebagai ko-as di Jogja ni. Ko-as ialah seperti praktikal bagi setiap ilmu teori yang telah diajarkan di sekolah/universiti, macam bila kita belajar biology, kena la jugak buat amali bedah katak, tanam kacang hijau dan kira proses fotosintesis kat makmal. Kalau setakat teori jer, memang lepas tu time nak praktikal tangan menggeletar macam parkinson laa.

Buat masa ni, penyakit dalam (Internal medicine) memberikan layanan yang baik. Doktor dia baik, DPK (dosen pembimbing klinik) nampak baik, semua doktor yang bagi pengisisn orientasi pun nampak baik. Baik dari segi dia cakap takde lah nak marah2, muka pun tersenyum jer kan, cakap pun lembut jer. Tapi tak tau lah nanti macam mana kan, kita tunggu masa nak kena buli nanti diorang baik ke tak sebenarnya.

Teringat bila dr. Ibnu Purwanto bagi penerangan ko-as, dia ada tanya soalan. Kenapa awak semua nak jadi doktor?. Memang soalan ni sejak 5 tahun yang lepas masa tergedik2 nak apply scholarship JPA dah dapat soalan bocor. Setiap kali jumpa orang, setiap kali ada sesuatu yang berkaitan dengan medicine, mesti orang akan tanya. Dan jawapan dia setakat dalam hati, entah lah aku pun tak tau.

Tapi bila dr. Probo tanya, apa sebenarnya peranan atau sifat bagi seorang doktor yang baik?. Semua orang dapat jawab dengan lancar. Tanpa menyontek jawapan kawan sebelah.

Tanggungjawab,  peribadi yang baik, amanah, berdisiplin, empathy, suka tersenyum serta 25 macam peranan sama dengan 25 orang ko-as yang ada masa tu. Termasuk bayaran murah yang disalahertikan sebagai doktor yang murahan, semua orang gelak.

Tapi beliau pesan, semuanya betul. Tapi yang penting bagi semua ini ialah kejujuran. Jujur terhadap diri sendiri, jujur terhadap pesakit, jujur terhadap organisasi, jujur terhadap masyarakat, jujur terhadap Tuhan Yang Maha Esa.

Semat dalam hati, Jujur! InsyAllah, semuanya akan baik2 sahaja.

Kelompok E11.1
Belakang: Bayu, Jeffrey, Me, Radja
Depan: Fadhila, Nia, Siska, Lusiana, Yon, Winda, Raky
*Dhika takde, dia datang lambat konon2 tak sehat. Hihi' :P

All the best DOKTER MUDA!

Makan Dalam

Hadis Unit Penyakit Dalam (Internal Medicine):


Memakai cincin adalah keji dan mungkar. Sama seperti merokok.

Hadis riwayat?

Falling In Love

Setiap kali baca cerita atau tengok gambar atau layan video perempuan ni, mesti setiap kali tu la rasa excited dan teruja yang membuak. Okay kalian, perkataan excited dan teruja itu redundant okay. Maksudnya memang sangat excited dan teruja la sampai tak terkata. Penggunaan tatabahasa pun sampai tak cukup *melompat gedik*

Lepas tu, tiap kali dia nak buat album baru, mesti rasa teruja jugak. Lagu dia best ke tak, mencabar vokal ke tak, kulit album dia menarik ke tak, gambar dia lawa ke tak, baju dia vouge ke tak, nampak kurus ke comel. macam memang angau la masa tu. Ye la, macam setiap hari tengok youtube ada tak yang post lagu terbaru dia kan, walaupun secara illegal. Eh? Takpe, kita teruskan keterujaan.

Dan sekarang, tengah2 teruja dan excited nak tunggu album English dia yang pertama, tup tup bulan 9 nanti baru ada kat pasaran padahal mula2 cakap bulan 6 *kesat air mata*. Frust tunggang terbalik la jugak. Ye la, perempuan kesayangan mungkir janji kan, siapa tak frust.

Tapi, bila peminat no.1 dia, Siti Fairuz post video dia buat persembahan kat Malam Gala SimplySiti hari tu, memang terus post dekat Fb  kecoh sekampung dengan konco2 pro-Siti. Memang geng impian bila Siti buat konsert nak datang sama2 berebut tiket pastu  jerit terlolong sama2 la. Eh over.

Lepas tu, nak kecoh kat blog pulak sambil ajak teman lelaki, teman perempuan,peminat semua join sama jerit2 nama Siti sambil layan video ni feeling kat konsert. Jom teruja sama.




Sokongan

Mengalami fasa adaptasi merupakan suatu perkara yang agak rumit. Sangat kompleks dan memerlukan agent sokongan yang kuat. Bukan setakat kuat, malah haruslah jitu, padu dan effektif.

Ingat lagi masa dulu-dulu, kalau ada masalah dan konflik dalaman, tentu akan ada ramai penyokong yang akan sentiasa memastikan setiap detik adalah bermakna. Sampai tak sempat nak ada konflik dalaman. Atau sekurang-kurangnya ada konflik dalaman, tapi dianggap suatu pemangkin yang akan menjadikan kita semakin kuat untuk mengharungi cabaran. Dan hidup diteruskan dengan langkah berani.

Pernah sekali aku mengalami masa-masa yang amat sukar. Semakin dekat degan Spm, semakin takut untuk aku meneruskan perjuangan. Sampai masa, semua apa yang aku belajar, tak masuk dalam kepala otak, ambil masa lambat untuk diproses, dan ambil masa yang lama untuk ditelan.

Masa-masa tu adalah masa dimana aku merasakan cukup, cukuplah dengan segala apa yang aku ada dan aku taknak lagi mengharungi segala dugaan yang mendatang. Proses menerima diri sendiri dan kepercayaan yang ada dalam diri semakin menipis, sampaikan aku ragu-ragu dengan kebolehan dan keupayaan sendiri untuk menghadapi setiap ujian dan cabaran.

Untuk suatu masa yang lama, tiada siapa yang dapat memahami. Sokongan dan dorongan 6 teman rapat masih dianggap sedikit, walhal kalau sebelum ni diorang cakap aku boleh, tiada siapa dapat menafikan yang aku tak boleh.

Sampai tahap, aku tak lagi turun riadah petang, aku tak lagi pergi bilik band melepak, aku tak lagi buat bising masa prep malam. Sampai tahap, aku tak tau dah mana kewujudan aku masa tu.

Dalam pada itu, aku datang makmal fizik, aku ambil semula segala kekuatan, aku lontarkan segala rasa yang terpendam, aku luahan segala fikiran, aku tangisi segala pahit jerih kehidupan dihadapan seorang guru yang aku sanjung, aku percaya dan aku sayang.

Kalau saya percaya dengan diri kamu, kenapa kamu taknak percaya dengan diri sendiri?

Andai kepercayaan itu adalah mukjizat yang kau turunkan kepadaku Ya Allah, aku ikhlas.

Ross Roy

Salam.

Makin lama cuti, makin banyak masa yang digunakan (untuk melagha'). Alangkah baiknya kalau masa yang ada tu digunakan sebaiknya, demi peluang dan harapan mengejar cita2 di masa hadapan. Puke.

Makin tua, makin rindu zaman kanak2, kan? Zaman kita boleh ponteng prep malam dengan menyorok dekat bilik band. Kalau rasa dah mengantuk, atau malas nak buat kerja sekolah, atau rasa rindu dekat jambu sendiri dan perlukan masa dan tempat yang selesa, bilik band akan menjadi mangsa. Eh terkantoi pulak.

Bila rasa rindu nak main clarinet datang balik, memang youtube menjadi tempat luahan hati rasa dan perasaan. Apatah lagi sekarang memang musim budak2 orkestra SBP mengawan. Eh maksud saya bertungkus lumus memantapkan lagi persembahan sempena pertandingan akhir Wind Orchestra Competition SBP la kan. Padahal dah habis semalam. :'(

Sedih sebab dah bertahun2 tinggal, tapi bertahun jugak tak dapat datang tengok dan memberikan sokongan kepada pelapis baru apatah lagi nak ajar diorang tiup biar bunyi trumpet keluar bunyi trumpet, bukan tuba.  Wahh tetiba baru sekarang la tetiba feeling presiden band pulak kan. Dulu orang suruh mengajar, kau kedekut kan. Sekarang, tiup ntah keluar bunyi angin jer.

Takpe, Ross Roy memang lagu favorite sejak dulu lagi. Sejak dulu lagi. Sejak form 4 kot! (ke 3?) Kau tengok, dah berapa kurun lagu ni aku dengar, sampai sekarang masih segar di ingatan. Dah boleh main, bawak sampai final memang dah cukup bangga. Dulu kau main 4 tahun, jangan kata final, menghampiri final pun tak. Mentang2 duduk Perak, asyik nak dapat perak je kan?. Makan dalam.

Masih banyak yang perlu di perbaiki. Tapi janji Cikgu Rosman nak masuk final at least 3 tahun lepas kitorang blah, dah tercapai. Sampai sekarang still final, kan? So tak mustahil Juara boleh capai jugak dalam masa terdekat. InsyAllah.




2:10 wajiblah suka kan?
3:09 haruslah diabaikan, kan?
4:04 pasti menjadi rebutan. kan?
tapi dalam ingatan memang bermula dari 0:00 lagi kot!

Rindu~!

Drama

Kau tau tak aku sayang kat kau?

So?

Sebab tu laa aku saje je taknak amik pusing apa yang kau cakap, sebab tu laa aku taknak makan hati apa yang kau buat, sebab tu laa aku diam jer bila kau marah, sebab tu laa aku layan jer bila kau membebel, sebab tu laa aku pujuk bila kau merajuk, sebab tu laa aku telefon bila kau kata kau rindu aku.

Tapi kau suka buat aku pusing, kau suka buat aku makan hati, kau suka marah-marah, kau suka membebel, kau suka merajuk pasal benda-benda yang kecik sepela bagai.

Tapi kau tau tak kenapa aku still sayang kat kau dan telefon kau selalu?

Kenapa?

Sebab kau kata kau rindu aku.

:')

Cuti panjang tapi tak sempat membebel, kenapa?

sebab sangat menikmati cuti sampaikan nikmat membebel dilupakan. Lepas ni, mungkin (mungkin) post yang terbaru akan keluar selepas sebulan dari hari ini. Sebab apa? sebab kurang budget dan permintaan semakin berkurangan. cis.

Alhamdulillah. Lepas ni, dah boleh jadi ulat buku balik walaupun pikir banyak kali layak ke mengaku ulat buku kat diri sendiri. Buku tu berulat dan berkulat mungkin, tapi ilmu 3.5 tahun lepas dah lekang dek panas, usang dek hujan kot. Lepas tu, masih nak bergembira sakan konon-konon berjaya wisuda (konvo) padahal kerja asyik ulang paper setiap semester.

Takpe laa ada aku kesah? Yang penting dah....


mak aik, besar benor gambar.

ada aku kesah. hehe'

Percutian

Ada pelbagai sebab kenapa orang suka cuti. Boleh menghilangkan stress dengan berehat dan menikmati rumah sendiri sebab selama ni asyik tinggalkan rumah seorang diri, boleh habiskan duit dengan membeli belah dan melancong setelah sekian lama bertungkus lumus bekerja sampai takde masa nak bazirkan duit, serta mengeratkan lagi silaturahim dengan keluarga, teman dan sanak saudara dengan ziarah menziarahi serta mengadakan rumah terbuka.

Wah, intro macam nak buat artikel masuk dalam masalah Keluarga kan?

Setelah berbulan-bulan merehatkan minda dan fikiran daripada segala macam karenah birokrasi (pulak), minda pun sampai lemau bila kena fikir balik, eh apa pathogenesis diabetis mellitus. Lepas ni memang gerenti otak kena dera untuk mengingat semula pelajaran 3.5 tahun lampau. Walaupun pada hakikatnya, memang tak tau pun.

Sebelum menginjakkan kaki ke hospital serta rumah sakit di sekitar Jogja, baiklah sekiranya segala masa terluang yang ada digunakan sebaiknya. Ingat tak defenisi terbaik dan sebaiknya yang aku dah terangkan dalam post yang lepas? Pergi cari sendiri, malas la nak bagi link. Dan malas nak cari juga. Okay abaikan.

Tapi diri ini bernasib baik, walaupun cuti dah macam kalau ada anak, anak pun dah besar panjang, tapi tetap terasa cuti ni pendek. Bulan depan dah masuk kelas, rasa macam baru semalam cuti. Rasa nak cuti panjang lagi. :'( Ya, tepat sekali. Aku memang hebat dalam membuang masa serta melalukan perkara lagha'. Astaghfirullah.

Walaupun duduk terperap kat rumah jer dan menolak segala percutian ajakan teman dan taulan, itu memang lah sangat kegemaran. Selain alasan taknak hitam masa wisuda (konvo) nanti, boleh jugak menjimatkan duit untuk shopping masa depan.

Hidup kat rumah mestilah dihargai. Jadi, kita mestilah menghargai juga segala macam cuti yang ada. Berikut ada beberapa petua untuk kita mengisi masa lapasng semasa cuti.

Sebab dah rancang percutian dalam bilik sendiri, maka segala bekalan makanan dan minuman haruslah disediakan. Oleh itu, peti sejuk haruslah penuh dengan segala makhluk yang wujud dekat pasar raya.


Oh susu haruslah ada untuk menambah ketinggian dan membina tubuh badan yang sihat, tulang dan gigi yang kuat serta minda yang cergas walaupun malas nak berfikir.

Selain itu, kita kena jugak rajin memasak. Yela kan masa cuti ni je kita akan ada banyak masa untuk mengasah bakat sendiri di dapur. Sedap tak sedap tu lain cerita sebab yang penting, ada usaha ke arah itu. Okay, terasa macam bermotivasi tak sekarang?



Hidangan ini dimasak oleh Ifa (ikan masak masam manis) dan Yon (sayur-sayuran-walaupun dia tak makan sayur). Rendang ayam yang kanan atas itu yang tak macam rendang tapi macam nak kena tendang itu dimasak oleh diri sendiri. Sekian, terima kasih.

Okay, dah habis bab makan, kita beralih ke aktiviti seterusnya.

Pagi penggemar rancangan bersiri, inilah masa yang ditunggu. Apa lagi, masa cuti ni lah pergi sana pergi sini, mintak sana mintak sini, download sana download sini untuk medapatkan rancangan kegemaran. Kalau boleh, rancangan kegemaran tu mestilah bersiri-siri daripada episode 1 musim pertama sampai episode 40 musim ke 38. Baru puas hati kau nak tengok sangat, kan?

Tapi bagi aku yang memang pengalah (loser), rancangan yang ditonton cuma Grey's Anatomy. Tengok tajuk dah tau nerd, tapi pemalas nak baca buku. Tapi lebih suka buang masa. Tapi suka tengok youtube jer usha pakwe hensem perempuan cun. Lepas tu download videoklip. Lepas tu joget sorang-sorang.

 
 
 

Nampak sangat hidup bergantung dengan internet jer. Kalau tetiba dia buat hal, terus mati kutu. Kalau tetiba tempat membebel pun buat hal, memang saje jer diorang berdengki dengan kehidupan aku yang aman sentosa.



Dah, tetiba nak membebel. Blah la camni.

23

Salam.

Alhamdulillah.
Masih diberi peluang hidup untuk terus menghirup udara segar bumi. Peluang untuk terus meneroka dan melalui semua rintangan dan pengalaman dunia.

Alhamdulillah.
Masih diberi keyakinan untuk terus percaya dan mengerti, belajar dan memahami.

Alhamdulillah.
Masih dianugerahkan keluarga, teman dan insan yang sentiasa ada untuk menepuk bahu, mendukung dan mengatakan kau masih disayangi.

Terima kasih atas doa dan harapan. Terasa hidup lebih bermakna atas setiap peluang dan helaian pengalaman.

Kerana kawan, dan seekor tokek.

Wahh. Dah lama tak hujan. Rindu pulak dengan hujan. Sambil layan Diva (bukan nama sebenar) dan Hana (bukan nama sebenar) kat bilik ni mengomel dan mengata seperti biasa.

Dengan keadaan yang memang best giler la nak tidur, mata pun mengantuk yang amat selepas seharian membanting tulang empat kerat memasak nasi lemak untuk jualan. Alhamdulillah. Laku jugak hari ni walaupun tak sebanyak tempahan seperti yang diharapkan.

Dalam gelap dan hujan di luar, cuba bayangkan betapa menarik dan tertariknya katil aku yang berwarna hijau ni. Dah la hijau, memang membangkit nafsu ngantuk laa. Tetiba je lagu Club Can't Handle Me berkumandang. Dah kenapa nak berclubbing time aku mengantuk tahap cipan ni? Rupanya Mengkuang (bukan nama sebenar) telefon.

Mengkuang: Hoi, apesal tak balas mesej ha?

Aku pun, Lengkuas (bukan nama sebenar) membalas.

Lengkuas: Ntah, aku tak baca lagi. Hana ni main hp aku tadi.
Mengkuang: Baca cepat. Lepas tu balas!

Dalam hati ada neraka. Amboi, tetiba nak marah ni kenapa. Mengkuang hanya layak dipijak menjadi tikar je okayy. Mulanya memang ingat nak cakap macam tu, tapi tak jadi. Tak baik menyumpah dan menghina. Wahh gitu. Padahal dah teraip pun ayat durjana iteww.

Bilik aku ada tokek (bukan nama sebenar). Cepat datangggggg!

Aku macam, are u kidding me?! Hujan, gelap dan katil yang mengghairahkan ni macam mana?

Takkan la kita nak berkorban sorang diri kan, jadi aku ajaklah Hana sekali, sekali jer dia buat2 tidur. Fine fine!

TERPAKSA la datang dengan bantuan baju hujan comel aku tu. Cuba bayangkan kau datang sejauh 10km semata-mata nak bunuh seekor tokek yang besarnya sebesar cicak tu jer. Cuba bayangkannn! Walaupun tokek dan cicak memang seperti adik beradik.



Seperti inilah rupa tokek itu. Weww, aku yang menggoogle ni pun geli geleman tengok.

Takpe la. Kerana kawan aku sanggup. Lepas ni kalau kau tak belanja aku J.Co memang aku tuntut sampai 7 keturunan kau!

Lain Kali Belajar Geografi

Tapi best jugak kalau ada cikgu macam Maya Karin. Semangat sikit anak murid nak belajar dengan tekun *muka semangat tersenyum lebar hati berbunga riang*

Liberal, tak?

Salam.

Haa, mesti nanti ada yang komen, eh tak boleh tulis salam la, a'kum pun tak boleh. Kena tulis Assalamualaikum. Sebab a'kum tu maksud dia something something salam pulak maksud dia something something, jadi kenalah tulis lengkap. Tu baru beri salam, tak sampai bab Iman dan Islam lagi.

Selalu jer berbincang dan bersoal jawab tentang agama. Islam khususnya. Yelaa, nak join usrah malas. Kalau join pun, nanti takut nak buat jahat dah. Mestilah taknak join kan. Jadi berusrah sesama kita jer. Lepas tu ke laut.

Di sebabkan mak abah kita orang Johor, dan kita pun lahir dan dibesarkan di Johor, nak taknak, dulu sekolah ada 2 kali. Sekolah rendah kebangsaan dan Sekolah agama. Masuk pulak sekolah menengah (Mckk) yang semuanya memang orang Melayu/Bumiputra yang beragama Islam, jadi semuanya mudah. Belajar dan ikut je apa yang diajar.

Sampai bila dah keluar ni, baru bergaul dan berjumpa dengan orang yang beragama selain Islam. Bila dah di tahap ni, mulalah macam2 pegangan dan pendapat mereka tentang agama mereka. Ada yang sangat berbeza dengan agama kita, tapi ada juga yang lebih kurang sama. Malah, mereka yang satu agama pun kadang2 boleh berlainan pendapat. Ada yang percaya ikut Ustaz diorang, ada yang percaya kat internet dan ada juga yang percaya atas apa yang sebenarnya mereka percaya; logik akal fikiran.

Semuanya berbeza.

Tapi tapi, ada satu yang aku rasa memang takde kompromi dah. Kalau ada pun, mungkin sebab dia ethist. Bahawa sebenarnya Tuhan tu ada satu. Kalaupun dia cakap ada banyak Tuhan, tapi yang terakhir sekali mesti ada jugak Tuhan yang Maha Esa.

Okay, kalau itu bukan berdebatan kita, apa yang nak dibincangkan? Sebenarnya, topik selanjutnyalah yang menjadi semakin kompleks sama ada kau dah di doktrin (?) atau belum dengan kepercayaan agama masing2. Laa pulak, kena doktrin dan percaya pun salah ke?

Macam mana kau nak tegakkan bahawa agama kau adalah yang benar dan sempurna?

Kita boleh cakap, berdasarkan Al-Quran sunnah dan Hadis, dan semua enam rukun Iman untuk membuktikan kita percaya,  dan kepercayaan itu adalah akar segalanya, tapi macam mana kita nak buktikan kepercayaan kita itu kepada mereka yang hanya percaya Tuhan ada satu Yang Maha Esa, tetapi tidak percaya wujudnya nabi utusan Tuhan serta kitab yang diturunkan kepada mereka?

Sampai persoalan ini, tiada siapa yang boleh menegakkan kebenaran, menghuraikan segala simpul serabut akal dan meyakinkan hati dan minda yang ketandusan jawapan, kecuali satu, percaya. Kerana apa? Al-Quran dan hadis tidak lagi menjadi batu ukur keimanan dan peleraian, tetapi kepercayaan kepada Al-Quran dan hadis itulah yang meyakinkan kebenaran.

Jadi, dalam konteks liberal mahupun intolerant, keyakinan itu adalah penting bagi meyakini dan diyakini. Kalau konsep percaya masih belum kukuh, jangan kau berdebatkan tentang halal dan haram, syurga dan neraka, hidup dan mati. Sebab semuanya terlindung disebalik percaya, iaitu iman.

Masa untuk menimba ilmu dengan lebih banyak lagi. Bukan setakat faham dan mengerti, tetapi disulami dengan iman yang hakiki. Semoga Allah merahmati.

Masuk Air

Salam dan selamat Hari Sabtu.

Ada orang tu, bila sibuk dan tersibuk sampai tak sempat nak makan dan tidur, mula la nak menyibuk cakap nak cuti nak cuti, tapi bila dah dapat cuti, bukan sehari, bukan dua hari, tapi dua bulan, haa mula la tonggeng terbalik nak naik kelas balik.

Oh pls la. Siapa la yang penyibuk nak naik kelas balik tu?

Bagi mereka yang sewel dan gonjeng, hari cuti di bazirkan dengan tidur dan main facebook, serta update Twitter setiap aktiviti yang dilakukan. Walaupun bangun lambat, dengan alasan kalau bangun awal nanti cepat lapar, tapi masih boleh tidur tengah hari dan petangnya juga. Sangat memanfaatkan masa, kan?

Tapi bagi mereka yang positif dan baik hati, seharian kerja yang dilakukan ialah mengemas rumah. Wah, baik betul maid ni. Mentang2 duduk kat bilik maid, semua kerja maid dia buat, gratis. Sapu rumah, cuci lantai, kemas peti sejuk, basuh baju dan sebagainya. Tengok memang la kesian, tapi nak buat macam mana. Bukan kita suruh dia buat kerja tu pun. *selak rambut*

Minggu lepas ada Festival Sukan UMNO 3Penjuru. Alhamdulillah. Banyak2 games volleyball yang aku join selama ni, ini yang pertama kali dapat emas. Lawak kan? Tak lawak. Penat wei main walaupun team lawan....


Urm, bagi mengurangkan beban kebosanan dan memberikan hadiah berupa pengalaman kepada diri sendiri, diorang rancang nak pergi Bali. Bila? Esok. Harini plan, esok pergi. Bagus betul. Diorang ajak suruh join, atas alasan, kau memang tak pernah keluar dengan kitorang. Asyik dengan family jer.

Bingit sih telinga.

Tapi disebabkan dah pernah pergi Bali tahun lepas, dan masih lagi trauma dengan perkataan Bali selepas kejadian pecah rumah hilang kamera, maka segalanya mungkin. Mungkin pergi, mungkin tak.

Tapi sebelum tu, jom kita solat asar dulu. Lepas tu main volley kalau tak hujan. Lepas tu bersiap sedia untuk pergi dinner dengan kawan kesayangans. Lepas tu baru fikir nak join diorang ke tak.

Doa Untuk Jepun

Bencana alam yang melanda Jepun 11 Mac lalu takkan pernah padam dalam kamus kehidupan dunia, apatah lagi berat bahu yang memikul, air mata yang tak terbayar dengan setiap titisan yang mengalir. Sekali lagi kita dikejutkan dengan pukulan alam yang sepertinya sebagai petanda 2012 hampir tiba (bagi mereka yang percaya).

Bila kita sedar, yang sebenarnya ada begitu banyak teknologi dan ilmu kemajuan yang semakin berkembang, tiada siapa dapat menandingi betapa besar dan hebatnya kuasa Yang Mencipta. Sampaikan dengan ini, kita semakin memerlukan sokongan dan harapan untuk menongkah arus liku tajam ujian Tuhan.

Bersatu kita membantu, dengan doa dan harapan, agar mereka yakin bahawa setiap daripada kita berpihak kepada mereka, moga dengan ini, setiap detik dan saat, pengorbanan ini di rasa manis walau selautan hempedu memecah pantai, membasahi hidup dengan kepahitan dugaan.

The Big Picture

Oh Hati!

Salam

Tipu la kalau aku cakap, sengaja nak gagal dalam exam. Lagi tipu kalau cakap, lagi suka aku gagal daripada lulus dan masuk 1st wave koas. Tipu giler laa.

Semua orang dah buat yang terbaik. Cuma tahap terbaik tu yang berbeza. Ada yang terbaik belajar rajin2 pagi petang siang malam, ada yang terbaik sehari sebelum exam baru pulun nak study semua topik, ada jugak terbaik yang tak study pun, cuma ingat2 balik je masa doktor ajar waktu kelas dulu. Definisi terbaik tu yang berbeza.

Secara jujur, aku takut giler nak masuk koas. Nanti dah kena belajar sendiri, jumpa patient sendiri, buat anamnesis physical exam diagnosis sendiri, bagi ubat dan nasihat sendiri. Semuanya kena sendiri. Dan waktu tu, semua orang akan anggap kau dah patut buat sebaiknya. Sebaiknya? Nahhh, sebaiknya juga ada definisi berbeza.

Lulus 1st wave ke, 2nd wave ke, satu masa nanti, kau memang tak boleh lari daripada kenyataan. Kenyataan yang aku memikul satu tanggungjawab yang berat, dan sangat berat. Jadi konsep tak mengharapkan lulus exam dan masuk 1st wave sebenarnya tak wujud. Yang wujud hanyalah secukup mana kau bersedia menghadapi tentangan dan ujian masa depan yang semakin menggunung tinggi?

Jadi sekarang, bukan masanya untuk tunduk menanti peluang datang pada waktu yang sesuai, bukan menanti hati bersedia untuk diungkai, bukan meratapi mati tunggul akal fikiran, dan bukan menangisi nasib arus masa depan.

Yang ada hanyalah  kekuatan dan ketabahan hati seiringan dengan langkah tanpa henti.


Selamat berjaya doktor muda!

JomJimba - Gua Cerme

Salam.

Disebabkan cuti panjang yang sangat berharga, selain menternak lemak dan memetik anggur di taman, kita juga haruslah keluar mencari pengalaman dan menikmati anugerah Tuhan yang tidak terhingga. Bukan senang sebenarnya untuk merajinkan diri keluar berjoli dikala duit di bank hanyalah setinggi sejengkal anak lipas peliharaan warga Dalangan.

Baiklah, sebelum kita melarutkan diri dengan intro yang sengal, adalah lebih afdal kita menerangkan dengan lebih lanjut tujuan post kita kali ni. Tujuan utamanya adalah untuk berkongsi pengalaman, dah selebihnya adalah untuk memberitahu dunia bahawa dengan budget yang sedikit, kita boleh berjoli, dan membuka pandangan dan persepsi diri kita, selain menjeleskan teman lain yang belum pergi. Ish, tak baik riak. Dosa.

Okay, destinasi kita yang pertama ialah Gua Cerme, Yogyakarta, Indonesia.

Bagi mereka yang malas nak meng-google, sedikit info daripada wikipedia mengatakan bahawa Gua Cerme terletak 20km selatan Yogyakarta di kabupaten GunungKidul. Untuk lebih jelas, kiranya macam kita nak pergi Parangtritis laa, tapi kena belok kiri instead of belok kanan yang nak pergi Depok. Okay, lebih kurang macam tu. Kalau tak jelas, pergi rajinkan diri tengok Google Maps.

Okay maaf, macam tak jumpa je kat GoogleMaps tu. Tak cukup canggih lagi. Takpe, kita teruskan.

Perjalanan yang mengambil masa kira2 satu jam daripada daerah Malioboro/Kraton menaiki motor. So, kalau dari Jakal, kira2 dalam sejam setengah laa campur lampu isyarat. Dan kalau tetiba tayar anda pancit ditengah jalan, kena tambah lagi setengah jam, itupun bergantung kepada ketangkasan abang mekanik membaiki tayar iteww.

Perjalanan ke Gua Cerme agak mencabar, walaupun jalannya agak maju sebab ber-tar, tetapi kehandalan anda mendaki gunung menggunakan motor bebek pasti membingitkan suasana. Berhati2 dan jangan terkejut apabila di tengah perjalanan, tetiba minyak dah sampai merah sebab motor anda sendiri boleh terkejut dengan ketinggian gunung yang harus didaki. Kalau anda beruntung, akan adalah beberapa orang budak comel yang akan memberikan semangat dan bertepuk tangan kalau anda berjaya menaiki gunung tersebut. -.- Fuhh fuhh. Jadi disarankan, naiklah scooter yang comel iteww.

Setibanya di atas bukit itu (ni bukit ke gunung wei??!), anda berhak menjerit 'Woooo, kematu bontot wei' sebab memang ianya suatu pengalaman yang menakjubkan untuk dikongsi.

Di sana, anda harus membayar parking motor Rp2.000/buah atau kereta Rp5.000/buah, wang masuk Rp2.000/orang, pemandu acara Rp30.000/pemandu (kami ber-6, jadi kongsi Rp5.000/orang), wang insurans Rp250/orang, head lamp/lampu picit Rp5.000/orang dan juga air minuman jika anda terlupa membawa air, ataupun kawan anda kedekut nak share air dan hanya membawa air mineral sebotol kecil sahaja. Maka, setiap rayuan adalah amat bermakna, sebab air mineral 1.5L berharga Rp7.000. Cis.

Gua Cerme sepanjang 1.5KM itu dijangka habis ditelusuri sekitar 1.5jam, kira2 0.1jam bagi setiap 100m. Tidak termasuk berehat nak berkelah dalam gua sambil minum air bawaan anda tadi dan juga mengambil gambar. Tetapi disebabkan kesemua 6 kami tidak memiliki kamera, maka perjalanan hanya mengabil masa lebih kurang 2jam sahaja. Kenapa? Jangan tanya.

Sepanjang perjalanan, anda dinasihatkan memakai kasut kerana jalannya yang berbatu, jangan memakai selipar mahupun sandle kalau anda-tak-tahan-sakit-pijak-batu-sikit-langgar-batu-sikit-dah-nangis punya orang. Diingatkan juga, perjalanan di Gua Cerme juga sangat menakjubkan sebab anda kena menelusuri air/sungai yang memang gerenti akan basah lencun, apatah lagi yang jenis jakun konon2 berenang la, terapung la, selam la dalam tu walaupun air parat lutut jer.. dan jalan itik. Maka, jangan ngada2 nak bawak wallet/handphone.

Permandangan di dalam Gua Cerme memang best, semangat giler la semua orang eh gelap giler laa, bau kemenyan laa, wahh lawa giler la batu ni, ohh tu tempat walisongo bertapa dulu, stalakti stalagmit segala, dan lagi best kalau ada kamera dan tangkap gambar. Sudien mana kamera kau? Aku buat souvenir kat Bali laa. Fine. Fine.

Selepas bertungkus lumus meredah sungai, jalan itik, jakun tengok kelawar, menjerit ayu bila terjatuh sambil beristighfar, menaiki jeram yang memang hebat giler siap buat Shiatsu segala, sampai la ke penghujung gua. Tapi jangan cepat happy, sebab anda perlu menaiki dan menuruni gunung untuk kembali ke tempat asal. Cobaan betul.

Pengalaman menakluk gua memang sangat menarik. Biarpun takde gambar, tapi ia akan tetap di hati. Wahh, nak cover sedih ke?

Jadi, dengan kos cuma Rp14.250/orang (+/- Rm6.00) anda boleh berjalan dan bersuka ria sambil menikmati ciptaan Tuhan. Kalau kawan anda baik, boleh la jimat Rp250 duit insurans dan Rp10.000 duit minyak sebab dia tolong bayarkan, atau kalau tak bernasib baik, kenalah beli handphone baru sebab anda terlupa nak simpan dan terbawak dan terjatuh dalam gua tu. Atau tayar anda pancit ditengah jalan dan tak jumpa kedai nak tampal kat mana, anda pergi ganti je tiub terus. Tapi kena la tambah Rp35.000 dalam budget. -.-

Okay. Jumpa lagi di pengalaman yang akan datang!

1 April 2011

Salam.

Haaa, post 1 April tapi publish 6 April. Ayam betul. Semua salahkan diri sendiri sebab enak menikmati hidup seorang penganggur sampai lupa tanggungjawab update blog sendiri. Maafkan diri ini. sob sob.

Orang cakap, 1 April merupakan hari yang sangat best nak pekena kawan sendiri. Letak ubat gigi dalam kasut, nyorokkan buku latihan tubi Fizik, call kawan sendiri dan mengaku warden sekolah sebab kantoi bawak hp pergi asrama, ataupun sekadar angkat katil member tengah2 malam masa dia tengah tidur alih2 esok pagi bangun dah berada di tengah padang bola. Ish ish.

Apa seronoknya 1 April ni?

Mengikut sejarah, konon2 masa zaman dulu2 diorang sambut tahun baru 1 April setiap tahun. Ada jugak yang sambut 25 Mac. Al kisahnya ada pulak Pope ni dia tukar jadi tahun baru pada 1 Jan. Macam sekarang ni. Tapi masa dulu, diorang macam taknak layan sangat la dan masih sambut tahun baru 1 April. Jadi, adalah sesetengah orang yang gelakkan mereka yang sengal ni dan pekena ejek diorang. Maka jadilah April Fool.

Orang France ada jugak panggil April Fool ni Poisson d'Avril ataupun dikenali sebagai April fish. Sebabnya, diorang kalau dah pekena kawan diorang, maka diorang pun akan amik gambar member yang kena pranked tadi dengan berlatarbelakangkan seekor ikan. Whatthefish kan?

Okay, masalahnya sekarang, masih ada lagi orang yang sambut April Fool bila mana jatuhnya tarikh 1 April setiap tahun. Tak menarik langsung. Kenapa tak menarik? Sebab ada orang kata, sebenarnya April Fool ni dibuat sempena kejatuhan orang2 Islam dan diorang pun kena fooled. Disebabkan semangat al-sabiah yang tinggi, diorang pun dah tak sambut dah.

Tapi, bagi sesetengah orang, tanggal 1 April merupakan tarikh yang amat bermakna. Dan ni takde kaitan langsung dengan April Fool mahupun April Fish tadi. Please laa.

Sebagai contoh, tanggal 1 April 1996 Siti Nurhaliza mula berkecimpung secara rasmi sebagai penyanyi. Dan 1 April 2005 beliau membuat persembahan di Royal Albert Hall, London. Dan tahun ni, genaplah 16 tahun beliau di hati kiteww.



















Tengok? Orang kata tak baik sambut hari tu hari ni tangal tu tanggal ni. Tapi secara peribadi, setiap tarikh tu mempunyai makna tersendiri.

Dan Alhamdulillah, 1 April 2011 juga merupakan tarikh yang bermakna buat aku, dan teman2 seperjuangan yang lain.


Perjalanan masih panjang, perjuangan masih belum berpenghujung. Semoga dengan ini, kekuatan dan ketabahan hati masih seiringan dengan langkah tanpa henti.

InsyAllah. Semoga Allah merahmati. Amin.

Tak ori naik lori laa

Ish, macam2 je zaman sekarang ni. Semua benda boleh jadi. Macam dulu konon2 Gunung Everest tu tinggi giler la sampai siapa dah pernah naik, memang famous. Tapi sekarang, semua orang boleh naik. Sama jugak macam naik kapal terbang. Pandangan dan persepsi masyarakat, siapa naik kapal terbang, mesti orang kaya. Tapi sekarang, semua orang boleh terbang naik kapal terbang, tak kira kaya atau kurang kaya, ataupun cuma kaya budi bahasa.

Entah merepek tak tentu pasal. Padahal nak cakap pasal ori naik lori.

Hah, cuba teka siapa ori? Ini..?



atau ini?


Lepas tu gaduh antarabangsa. Siapa ori siapa pemaling. Siapa cepat dia dapat.

Entah pape je kan. Dah laa lagu Wanita - Siti pun kontroversi. Tapi tak tau la apa kesudahannya. Penyanyi yang claim lagu tu pun setakat famous masa kontroversi tu je la. Lepas tu memang dah tak dengar lagu dia, muka apatah lagi nak nampak kan.

Yang paling tak tahan geli geleman, tersedu sedan bila tengok video klip artis2 ini.Ya, nombor 2 selepas artis itu menunjukkan kata jamak, di mana lebih daripada 1 artis. Bila dengar, kira okay laa. Tapi bila tengok, ya ampunnnn. Terus tak minat Wondergirls dah.


Yang ni pun rasa macam nak smash je, buat jus.


Tu laa. Bak kata Hanafiah, tak payah nak ciplak cetak rompak segala. Tunjukkan jati diri dan personaliti masing2. Biar sehebat mana pun orang lain tu tapi tak perlu kita jadi macam dia. Tapi jadi lebih baik daripada mereka. Tak kesahlah viewer(s) kita tak berjuta2 pun, tak kesahlah yang dislikes lebih banyak daripada yang likes pun. Yang penting ori. Tak gitu Rebecca?




Mak menang lagi

Salam.

Mak : Betul ke tak jadi balik?
Aku : Entah lah, tunggu semua selesai baru balik. Lagipun ramai yang tak balik.
Mak: Kalau ada cuti, balik jer la. Nanti entah bila la nak balik lagi.

Urm, Semua urusan dah selesai. Exam semua dah ambil, remed semua dah perabis duit simpanan masa depan, thesis dan siap dibukukan selepas berdoa kedai photostat tu tak terbakar, surat bebas perpustakaan dan alatan pun dah selamat dibebaskan dambil mernderma walaupun tak pernah pergi nak jejakkan kaki. Tapi yang tak puas hati, nak pergi library pun kena bayar parking. Memang saje jer nak suruh pelajar jangan datang library dan perabiskan cecair freon pendingin hawa dia.

Yang tak selesai selesai sampai sekarang ialah kerenah birokrasi yang ada di Kampus Kedokteran Umum UGM. Sejak peristiwa nak balik Hari Raya tahun 2007 (cuti pertama) sampai la ni nak cuti sebelum clinical tak selesai lagi. Entah bila depa nak berubah. Mungkin nak kena jadikan kisah Egypt sebagai panduan hidup mahasiswa kedokteran kat sini kot baru nak buat kerja. Buat kerja dengan profesional.

Untuk membuat perancangan sebulan kehadapan pun bagai mengharapkan salji turun di Jogja. Menghampiri mustahil, dan hanya mampu berdoa dan bertawakal supaya dengan kuasa Tuhan yang dapat merubahnya. Wahh begitu dasyat sekali kesengalan pihak pengurusan ni kan? Nak kata tak buat kerja, buat kerja. Asyik meeting ke kerja dia, sampai bila orang tanya, eh bila tarikh nak keluar? Jawapannya, nanti belum pasti sebab tengah meeting lagi.

Amboi, rajin betul kau bekerja kan? Nak buat meeting sentiasa. Tapi hasilnya habuk pun takde.

Mak : Habis cuti buat apa tu?
Aku : Tak buat pape. Makan tidur jer.
Mak : Baik balik je kalau macam tu.
Aku : Alaaa, kalau balik kena buat kerja.
Mak : Yelaa, kesian abah buat kerja sorang2.

Masa untuk membuat persiapan mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam pembulian (baca: ko-as) terbazir dengan perkara yang berfaedah. Amboi, rasa macam sangat bersyukur sebab akhirnya sudien dah kembali ke pangkal jalan. :')

Pertemuan dan pengenalan yang singkat, bekerjasama dan membantu dalam satu produksi, sepertinya menjadikan hidup ini lebih dihargai. Ya, mungkin kedengaran macam 'Kau memang poyo dan perzen bagus' tapi 'Ada aku kesah?' Bila lagi nak pakai make up dan jual muka depan kamera kan? Maksud aku, bila lagi nak cari pengalaman dan berkecimpung dalam dunia perfileman kan?

Hah, kan aku dah cakap sudien tu poyo dan perzen bagus. Kau tak percaya...


Semoga segala ilmu dan pengalaman ini menjadikan aku lebih memahami dan menghormati perbezaan manusia dan perjalanan hidup mereka.

Perkenalkan, teman baru saya, AVIKOM.

Aku : Mak, tiket dah mahal ni.
Mak : Berapa?
Aku : Dekat rm6oo jugak
Mak : Takpelah. Mak belanja

Okay, masa untuk persiapan mental dan fizikal untuk membuat kerja2 rumah seperti melipat baju, sapu sampah dan menjadi mas ojek mengambil dan menghantar kimie ke sekolah.

Masa untuk ternak lemak

Salam.

Alhamdulillah.
Segalanya semakin menghampiri ke penghujungnya.

1. Dinner batch dah berjalan dengan baik. Sokongan dan bantuan penat lelah semua committees serta Intermed07 sangat sangat dihargai. Walaupun seminggu lebih je persiapan, dengan sibuk pendadaran, thesis, exam, remedials dan Osce, tanpa diorang, acara ni tak dapat berlangsung dengan jayanya. Sama juga dengan Batch outing. Penat wei bila dah ber-enjoy semalaman esok pagi kena bangun awal pergi jungle tracking. Haha' jungle tracking la sangat. Sekarang, kena bagi sokongan kepada Batch Magazines pulak.


2. Alhamdulillah, pagi semalam kelam kabut pergi hantar thesis dekat library dan Inter. Penuh dugaan dan cabaran betul bila last minit ni lah macam2 hal berlaku. Boleh pulak laa motor ni nak pancit kan? Sorry la Alia sebab kena susahkan kau pulak ambil buku kat kedai dan hantarkan kat library. Tapi semuanya dah selamat untuk menunggu waktu Judicium. :) cuma tak puas hati jer, sepatutnya kredit untuk thesis kena darab dengan 42 sebab siapkan thesis kan dalam setahun. Amboi kau kan, padahal buat tu bulan 12 baru nak cari data. lol


3. Sekarang dah boleh mengaku diri sendiri habis secara total untuk tahun teori. Penat wei 4.5 tahun (1 tahun A level) belajar tapi cuba tanya ubat untuk sakit kepala. Sure kantoi. Haha' Okay, sekarang dah boleh bersedih sebab sikit masa lagi akan menjadi mangsa buli dekat hospital 2 tahun, lepas tu lagi 2 tahun houseman-ship kat Malaysia.

4. Jadi, masa sekarang ni dah boleh prepared mental dan fizikal, serta belajar cara2 untuk buat muka plastik bila kena marah.

Selamat bercuti korang!